Sabtu, 31 Disember 2011

Azam Tahun Baru 2012

Orang nak berazam, aku pun nak berazam jugak. Azam tahun lepas, dah tak ingat dah. So, tak tau lah tercapai ke tidak. So azam tahun 2012, harap akan tercapai lah. Ala, azam yang biasa - biasa aje. Tapi, kena tulis kat blog, supaya tak lupa lagi. Azam tahun 2012.
1) Menambah efisyensi kerja.
2) Membaca terjemahan AlQuran
3) Menjadi muslim yang lebih baik
4)Menyetup media server kat rumah
5)Membuat blog review nasi Ayam yang sentiasa diupdate.
6)Menaikkan gaji
7)Mengumpul duit untuk...
8) Berbasikal pusing Pahang...besar sangat, pusing kuantan sampai pekan
9) Nak cat pagar rumah

Buku Pilihan Saya

Aku suka giler cerita lord of the ring. Cerita penuh dengan fantasi, kebaikan dan kejahatan. Bahasanya yang berkias, bermain dengan metafora yang halus. Ada sedikit babak yang berkaitan dengan apa yang berlaku selepas mati yang bagi aku agak menarik konsepnya. Dan cerita tu menarik sebab pengarah berjaya mewujudkan perasaan putus asa dalam hati penonton dan kemudian tiba tiba menerbitkan bibit harapan yang membakar semangat dan berjaya.

Wah! Dahsat. Aku tak baca buku dia sebab iltizam aku tak cukup nak habiskan buku  besar pemberat penghadang jalan tu. Tapi, ramai cakap buku tu memang best giler sebab diluar imaginasi manusia biasa.

Hmm, aku teringat sesuatu. Tentang sebuah lagi buku yang memang sah sah diluar imaginasi manusia yang dah lama aku tak baca. Ya, alquran, yang dalamnya terkandung kata-kata dari pencipta bukan sahaja manusia, tapi sekian alam samada yang telah wujud, sedang wujud dan akan wujud. Beb! Aku baru macam seakan tersedar betapa agungnya buku ini. Come on la. Tuhan kita, yang tau segalanya, segala galanya, mengurniakan kita kitab ini untuk dibuat rujukan. Tak ke maha hebat buku tu. Tapi kenapa sebelum ni, aku tak perasan kehebatan buku ini? Kenapa agaknya. Padahal aku dah dua tiga kali khatam dah baca buku ni. Rasanya aku tau jawapannya. Tapi malu lah nak bagi tau.Hahaha..

Sebabnya, sebelum ni, aku hanya membaca bunyi nya. Maksud ayat,tau sikit-sikit. So, macam mana aku nak rasa kagum, atau excited dengan ayat ayat dalam buku ni.
Betul lah, dulu masa zaman sekolah, ada belajar tafsir. Tapi, tafsiran yang dilakukan oleh buku teks tu walaupun betul, tak berjaya mewujudkan rasa kagum dan sekali gus gagal menarik perhatian pelajar. Habis belajar, dah dewasa, aku banyak dengar jugak ceramah agama. Tapi silapnya, biasanya quran kebanyakannya dijadikan rujukan untuk penerangan berkenaan hukum hakam dalam Islam. Perkara tersebut memang tak salah, tapi bila sebut hukum atau peraturan, sinonim dengan kongkongan. So, secara tak disedari akan menjauhkan golongan yang diluar ni. Memanglah islam itu ada peraturan dia. Tapi kalau kita nak menarik sesuatu, adakah kita akan bagitau perkara yang akan memberatkan orang yang nak kita tarik itu? Lagipun, aku ada pernah dengar dari ceramah agama, quran ni, berapa percent je ayat nya yang berkaitan dengan hukum hakam. So ada macam - macam dalam tu. Kalau tak, tak kan tuhan  angkat buku tu sebagai panduan hidup umat manusia. Umat manusia ye, bukan umat islam sahaja. Dan panduan hidup, diulangi, panduan hidup, bukan panduan peraturan sahaja, panduan beragama sahaja atau sebagainya. Panduan hidup ni bermaksud meliputi segalanya. Even kalau nak buat movie sci-fi pun boleh rujuk buku ni sebab terbukti di dalamnya terdapat maklumat - maklumat yang melangkaui masa dan ruang. Dan movie yang dibuat itu berdasar kisah benar (bukan khayalan semata) sebab semuanya yang ada dalam quran adalah benar.

Dan yang terbaiknya. Al-Quran ni, isi kandungan dia, memang up-to-date. Ajaibkan? Sebab itulah kitab ini diangkat sebagai mukjizat. Apa yang terkandung dalamnya sentiasa kena dengan sebarang zaman. Contohnya, ayat di bawah :

"Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?" (Al Qur'an, 21:30)

Dalam beberapa abad terbaru ini, manusia mula dapat clue tentang kejadian alam dengan teori Big Bangnya. Tapi dalam Quran, memang dah ada dah. Cuma, ayat ini baru dapat difahami oleh manusia apabila sampai masanya iaitu bila ilmu dan akal manusia baru dapat menerima dapat kejadian alam tersebut. Aku yakin, dalam kitab tersebut, masa banyak lagi rahsia dan ilmu yang pada masa sekarang masih lagi tak dapat diterima akal manusia, tetapi akan jadi relevan dan dapat diterima akal pada masa akan datang.

Sebab tu lah aku suka tengok rancang al kuliah sebab tajuk dia selalunya tak stereotype. Selalu membincangkan perkara -perkara yang baru. Dan rancangan terbaru yang membincangkan isi kandungan quran yang menarik minat aku adalah reflection di tv alhijrah. Aku suka ustaz tu menerangkan maksud disebalik sesuatu ayat dalam alquran. Bagaimana 1 ayat yang pendek boleh memberi maksud yang mendalam yang kadang kala merentas masa dan ruang. Dan kadang kadang, ayat yang biasa kita dengar dan tau serba sedikit maknanya rupanya mempunyai maksud yang jauh lebih mendalam dan menarik.

So, aku berazam, tahun 2012 aku akan mengkaji isi kandungan buku ini. Aku nak mensenggamakan minda aku. Beb! Rugi la tak baca novel ni yang mana ayat ayatnya dari pencipta semua benda. Moga aku akan dikurniakan pemahaman yang lebih berkaitan diri aku dan pencipta aku. Salam

Khamis, 8 Disember 2011

Bizi Wedges

Minggu ni merupakan minggu yang agak bizi bagi aku sebagai seorang profesional dalam bidang telekomunikasi. Walaubagaimanapun, bizi aku itu bukan berkaitan dengan kerja - kerja hakiki, tapi kerja main - main (Bak kata GM aku). Melompat, menjerit, merayau dan mengkinja - kinja.

GCEO nak datang. Must prepare everything. Everything must be prepared. Or prepare to meet your Doom! Cheh!! Bermadah. Fail to plan is planning to fail. Madah lagi!! Entah macam mana aku terpilih untuk menjadi ahli koir untuk nyanyian masa GCEO visit. Aku hargai penghargaan oleh rakan - rakan yang mencalonkan nama aku. Terharu...

Lepas tu, ada kena buat war Cry pulak. Mungkin sebenarnya lebih kepada sesi mengkelakorkan diri sendiri depan GCEO. Ah lantak ler. Aku sporting per. Nanti baru la menonjolkan personaliti aku depan management. Untung - untung boleh jadi pak lawak tetap event company. Hahaha...

Last sekali, aku terharu juga kerana terpilih dalam sesi minum - minum bersama GCEO walaupun last minute punya selection. Tak kisah pun, jiwa kental. Nanti apa la aku nak borakkan ye dengan GCEO. Ehh...Tak perlu bimbang, dialog dah disediakan oleh penganjur.

Aku penat...sebab tu tulis mengarut...Salam

Selasa, 29 November 2011

Aku, Gopal dan Tok Abah

Penat gila minggu ni. Nilai, KL. Bersesak, berpeluh. Mencari barang dan mecari parking. Bikin panas satu badan. Sipnopsisnya, aku dan wife mencari barang rumah di Nilai 3 dan Ikea. Setelah melalui pelbagai dugaan, akhirnya berjaya membeli barang-barang tersebut.

Membeli belah atau beli barang, merupakan aktiviti yang cuba dielakkan oleh para suami. (Mungkin tidak bagi para boyfriend atau para suami yang part time jadi boyfriend). Tapi jika tak dapat dielakkan, sebagai suami mithali, perlulah memenuhi kehendak isteri tersebut dengan rela hati supaya rumah tangga lebih harmoni.

Pergi ke Nilai 3, rintangan tak mencabar sangat. Boleh handle dengan rileks lagi. Tapi sedikit hot apabila terpaksa menunggu sejam untuk jahit langsir tatkala jam sudah menunjukkan pukul 4 suku. Kereta hampir 2 suku penuh. Nasib baik absorber Gen-2 gagah perkasa membolehkan kereta tak lowered seperti kereta sport yang dimodified.
 
Gambar oleh : diariliza.blogspot.com
Habis di Nilai 3, bergerak menuju ke KL dan tumpang tidur di rumah abang ipar. Aku dan abang ipar, bagai...tak perlu diceritakan.



asiaexplorers.com
 Pagi esoknya, bergerak ke Ikea menggunakan GPS handphone Nokia. Setelah bersesat pusat. Sampai juga di Ikea. Di sini lah kesabaran sang suami diuji. Mencari parking hampir 1 jam tak dapat-dapat. Mula lah keluar cerita-cerita lama dimana aku suruh gerak dari rumah abang ipar awal supaya bla bla bla. (Kesian wife aku kena bebel). Ikea punya pasal, sanggup tadah aje telinga.

Lastnya, aku park kat Tesco. Dah berjalan kaki pulak nak ke Ikea. Bawak pulak stroller sebab Alyah Maisarah tidur. Sampai kat Entrance Ikea, tangga dia takde laluan untuk stroller. Dah berangkat pulak stroller dengan Alyah Masisarah sekali. Peluh dah meleleh dah kat dahi ni.

Panas tak dapat parking tadi masih lagi ada. Membuatkan muka aku tak berapa nak senyum. Nasib baik lah air cond kuat kat dalam Ikea. Sejuk sikit. Kesian pulak tengok muka wife. Bukan selalu dapat ke Ikea ni. Jauh tu bro! So layan la. Sang isteri sebuk membuat itu dan ini, menulis kod itu dan ini. Suka benar tengok riak di mukanya. Bagaikan ...pikir la sendiri peribahasa yang sesuai.

Tetiba alyah nak kencing pulak. Adoi! dah sekali lagi uminya kena bebel tak pakaikan pampers siap-siap. Dah nak mencari toilet pulak. Bukan main jauh lagi toiletnya. Kalau orang kena heart attack, memang meninggal dulu baru jumpa toilet.

Dipendekkan cerita, Si isteri berjaya lah mencari barang - barang yang diberkenan dek hati. Muka ceria walaupun kena bebel tadi. Lagi sekali Keperkasaan sang suami diuji. Ada 2 meja dan 1 blue beg yang ada macam - macam dalam tu. Menapak ke parking Tesco. Tak ubah seperti bangla yang pergi bandar time hujung minggu untuk membeli telur, megi sayur dan barangan runcit yang lain.

Setelah siap semua barang dimasukkan ke  dalam kereta tanpa melowered kan kereta, aku pun bergerak balik ke Pahang.

Malam tu, masa nak tidur, Alyah cakap " Alyah jadi Ajaja, Umi jadi Yaya dan walid jadi Gopal". Aku tanya, " Kenapa walid tak jadi Tok abah". Alya jawab " Walid jadi Gopal lah". Aku pun jawab " Gopal pun Gopal la, Alyah jadi anak Gopal, Umi jadi Umi Gopal". Lepas tu aku pun tidur.

Khamis, 27 Oktober 2011

My Privacy not Piracy

Believe me,we are going to be together for a long time. Maybe for the rest of our life. And we'll be sharing everything, almost non that left to myself or yours. But...please do me a favor. Please let that "almost non" part to be kept for me and me only. Because that is where i kept all the things that i know you could not bear to share it with me.

Khamis, 20 Oktober 2011

Key To Success In Work For Idiot



Keys To Success Joke
1. Never walk down the hall without a document in your hands. People with documents in their hands look like hardworking employees heading for important meetings. People with nothing in their hands look like they're heading for the cafeteria. People with the newspaper in their hands look like they're heading for the bathroom. Above all, make sure you carry loads of stuff home with you at night, thus generating the false impression that you work longer hours than you do.

2. Use computers to look busy. Any time you use a computer, it looks like work to the casual observer. You can send and receive personal e-mail, calculate your finances and generally have a blast without doing anything remotely related to work. These aren't exactly the societal benefits that everybody from the computer revolution expected but they're not bad either. When you get caught by your boss --and you will get caught--your best defense is to claim you're teaching yourself to use the new software, thus saving valuable training dollars. You're not a loafer, you're a self-starter. Offer to show your boss what you learned. That will make your boss scurry away like a frightened salamander.

3. Messy desk. Top management can get away with a clean desk. For the rest of us, it looks like you're not working hard enough. Build huge piles of documents around your workspace. To the casual observer, last year's work looks the same as today's work; it's volume that counts. Pile them high and wide. If you know somebody is coming to your cubicle, bury the document you'll need halfway down in an existing stack and rummage for it when he/she arrives.

4. Voice mail. Never answer your phone if you have voice mail. People don't call you just because they want to give you something for nothing - they call because they want you to DO work for THEM.

That's no way to live. Screen all your calls through voice mail. If somebody leaves a voice mail message for you and it sounds like impending work, respond during the lunch hour. That way, you're regarded as hardworking and conscientious even though you're being a devious weasel. If you diligently employ the method of screening incoming calls and then returning calls when nobody is there, this will greatly increase the odds that they will give up or look for a solution that doesn't involve you.

The sweetest voice mail message you can ever hear is "Ignore my last message. I took care of it." If your voice mailbox has a limit on the number of messages it can hold, make sure you reach that limit frequently. One way to do that is to never erase any incoming messages. If that takes too long, send yourself a few messages. Your callers will hear a recorded message that says, "Sorry, this mailbox is full" a sure sign that you are a hardworking employee in high demand.


http://www.recruitersnetwork.com
-

Work With Hatta

"Don't think, your're paid to work."
"If performance measured accordingly, no one will dare to offer himself as a CEO"

Revised Company Exercise Program

The company has discontinued all physical fitness programs since everyone gets enough exercise by:-

jumping to conclusions,
flying off the handle,
beating around the bush,
running down the boss,
going around in circles,
dragging their feet,
dodging responsibility,
passing the buck,
climbing the ladder,
wading through paperwork,
pulling strings,
shooting the breeze,
throwing their weight around,
stretching the truth,
bending the rules,
pushing their luck,
shuffling papers,
and playing hide and seek.

Ahad, 9 Oktober 2011

Tablet Terbaik - Best Tablet

Tahun 2011 ni aku rasa adalah tahun tablet PC. Dan ianya juga adalah tahun kebangkitan OS Android terutamanya honeycomb. Walaupun Apple ada keluarkan Ipad 2, tapi hype tablet Honeycomb lebih menyerlah sebab terlampau banyak penyertaan dari pelbagai pengeluar seperti Samsung, Asus, Acer, Dell, Toshiba dan banyak lagi lah. Semuanya berlumba - lumba dalam mengeluarkan tablet terbaik diorang.

Sebagai seorang yang boleh dikatakan peminat gadget, aku pun ada la jugak hati nak jadi salah seorang pengguna tablet ni. So, dalam beberapa minggu yang lepas, aku dah mula la buat survey berkenaan tablet yang ada di pasaran.

So, yang pertama sekali adalah ipad 2.
Ipad 2
Ada orang cakap, Ipad 2 adalah king of tablet. Dari review yang aku baca, banyak kelebihan dia. Dari display yang superb hingga la performance processor Dual core A5 yang tangkas. Cuma, bila sebut pasal Ipad ni, semua orang tau satu kelemahannya. "Limitation". Pertama, semua orang tau, apple tak kawan dengan flash. Kedua, limitation dari segi application. Faham sendiri la. Kebanyakannya berbayar. ketiga, Hardware.Susah nah nak intergrate ipad dengan peripheral lain contohnya, external storage (usb hard dish dan bagai). Mungkin boleh jika menggunakan 3rd party application, tapi bukan out of the box. So aku tolak tepi dulu ipad 2. Dan dengar khabar angin, Ipad 3 bakal dikeluarkan dan dikatakan flash compatible. Apa-apa pun, takziah pada Steve Jobs atas kematiannya. You're the revolutionist.

Dell Streak

Samsung Galaxy Tab
Kemudian, aku mula pergi cari tablet OS android. Mula - mula ada Tablet Samsung Galaxy Tab dan Dell Streak yang menggunakan Android 2.x.x. Dua tablet ni adalah generasi android sebelum ini. Tak silap aku, kedua dua gadget ni adalah smartphone. Tapi, bila menggunakan OS lama, of course la rasa kalau beli, terasa rugi sebab ada versi yang lebih latest. Lagipun, processornya tak berapa power sangat.

Kemudian, datang lah band of brothers. Group tablet Honeycomb. Banyak gila pengeluar yang keluarkan tablet android 3.0.X ni. Motorola, Toshiba, Samsung, Asus, Sony dan banyak lagi. Dengan menggunakan processor Tegra 2 dan 3, tablet ni mempunyai persembahan grafik yang mantap jika dibandingkan dengan jenis tablet - tablet lain. Walaupun banyak pengeluar tablet honeycomb ni, setiap pengeluar mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Ada yang display terbaik menggunakan resolusi tinggi. Ada yang mempunyai daya tahan beteri yang tinggi. Dan sebagainya. Kebanyakan aplikasi android adalah percuma. Kalau yang premium tu, mungkin lah kena bayar. Kelebihan Honeycomb berbanding IOS (apple) adalah

  1. Flash compatible
  2. Aplikasi lebih terbuka
  3. Lebih pantas dan lancar (bergantung juga pada jenis tablet)
Tak lama lagi Android 4.0.X Ice Cream Sandwich akan keluar. Macam mana la pulak bentuk dan gayanya.


Motorola Xoom

Samsung Galaxy Honeycomb
Asus Transformer
Toshiba Thrive


Dan terbaru yang menyertai pasaran adalah tablet Windows 8. Sebenarnya tak masuk lagi pasaran. Dalam proses testing dan beta. Daripada review yang ditonton dari Youtube, Windows 8, mendapat respon positif daripada pengguna - pengunanya. Menggunakan tema UI Metro, Windows 8 nampak lebih ringkas dan tangkas. Dan kelebihan paling utama, aplikasi windows sebelum ni masih lagi dikekalkan. Maknanya, jika dibanding dengan tablet - tablet lain, table Windows 8 adalah lebih produktif, aplikasi lebih terbuka dan boleh digunakan untuk samada kerja dan harian. Walaubagaimanapun, kena tunggu sehingga table Windows 8 keluar, baru boleh tau ok ke tak ok. Sebab kena tengok juga spesifikasi hardware untuk tablet tersebut.
Windows 8 
 Jadi, apa kesimpulannya, tablet yang mana pilihan kalbu? Jawapannya, tepuk dada tanya selera. Tepuk poket, tengok duit cukup ke tak. Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Ipad 3 dah nak keluar. Mesti spesifikasinya lebih tinggi. Aku pulak, macam tak jadi nak mempunyai tablet. Sebabnya, kegunaanya terlampau terhad. Bayangkan lah, nak tengok movie format mkv pun pening kepala. 2012 bakal menjelma, apa pula teknologi yang bakal menjengah. Jom kita tunggu.

Salam

Jumaat, 7 Oktober 2011

Dikenang Sebagai...

Minggu ni, seluruh dunia dilanda kesuraman. Steve Job, mati akibat kanser. Kanser, jarang yang menang bila bertembung dengannya. Termasuklah arwah umi aku. Anyway, ramai yang marah sebab ramai yang agungkan dia. Dia kan kafir.

Aku, bukan la nak membeta, tapi pada pandangan aku, kita kena hormat sumbangan sesorang even dia bukan islam. Terutamanya sumbangan dia begitu besar pada dunia tak kira muslim atau tidak. Kita tau, di alam sana keadaan nya macam mana,  tapi di alam ni, kita hormati lah dia. Nabi pun hormat jasa orang bukan islam. Kan Bapa saudara nabi, Abu Thalib bukan islam, tapi nabi sayang dia, hormati dia, doakan dia bukan sahaja sebab dia bapa saudara nabi, tapi sebab dia paling banyak membantu nabi dan kaum muslimin.Tapi janganlah pulak berfikiran dangkal mengatakan aku nak samakan Stave job tu dengan bapa saudara nabi. Memang la tak sama. So, ikutilah nabi, menghormati sesiapa saja yang membantu kita tak kira muslim ke non muslim. Hidayah Allah itu, milik Allah.

Lagipun, bukan senang dunia nak dapat seorang great thinker, Einstein, Bill Gate, Steve Job, Ahmed Deedat, Yusuf Islam, Tun M (mesti ramai tak setuju.hahaha), Tuan Haji Dato' Nik Abd Aziz dan tak seberapa ramai lagi. We must give credit to where it belongs.

Cukup lah pasal diorang, diorang mati meninggalkan jasa. Tapi aku ni nanti, bila mati, apa lah yang akan orang ingat pasal aku. Meh aku selidik sikit.

Kerja
Bila aku takde nanti, apalah rakan sekerja aku akan ingat pasal aku? Hatta ni, pemalas,suka cerita gossip, suka buang masa, garang, bodoh, pastu sombong pulak tu. Apa pulak bos aku cakap pasal aku? "lega aku dah takde, takde orang nak lawan cakap aku" atau "sape lah yang nak mengampu aku lagi".Staf aku pulak, apa lah yang diorang ingat pasal aku. ketua yang mudah diperlecehkan atau ketua yang Maha zalim. Fuh, minta dijauhkan

Suami
Adakah wife aku akan bersedih bila aku mati. Atau lega. Aku akan dikenang sebagai suami yang bertanggung jawab ke atau suami yang malas. Suami yang membosankan. Tak pandai membimbing isteri. dan sebagainya...Adoi

Ayah
Apa lah anak aku ingat pasal aku agaknya. Walid yang membosankan ke? Yang asyik duduk rumah. Atau yang garang dan tak pandai mengajar anak? Anak aku suka ke aku sebagai ayah. atau dia lagi suka ayah tiri dia.  Hmmm...

Anak
Dah cukup ke jasa aku pada diorang, ibu bapa aku. Adakah aku akan dikenang sebagai anak yang tak berjasa? Anak yang jarang hubungi ibu dan bapa. Anak yang tak mengembirakan ibu bapanya?

Huh! apa lah sifat aku akan dikenang. Moga Allah jadikan aku insan yang sentiasa menyenangkan orang disekeliling aku. Dan yang paling penting, semoga Allah sentiasa kenang aku sebagai hambanya yang baik.

Wassalam




Ahad, 25 September 2011

Produk Apple Murah

Tengah browsing internet. Terjumpa pulak satu video berkenaan produk Apple yang refurbished. Maksudnya, produk ni telah dipulangkan kepada pihak Apple semula dan technician Apple telah repair dan memberi jaminan kualiti kepada produk berkenaan. Walaubagaimanapun, mungkin dari segi kosmetiknya, ada calar atau sebagainya, tapi padan dengan harga yang lebih murah dari harga asal. Dan pihak apple memberi jamin warranty ke atas prouduk tersebut.

Boleh refer video Youtube di bawah:
Video ni untuk user di US. Aku pun mencarilah samada di Malaysia, Apple ada membuat skim yang sama atau tidak. Sekali terjumpa website ni http://www.machines.com.my/support_clearance_refurbished.html. Dalam website tersebut ada menyatakan bahawa mereka adalah Apple premium reseller. Mereka ada menjual produk Apple yang refurbished. Antara contoh pruduk yang dijual adalah :

MacBook Pro 13"
MC700ZP/A - 2.3GHz/2x2GB/320GB/SD        RM3299  Kalau baru RM3699

MacBook Pro 13"
MC724ZP/A - 2.7GHz/2x2GB/500GB/SD        RM3999 Kalau baru RM4599



So, kepada peminat Produk Apple, boleh lah survey dengan lebih lanjut ke website tersebut.


Salam

Sabtu, 24 September 2011

Scandalisme

Short entry. Tetiba terfikir pasal senarai skandal yang terdapat di tempat kerja aku. Ada satu, dua, tiga empat....lima dan enam. Yang aku punya sendiri, nak kira jugak ke? Hahaha...statement maut. " All Work and no scandal make...pikir sendiri"

Jumaat, 23 September 2011

Dugaan

Besar betul dugaan. Dari kiri, kanan, depan tapi bukan belakang. Life suck, work even more suck. Ah malas la fikir. Baik tengok budak praktikal kat ofis ni. Cerah bijik mata. Teringat kata-kata Dafi, " Mak saya kata, kalau nak tau macam mana rupa orang tu bila dia tua nanti, tengok mak dia." Poyo lah.

Salam.

ENTRY LAMA - MIMPI

Malam ni, tak tau kenapa. Ada keshaduan di dalam jiwa ini. Hati terkenang kenangan bersama arwah umi. Antara perkara yang boleh membuatkan aku menitiskan air mata adalah salah satunya, teringat kan arwah umi. Walaubagaimanapun, semakin aku meningkat usia, makin banyak memori bersama arwah yang dah hilang dan yang menjadi blur.

Sebenarnya, aku bukan nak cerita berkenaan umi aku. Nak cerita pasal mimpi sebenarnya. Cerita pendek je. Kalau sape - sape perasan la, jarang kita pernah mimpi tentang kematian seseorang. Maksud aku, orang tu masih hidup, tapi kita mimpi dia meninggal. Dari pengalaman aku sendiri. Aku pernah mimpi berkenaan kematian sekali je. Iaitu masa aku dalam umur 9-10 tahun. Dan aku mimpi kononnya walid aku ditembak dan telah meninggal dunia. Aku menangis dalam mimpi hingga keluar air mata menyebabkan aku terbangun. Rupanya aku menangis masa tidur. Bangun tidur, aku tak berapa ambil kisah sangat pasal mimpi tu. Dan kemudianmya, arwah umi aku sakit dan meninggal 2 tahun kemudiannya. So, adakah kebetulan apa? Aku bukan lah nak suruh percaya mimpi seratus peratus. Cuma kadang -kadang, mimpi ni, memberi iras -iras atau petanda tentang sesuatu. Terutamanya tentang perkara yang besar seperti kematian. Sesungguhnya, ajal, maut dan jodoh adalah dalam pengetahuan Allah. Dan atas kehendakNya untuk diberi peluang kepada hambanya mendapat ....fikir la sendiri ayat ending nih.

Sabtu, 17 September 2011

Petua Cuci Lantai

Malam tadi, dapat mandat dari mem besar. Sepninggalan dia nanti, sila bersihkan dalam kereta dan cuci lantai bilik air. So, hari ni, dilaksanakan lah tugas tersebut. Cuci dalam kereta kacang aje. Vacum je. Habis disedut segala habuk. Yang leceh sikit, cuci bilik air. Bukan apa, tompok bekas air dalam bilik air tu, memang tak hilang walau digosok macam mana sekali pun.

Tapi, kalau orang lelaki buat kerja, memang kelas. Walaupun malas. Tapi sekali buat, kesan hebat. Mula-mula aku meng"Google" cara nak hilangkan tompok bekas air tu. Google punya google, jumpa blog http://ceritapnut.blogspot.com. Dia bagi petua macam mana nak hilangkan bekas air tu. Walaupun itu petua maid dia, tapi sebab dia yang letakkan petua tu dalam blog dia, kredit pada dia.

Patuanya mudah aje. Ambil kapur sirih, rendam dalam air. Pastu, air tu basuh lantai tu. Biarkan dalam 10-20 minit. Pastu, cuci dengan pencuci lantai seperti biasa. Aku try jadi. Tapi kena ulang 2-3 kali baru hilang betul-betul. Kira lenguh jugak lah pinggang. Kat bawah ni gambar sebelum dan selepas. Bilik air aku memang bersih sentiasa ye. Wife aku sental tiap-tiap hari bila dia mandi. Cuma kesan tompokan tu aje yang membuatkan nampak macam kotor.

Selamat mencuba.
Gambar sebelum. Kesan bekas air yang degil macam israel

Gambar selepas. Hanya guna kapur, kesan bekas air hilang

Selasa, 13 September 2011

Isteri Saya/ My Wife/ 我的妻子 / मेरी पत्नी


Dalam beratus entry yang telah aku publish, aku perasan 1 perkara. Takde 1 pun entry dedicated to wife aku. Tapi perkara pokoknya, kenapa aku terfikir berkenaan perkara tersebut? Itu cerita untuk Entry lain ...

So, kali ni, aku akan dedicate kan entry ni untuk wife aku. Aku tau nanti, dia akan baca jugak blog/entry ni. Takpe la, bagi dia kembang sikit.

Perkara pertama.adalah, kenapa aku pilih wife aku/ wife aku pilih aku? Memang lah sebab cinta, sebab sayang sebab i lap u. Tapi menurut satu kajian saintifik yang telah dilakukan berkenaan perilaku manusia, manusia akan sayang, benci, menyampah dan sebagainya pada satu manusia lain berdasarkan struktur muka manusia berkenaan (orang yang dipandang).

Dalam kita tak sedar, apabila kita memandang wajah seseorang, otak kita tanpa kita sedari akan menafsir kedudukan dan struktur mata, hidung, dahi, mulut dan Proportion ke semua ciri tersebut dan membandingkan wajah-wajah tersebut dengan wajah-wajah yang pernah kita lihat dalam hidup kita sebelum ini. Sebab tu, kadang-kadang bila kita tengok muka orang tu, kita rasa tenang je sebab kemungkinan ada ciri pada wajah tersebut sama dengan wajah ibu atau nenek kita dan sebagainya. Dan kadang-kadang kita rasa meluat sangat tengok muka orang ni walaupun itu la first time kita jumpa dia sebab mungkin otak kita dah beri signal benci sebab wajah dia ada titik persamaan dengan orang pernah buat jahat pada kita dalam hidup kita.

So untuk kes aku dan isteri, mungkin perkara di atas berlaku pada aku. Dan untuk menunjukkan kekuasaan tuhan, perkara yang sama juga mungkin berlaku pada wife aku tanpa dia sedari... Pergh, sungguh saintifik yang sesungguhnya aku main tulis aje.




Tapi yang lebih penting, semuanya telah ditakdirkan oleh Allah. Dah telah tertulis dalam Qada' dan Qadar di Luh Mahfuz. Ianya dinamakan jodoh aku.

Wife aku macam mana? Kalau TV8 ada rancang review makanan nama "Best in The World", aku plak bagi review wife aku sebagai "Best in the world". Of course la, world tu, my world la. Bukan whole world. Hahaha. Yang sebenarnya, setiap orang ada kekurangan. Dan masing-masing mengisi kekurangan pasangan masing-masing. Aku baran, wife aku penyabar. Aku kurang cakap, wife aku banyak cakap. Macam tu lah lebih kurang. So nak kata wife aku bagus sangat ke? Untuk aku, memang la bagus. Untuk orang lain, wife dia la bagus. Kalau aku cakap wife si sipolan bin sipolan tu best giler, dah semacam pulak kan.

Biodata
Wife aku dilahirkan di JB.  Orang bandar la kira nya. zaman kecik-kecik sungguh tomboy. Menurut sumber yang boleh dipercayai (mak mertua aku), zaman kanak-kanaknya dipenuhi dengan aktiviti lasak seperti berlari dan panjat pokok buah-buahan. Kawan dengan budak-budak besar.So, tau la aku dari mana datangnya ke hiperaktifan si Alya Maisarah tu..

Masuk umur belasan tahun, lebih feminin sikit. Tapi masih tomboy sikit-sikit lagi. Tak boleh lari dari kemeja kotak-kotaknya. Ataupun, baju T-shirt tight in. Bersekolah di SEK MEN KEBANGSAAN SRI RAHMAT,JOHOR BAHRU . Lepas tu sambung belajar di INSTITUT SAINS DAN TEKNOLOGI DARUL TAKZIM. Lepas belajar, bekerja sementara sebagai guru. Dan di situ lah mula menampakkan ciri-ciri feminin tahap maksimum sebagai Cikgu Rafidah.


Lepas jadi ciku sementara, wife aku dapat kerja di TMNet dimana tempat aku berjumpa dengan dia.


Ciri-ciri/ Perwatakan
Kegemaran:
  • Berkebun. Tangan wife aku, biasanya menjadi dalam tanam-tanam pokok ni. Aku pun menjadi jugak. Tapi pokok lalang la.
  • Mengemas. Suka mengemas. Aku pulak, suka tengok dia mengemas
  • Memasak. Dia memang suka memasak. Emmm....itu aje lah
  • Menghias rumah. Memang paling suka. Nak letak tu, nak letak ni. Macam-macam la lagi.
Makanan kegemaran :

Aku main teka je ni.

  • Asam pedas. Dia suka, aku pun suka. Dan lebih penting, dia memang pandai masak asam pedas
  • Kebanyakan makanan negeri Johor seperti Lontong, mee rebus otak-otak dan berbagai lagi.


Warna kegemaran :

  • Tak berapa pasti. Biasanya, warna pilihan wife aku akan kontra sangat dengan warna pilihan aku. Macam warna hijau dan sebagainya. Dia selalu marah sebab warna pilihan dia aku cakap macam taste orang tua. Hahaha.


Perwatakan :

  • Seperti yang aku maklumkan di atas, wife aku ni penyabar dan tenang orangnya. Tak pendendam. Suka bantu orang. Tapi dia tegas dan berani. Dan kadang-kadang sedikit garang. Berjiwa sensitif. Bagi aku, dia merupakan penyokong aku dalam apa jua keadaan. Dalam membuat keputusan, aku akan minta pandangan dia dulu. Pandangan dia biasanya, dah ambil kira sebarang faktor dan kemungkinan. Dia juga mementingkan keluarga dia.
  • Masa mula-mula kenal dulu, nampak cute. Terutamanya bila tengok pipi dia. Macam nak cubit je. Tapi lama-lama kenal, mestilah kurang cutenya (sebab dah tengok siang dan malam). Tapi, bagi kawan-kawan dia, dia merupakan orang yang suka menyenangkan orang lain. Suka bantu kawan-kawan dia. Dan juga fast learner.
Rupa Paras :

Aiseh, susah sikit nak cakap. Huhuhu. Takde lah. Ala, biasa la, Masa zaman anak dara lain, zaman jadi ibu lain pulak rupanya. Secara umumnya, rupa paras dia, berjaya menawan kalbu (aku). Wajah dia, bulat sikit, pipi tembab sikit.Mulut kecik. Kening bersudut. Nampak comel je. Berkulit gelap sikit ala-ala Faezah Elai (Cewah!). Masa zaman anak dara dulu, boleh dikatakan genit juga lah bentuk tubuhnya.


Bakat :

  • Pandai bersukan, kontra dengan aku


Ok. Rasanya, setakat ini ajelah cerita pasal Wife aku. Nanti cerita lebih-lebih, meletup pulak nanti. Aku bersyukur sebab tuhan kurniakan wife seperti dia. Kalau nak dikurniakan satu lagi, kalau boleh macam dia jugak Hahaha ( Ayat bunuh diri). Semoga kami berdua dapat lebih saling faham memahami dan jodoh kami kekal hingga ke akhir hayat.

Salam...

Isnin, 12 September 2011

Pemula Tradisi



Masih dalam Mood Hari Raya. Takziah kepada wartawan Malaysia yang terkorban di Somalia. Pedulikan pandangan sinis yang dilemparkan oleh pihak tertentu, diharap keluarga allahyarham berpegang teguh dengan niat sebenar Allahyarham, membantu memaparkan penderitaan penduduk di Somalia yang seagama dengan kita

Kali ni nak cerita pasal sambutan Aidilfirti. Seperti yang kita sedia maklum. Zaman kita kecik-kecik dulu, aktiviti hari raya kita, memang telah tersusun oleh ibu bapa kita. Ada yang balik kampung tok, balik kampung nenek. Lepas sembahyang raya, pergi kubur tok, kubur nenek. Malam raya, masak ketupat, rendang lemang atau satay yang menjadi tradisi dari zaman berzaman. Pendek kata, kita sebagai budak kecik, main ikut je. Dan bila saban tahun perkara yang sama dilakukan untuk setiap kali hari raya, maka jadi lah ia suatu tradisi.

Dan, tiba lah masanya kita dah tak berapa kecik. Dah jadi mak atau bapak budak. Atuk atau nenek dah tak ada. Tiada lagi tradisi balik ke kampung. Aktiviti raya bertukar balik ke rumah ibu dan bapa. Aktiviti malam raya pun dah bertukar.

Macam aku, dulu, ada lah jugak, balik kampung Tok sebelah mak. Tapi, selepas dah kahwin ni, raya sambut kat rumah Walid/ibu dan jugak rumah mertua. Adik beradik aku 5 orang, 3 dah kawin 2 bujang. Walid/ibu aku ada 3 orang cucu yang baru bawah 5 tahun semuanya.

Bila beraya di rumah sendiri, kena plan semula aktiviti raya. Pendek kata, umpama nak memulakan satu sesi tradisi yang baru. Tahun ni, masak malam raya.Masak kat bangsal luar rumah. Masak bersama adik beradik dan ipar. Sambil berborak, dengar lagu raya. Kadang-kadang anak sendiri dan anak-anak saudara datang menjengah nengok ibu bapa masing-masing masak.

Sebelah paginya, selepas sembahyang raya, diadakan sesi bermaaf - maafan. Dah 3 tahun sesi tersebut dirakam guna VideoCam. Nanti, adalah episod air mata dan bagai. Lepas sesi bermaafan dan bergambar, terus sesi makan pagi raya. Lepas makan sikit, pergi beraya ke rumah jiran terdekat. Untuk makluman, anak-anak Syed Jaafar ni, bukan kenal ke jiran. Mana idaknya, masing-masing bukan nya membesar di rumah sendiri. Belaka semua duduk asrama. Masa zaman umur 4-5 tahun dulu, kampungnya kat tempat lain (Pekan). Dah sekolah barulah pindah duduk Chini.

Dalam pukul 11 pagi bertolak ke Pekan. Melawat kubur. Tahun ni special sikit, melawat kubur Tok Walid dan Tok mi dan juga kubur arwah Umi disertai Walid. Kalau tak, aku 5 beradik aje yang melawat kubur arwah umi. Habis melawat kubur, baru lah melawat sanak saudara di Pekan.

So, tahun ni, merupakan 1 permulaan tradisi raya terbaru bagi aku dan adik beradik. Diharap, dari tahun ke tahun, aktiviti ini dapat dikekalkan supaya dapat dikekalkan menjadi tradisi.

Dan suatu masa nanti, akan tiba masanya, bila kedua ibu bapa telah tiada, maka, tradisi akan berubah lagi. Sehingga lah kita tiada di dunia ini.

salam

Sabtu, 3 September 2011

Aku terfikir, berkenaan perilaku manusia. Yang biasa nya,orang cakap,kita sebagai makhluk atau hamba tuhan, tak berhak ke atas sifat itu. Antara sifat sifat tersebut adalah, bermegah megahan,menghukum, bangga diri dan sebagainya. Aku terfikir, kenapa atau apa sebabnya tuhan berikan sifat tersebut dalam diri manusia kalau ianya bukan milik manusia? Malaikat tiada sifat sifat tersebut. Sebab itu mereka boleh mengabdikan diri mereka kepada tuhan.

Dan aku terfikir pulak sifat -sifat yang sememangnya bukan milik manusia,sehinggakan akal manusia pun tak boleh compute sifat tersebut. Contohnya, Allah, kekal abadi selamanya. Kekal abadi tu pun susah nak diterima manusia. Sebab sebagai manusia, kita akan tetap fikirkan, kekal abadi, tapi sampai bila? Apa yang akan terjadi lepas tu? Sebab kekal abadi, bukan sifat kita, tapi sifat Allah semata.

Jadi, aku rasa, sifat milik tuhan yang ada sedikit dalam diri kita ni, merupakan nikmat. Bertujuan untuk menguji kita. Pandai pandai lah kita menikmatinya. Jangan jadi seperti iblis, kerana bangga atas dirinya (yang merupakan golongan jin yang dicipta daripada api, yang telah dinaikan tarafnya oleh Allah menjadi ketua malaikat disebabkan kuat beribadah kepada Allah) dan tidak mahu tunduk pada arahan Allah supaya tunduk pada manusia.

Itu ajelah fikiran sejenak aku. Wassalam

Sabtu, 27 Ogos 2011

Rasulullah Pun Suka Kucing



Tak sangka, Rasulullah pun suka kucing. Aku pun suka kucing. Masa kecik-kecik dulu, famili aku siap bela kucing sampai 3 generasi. Nama kucing, tak payah cakap lah. Siap ada bin/binti lagi. Tapi, bila dah besar ni, susah sikit nak bela kucing sebab kat rumah selalu takde orang. So, aku bagi ajelah kucing-kucing yang ada di sekitar rumah ni makan.Di bawah ni ada secebis artikel yang aku pinjam dari blog http://http://akuislam.com untuk dikongsikan bersama...
Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza.
Suatu ketika, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.
Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali.
Dalam peristiwa lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan diriba diatas pahanya.
Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah dia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.
Kepada para sahabat, nabi selalu berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri.
Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis sahih Al Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepaskan kucingnya untuk mencari makan sendiri.
Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksaan neraka.
Tidak hanya nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Siddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala kucingnya meninggalkan
Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapa kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara banyak kucing jantan dirumahnya.

Uniknya Melayu

Wah! rasisnya tajuk.Hahaha.Macam politik pun ada. Takde la, tak rasis pun. Perkasa pun tidak. Setiap orang, fitrah dia menyangi asal-usul mereka, bangsa mereka. Aku pun sama. Rasulullah pun sama. Tak salah nak sayang bangsa sendiri selagi tak berlaku zalim pada bangsa lain.

Bukan apa, sementara tunggu subuh, tengok tv Al-Hijrah. Bagus rancangannya, unik. Banyak rancangan yang Out of the box, kata orang putih. Antaranya, rancangan ala BangBangBom versi islamik dari Arab. Terjah simangsa dan kemudian bagi tazkirah pasal Rasulullah S.A.W.

Dalam aku asyik aku tengok tu, aku ter "pause" kejap bila pengacara tu tanya salah seorang mangsa. "Awak kristian atau muslim?" tanya pengacara tu dalam bahasa arab. Aku memang tau, orang arab ada yang kristian dan ada yang islam. Cuma aku tak sangka sampai begitu susah nak kenal yang mana islam dan yang mana bukan islam sehingga terpaksa bertanya macam tu.

So dari situ, terwujudlah title di atas. Uniknya bangsa Melayu. Kita sebut, India musli, Cina muslim, arab muslim dan berbagai-bagai lagi bangsa lain. Tapi, kalau melayu, tak pernah dengar frasa Melayu Muslim. Syukur pada Allah. Semua orang tau, sebut sahaja melayu, maka Islam lah agamanya. .Cuba, bila jumpa pakcik-pakcik atau makcik-makcik, tanya apa agama mereka. Kalau tak kena penampor, tak tau lah aku. Ditambah, dalam perlembagaan lagi (untuk melayu di Malaysia) bahawa, Jika sesorang itu, menggunakan bahasa melayu, cara hidup bangsa melayu, agamanya Islam maka Melayu lah dia. Kalau Dr Riduan Tee nak tukar bangsa dia kepada Melayu, memang boleh sangat dah. Tapi Of Couse lah dia sayang bangsa dia, susur galur dia. Tak mengapa.

Uniknya melayu, kedatangan Islam semasa Zaman Pemerintahan Melayu Melaka, disambut dengan hati terbuka. Tiada peperangan, tiada pertumpahan darah. Padahal, dulu asalnya, Melayu beragama Hindu atau Buddha. Dan selepas penjajahan, British, Jepun dan Belanda selama beratus tahun, Melayu tetap Islam.
Padahal, islam itu lebih awal sampai di sebelah benua Afrika dan Eropah. Tapi kebanyakan dari mereka yang asalnya Islam, telah beryukar agama setelah ditindas, dijajah dan sebagainya. Tapi kita, tidak. Cuba bayangkan, pahala pemerintah zaman Melaka dulu, dengan izin allah dan keterbukaan mereka menerima Islam, maka, kita semua orang Melayu beragama Islam. Setiap amalan kita, mesti ada percent untuk mereka. Sebab tu pemimpin a.k.a pemerintah ni, berat tanggungjawabnya. Boleh membawa ke syurga atau ke nereka oleh sebabnya.

Aku pernah dengar hadis Rasulullah berkenaan kebangkitan Islam dari Timur. Hadisnya seperti di bawah.


Telah mengeluarkan Tabrani dalam Al Ausat, dari Ibnu Umar bahwa Nabi SAW telah mengambil tangan Ali dan bersabda :
Akan keluar dari sulbi ini pemuda yag memenuhi dunia dengan keadilan (Imam Mahdi). Bilamana kamu melihat yang demikian itu, maka wajib kamu mencariPemuda dari Bani Tamim, dia datang dari sebelah Timur dan dia adalah pemegang panji-panji Al Mahdi”. (dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti)

Dari Tsauban R.A, dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, akan datang Panji Panji Hitam dari sebelah Timur, seolah olah hati mereka kepingan kepingan besi. Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka sekalipun merangkak diatas salju. (dikeluarkan dari Al Hasan bin Sofyan dari Al hafiz Abu Nuaim) (dari kitab Al Hawi lil fatawa oleh Imam Sayuti)

Para sahabat Rasulullah ni, jika Rasulullah keluarkan statement, maka benarlah ia tanpa sebarang keraguan. Hadis Rasulullah dijadikan pegangan oleh mereka. Jadi, untuk Islam itu bangkit dari timur, orang timur mestilah terlebih dulu beragama Islam. Tapi Rasulullah tak cakap, Timur tu di mana. Tanpa memikirkan perkara tersebut, mereka terus berusaha berdakwah ke arah timur sehinggalah sampai kepulauan Melayu. Aku tak mengatakan bahawa, bangsa melayu lah yang diceritakan oleh Rasulullah itu. Tapi tak salah kalau kita menimpikannya dan jadikan Hadis tersebut sebagai pendorong untuk menjadikan aku, bangsa aku Umat Muhammad yang lebih baik.

Kebelakangan ini, orang selalu cakap, melayu sekarang, tinggal pada nama je. Dah tu, ramai pula yang murtad dan sebagainya. Jangan salahkan sesiapa, salahkan diri sendiri. Iman itu bukan diwarisi. Tetapi, sebab jasa tok nenek kita, Islam itu dipermudahkan untuk kita amalkan. Yang tinggal untuk kita, hanyalah menyuburkannya.

Akhir sekali, aku sayang Agama aku, Aku sayang Nabi aku, aku sayang bangsa aku dan aku sayang negara aku...wassalam

p/s: Eh! bukan ke aku keturunan bangsa arab ke...hohoho.

Jumaat, 26 Ogos 2011

Selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke 5

Alahai, sempena ulang tahun perkahwinan aku yang ke 5 ni, tak kan la takde entry special. Nanti, mencebik pulak orang rumah. So, inilah entrynya.

Syukur kepada Allah yang Maha Besar. Dipanjangkan jodoh aku dan isteri dan dimurahkan rezeki dengan dikurniakan seorang anak yang noty.

Bukan susah nak kahwin, cari awek cun, ngorat-ngorat, kumpul duit  sikit (kumpul duit banyak kalau nak Majlis kawin kat hotel 5 bintang. Tak payah kumpul duit kalau anak orang kaya.), pastu kawin. Tapi bukan senang nak kahwin kekal lama. Macam-macam dugaan ada. Yang bergolek-golek, yang melompat, yang berlari. Semua ada. Apa rahsianya untuk kekal lama. Hanya tuhan yang tau. Aku a.k.a. kami boleh berusaha sahaja. Bertolak ansur dan bagai. Alah, korang yang dah kahwin, mesti tau punya. Jangan asyik cari "macam mana cara nak tahan lama..." aje.

Semoga, dipanjangkan jodoh kami. Biarlah hanya mati yang memisahkan kami. InsyaAllah.

Salam

p/s: lupa nak tambah, bukan susah nak kahwin lagi satu...kat golok pun boleh.

Khamis, 25 Ogos 2011

Bayar Zakat Yang Mendebarkan

Kelakar la pulak dengan title ni. Sementara menunggu subuh, sambil ditemani dengkuran alya maisarah, aku teringat pasal bayar zakat. Zakat dah settle semalam, 24 ramadhan (senang ingat sebab sama dengan bulan omputeh). Cuma setiap kali ramadhan datang, aku mesti suspen. Suspen bukan pasal puasa, tapi pasal nak bayar zakat.

Bukan apa, aku memang cuak dengan aktiviti yang melibatkan akad yang kena bersalam ni. Berderau darah. Macam time akad nikah dulu. Selamam pun, time bayar zakat, aku boleh jugak tersasul. Padahal main baca je akad dia yang dah diprint dan ditampal kat atas meja zakat tu. Brother amil zakat tu siap cakap," ambik pilihan akad nombor 1 ye dik ". Hahaha, kelakar, macam order makan kat McD dah.

Tahun lepas, bayar zakat ikut sms. Tapi bila dengar cerita tak bagus bayar zakat pakai sms, tu yang bayar kat masjid tu. Lagipun pakai sms tak thrill. Tak Syok. "Takde sengat maa..."

Apa pun, yang penting, lepas dah 1 perkara wajib, Syukur. Alhamdulillah. Tunggu pulak suspen tahun depan.

Khamis, 18 Ogos 2011

Pasang Pelita

Biasanya, setiap kali bulan Ramadhan, aku pasang pelita. Tapi bukan lah bulan ramadhan wajib pasang pelita. Dan jangan pulak disalah anggap aku mengikut ajaran ayah Pin dan sebagainya. Cuma saja je nak nampakkan suasana puasa. Bulan puasa, apa yang nampak perbezaannya dari bulan lain secara visual? Masjid penuh dan orang pasang pelita.

Lagi pun, bila pasang pelita, teringat kenangan zaman kecik-kecik dulu. Kadang-kadang boleh buat orang jadi syahdu. So aku extendkan suasana berpelita ni kepada anak aku. Dah lah dia tak dapat main bunga api. Nengok pelita pun jadi la...Salam







Rabu, 10 Ogos 2011

Amanah Dalam Kerja

Adoi. Ikutkan malas nak blogging masa kerja. Tapi tak tahan sangat dah ni.Nak cerita pasal amanah. Amanah ni, orang selalu ambil mudah. Terutamanya dalam kerja. Tak semestinya, orang tu haji, pakai kopiah atau pun gred 23 orang tu amanah. Kadang-kadang lebih tak amanah pun ada.

Tempat aku ni, bulan puasa kerja masuk awal. So balik awal sikit. Kerja masuk pukul 8 am. Balik pukul 4:30pm. Tapi, ada jugak yang tak hormat langsung perkara ni. Bulan puasa, masuk lagi lambat.Tapi yang bestnya, balik ontime. Tak kurang 1 minit pun. Serius seh!.Mungkin dia tak risau, sebab dia bagus. Tapi tak segan ke kat aku yang mejanya betul-betul depan pintu masuk ni. Awak pegawai senior. Aku Junior. Gaji kecik aje.

Kalau kadang-kadang tu takpe. Ni memang dah amalan dah. Adoi. Kemana lah dicampaknya amanah tu...

Pening-pening...wasalam

10 Perkara Perit Tentang Kehidupan di Sekolah Berasrama Penuh

ahlamian.blogspot.com
Ya, kali kita bersantai-santai sikit. Aku teringat kenangan semasa di Sekolah menengah dulu. Ya, aku bersekolah di asrama penuh.Orang putih cakap boarding school. Apa yang boarding nya tah aku pun tak tau.  Aku bangga jadi warga pelajar Sekolah Menengah Sains Selangor. Sekolah tu lah mengajar aku menjadi insan yang berguna.

Bila sekolah berasrama penuh, mesti lah ada pengalaman peritkan. Ofkos...Tapi pengalaman perit itu bukan lah sesuatu yang aku serik. Tapi ianya perkara biasa, rempah ratus dalam perjalanan untuk menjadi manusia. So, aku persembahkan, 10 senarai perkara perit tinggal di asrama penuh.

10) Kurang kasih sayang dari Ibu bapa...Cewah. Walaubagaimanapun, dapat di cover dengan kasih sayang para warden, guru dan...sudah tentu makwe yang disayangi (kalau ada la)

9) Kurang masa tidur. Biasanya, masa tutup lampu adalah pukul 10.00 malam. Kecuali, masa last day sebelum cuti balik kampung. Tapi jangan harap lah, para bakal ustaz, engineer dan pelesit ini akan tidur pukul 10 jugak. Ada sekali tu, umur dah 16 tahun.Boleh nya diajak main lastik-lastik sampai pukul 2 pagi. Dalam kelas mula mengantuk. Kena penamapar dengan cikgu Tahar...

8) Pilihan makanan yang ...takde pilihan. Makan free, disediakan oleh sekolah di dewan makan. 1 hari 6 kali makan (banyak seh! Terima kasih pembayar cukai malaysia)

  • Sarapan pagi pukul 7am -biasanya mee atau nasi goreng.
  • Makan rehat pukul 10 am - biasanya roti krim dengan susu segar (entah ye segar ke tak).
  • makan tengah hari 1:30 pm - nasik lauk
  • petang pukul 4:30 pm - biskut meri dan air teh o
  • malam pukul 7:30 - nasik lauk
  • supper pukul 10:30 pm -  roti dan air teh o. 
Biasanya, semua juadah tengah hari dan malam adalah berkaitan dengan ikan jaket. Tapi ada fevret menu. Iaitu menu hari Isnin - ayam masak kicap, rabu - nasi ayam dan jumaat - ayam masak merah. Kalau nak menu berbayar, makan kat kantin, tapi takde pilihan jugak. Yang ada nasik lemak yang tak lemak dan sambal kosong ikan bilis ciput. Nak lagi special...cari megi kat setinggan.

7) Mandi. Sekolah aku kat KL. Air selalu kurang. Mandi mesti mau beratur. Tak kira mandi pagi nak pergi sekolah atau mandi petang lepas sukan, mesti jam. Nak selesa, bangun awal atau balik awal dari sukan. Ataupun, tak payah mandi. Lebih memeritkan lagi, para warden pulak siap sedia dengan rotan tunggu sape mandi lambat. Time-time mandi macam ni, penuh dengan aksi 18sx. Mandi ala kadar, sebab air yang keluar dari paip pun ala kadar aje. Nak tunggu penuh satu gayung, mau tunggu seminit.

6) Ketuanan senior aka ragging. Perit tapi diperlukan. Sebagai bekas junior, sepanjang form 1 dan form 2, memang lah kena  ragging sentiasa. Tiap-tiap malam, ada aje perhimpunan (assembly diorang panggil) yang diadakan di tingkat 3 blok pelajar junior. Dihadiri ketua setiap dorm iaitu pelajar form 4, kat situ la segala perkara dibincangkan. Nak kata ragging tak jugak. Sebab benda yang dibincangkan tu memang la patut. Tapi hukuman yang diberikan tu yang ala-ala ragging. Contohnya, ada sekali tu, senior ni siasat satu kes tak flush toilet. Semua tak ngaku. Dah semua kena buat "superbike" (berdiri kekuda sambil tangan lurus ke depan) selama 2 jam. Dari pukul 12:00 sampai 2 pagi. Lastnya, ngaku pun. Tapi aktiviti perhimpunan malam ni slow sikit selepas berlaku kes rasukan...jeng,jeng,jeng...

5) Tadi cerita perit nak mandi. Toilet pun perit jugak. 1 floor, ada 10 toilet, biasanya ada 2 - 3 toilet je boleh pakai...Ishh...malas lah nak cerita.

4) Iron baju sekolah. Ini pun perit jugak. Dalam 1 sekolah tu, ada berapa la sangat iron. 3-4 bijik aje kot. Nak tunggu turn, jenuh. Terpaksa la guna teknik P.Ramli, letak baju bawah tilam. Menjadi la sikit-sikit.

3) Hiburan terhad. Ada 400-500 pelajar lelaki. Ada 1 TV. Zaman -zaman dulu, tv series yang menjadi pujaan ramai adalah "Silk Stalkings"Hahaha. Balik prep malam, penuh bilik tv dari imam surau ke ketua pengawas. Walkman takde, mahal. Pak-pak lawak memang menjadi sumber hiburan utama. Lepas tu komik.
tvrage.com
2) Warden...ada macam -macam jenis warden. The bad, the good and the ugly. Yang perit adalah yang jenis gedebe aka garang. aku yang boleh dikatakan baik ni pun kena libas jugak dengan rotan. Tapi kadang-kadang, warden ni seronok jugak. Boleh main nyorok-nyorok (terutamanya time ponteng prep malam), main kejar-kejar dan tampar menampar (biasanya student la yang kena tampar). Kalau duduk asrama , tak lengkap kalau takde watak warden garang tahap Dewata ni.

1) Yang last sekali dan yang paling perit adalah saat meninggalkan asrama, kawan dan kehidupan di asrama penuh. Aku 5 tahun duduk asrama, kawan- kawan dah macam adik beradik dah. Dalam 5 tahun tu, berapa bulan aje duduk rumahnya. Makan bersama, main bersama. Kena marah sama-sama. Dan yang paling penting, di asrama la aku kenal agama ( usrah petang-petang) dan kehidupan. Perit jugak masa last day kat asrama. Jauh dalam hati aku sekarang, masih ada perasaan untuk kembali ke zaman tersebut. Dimana semuanya santai belaka. Bagai Kehidupan versi trial.....

Salam

Selasa, 9 Ogos 2011

Selamat Hari Raya

Selamat hari Raya...

Spesis Yang Makin Pupus

Lama nya tak update blog ni. Bukan nya apa. Malas dan takde mode. Lagipun puasa. Hahaha,tah apa punya reason da..Oo..Selamat  berpuasa. Dah selamat 8 hari dah puasa.

Nak cerita pasal kerja sikit. Pagi-pagi lagi, kawan sejawatan dari Kelantan call. Aku tanya dia, kenapa? Rupanya dia nak mengadu hal. "Tak cuba cari post lain ke?" Awal-awal lagi tanya dia pada aku. Oh..Aku faham.Simptom "Unit Yang semakin Pupus" nama penyakit ini. Aku dah lalui hari tu. Sekarang dah redha. Simptom ni macam simptom wanita bila monopause atau lelaki yang mula botak tengah kepala. Aku rasa, lebih kurang gitu la feel dia.

Aku jawab, ada lah usha-usha. Tapi tak dapat pun. Nak buat macam mana, duduk lah kat sini. "Jangan orang floatkan aku udah." Jawab aku. Dia cakap, unit kami ni, aku, dia dan 2-3 orang lagi aje yang masih kekal. Yang lain dah cabut masuk Unit lain atau company lain. Diorang rasa tak dihargai. Sampaikan kat HQ, diorang cakap Bos diorang siap bagi elaun dalam 1k sorang, tak bagi diorang pindah.

Mashuk tu kalau 1k. Tapi tak nak la aku. Kerja aku bukan la banyak sangat. Bukan aku tak nak kerja banyak. Tapi sebab tu bukan kerja aku. mesti orang cakap "Ala, buat aje la kerja lebih. Itu pun nak berkira ke". Tapi bila buat kerja lebih, ada kos lebih. Sape nak tanggung. Nanti orang cakap, "Sape suruh pandai-pandai ambil kerja orang".

Sambung pasal kawan aku tadi tu. Dia memang down gila dah. Tapi aku cakap, kerja la seperti biasa. Mana tau, nanti, Big big bos tukar, lain pulak cara management. Bukan apa, Unit aku ni lebih pada technical. tapi duduk dalam unit bukan technical. Macam suruh mekanik kerja menjahit la jawabnya. Kawan aku cakap, carrier dia memang tak develope dah. Takde skil baru. Sama la macam aku. Tapi aku cakap kat dia lagi. Tak payah fikir sangat. Kalau fikir, tak jadi nak kerja sebab takde mood. Nanti tak bergaji pulak.

Kawan aku akhiri perbualan dengan nada mengeluh. Takpe, aku faham. I'll support you. Ada peluang cabut. Takde peluang, stay la situ. Aku redha aje. Redha ajelah. Hahaha.

Takpe, tahun depan, aku ada plan lain. Boleh menceriakan sikit "dalam hati ada taman aku ni". Hahaha

Salam

mylot.com



Isnin, 8 Ogos 2011

Belanjawan 2012

Malam kelmarin, buat kira-kira untuk belanjawan 2012. Maklumlah, tahun depan, dah ada komitmen yang memang telah dirancang. So kena lah kira molek-molek belanja. Nanti, ada pulak makan roti putih je tiap-tiap hari.

Aku dan wife, memang makan gaji aje. Takde buat part time ke apa. So income family memang fix lah. Mungkin ada OT sikit-sikit sebalah wife. Tapi macam tu aje la. Bukan tak nak buat kerja part time, tak ready lagi. Tengok la tahun, aku buat part time untuk install system ke apa. Tahun depan, agak-agaknya, wife aku dah ada lesen memandu. So boleh lah aku kerja lebih masa.

Berbalik pada belanjawan 2012, mula-mula, suspen jugak. Perbelanjaan hampir defisit. Puas termenung mencangkung. Sekali, kira-kira semula, salah kira da.... Bila kira semula, ada lagi lebihan lebih kurang 1/4 dari income. So lega la sikit. Kalau tak perit.

Dan diharap, income tahun 2012 pun akan naik sikit. Aku tau, dengan post aku sekarang, peluang untuk bersinar tu memang takde. Tapi, jangan tak naik terus gaji aku. Bukan nya aku tak kerja terus.Hahaha...

Ok la, yang penting, merancang. Baru boleh agak apa rintangan yang akan mendatang. Moga-moga, Allah murahkan rezeki aku dan famili. Mungkin nak tambah ahli keluarga baru tu, takde lagi kot. (Ahli keluarga yang kecik la maksud aku.)

Salam

Jumaat, 29 Julai 2011

Harimau Malaya ~ Saya Salut

Ehsan:suterablogger.com
Entry kali ini, ditulis selepas perlawan kelayakan asia Piala Dunia antara Singapura dan Malaysia. Dan keputusannya Malaysia seri 1-1 dengan Singapura tapi kalah dengan agregat 4-6. Walaubagaimanapun, walau pun ada rasa kecewa dengan kekalahan ini, aku tetap bangga dengan kesungguhan Harimau Malaya dan penyokongnya yang menunjukkan kesungguhan dalam mengejar impian ke pusingan seterusnya.

Hidup Harimau Malaya...

Jumaat, 15 Julai 2011

ENTRY LAMA - Apalah Sangat Aku Ni

"Entry kali ni pulak, kalau ada sesiapa yang baca (kalau ada), kena buka minda. Aku buka nak menyebelah mana-mana pihak atau sebagainya. Kalau tak nak buka minda, jangan baca."

Aku selalu terfikir pasal diri aku. Kenapa aku berada di dunia ini. Soalan ini memang ada sejak azali lagi. Dari aku kecik sampai kita besar. Soalan itu akan sentiasa bermain difikiran aku. Cuma kadang kala aku akan lupa sekejap berkenaan persoalan ini disebabkan sibuk dengan perkara harian.

Masa aku umur 4-5 tahun dulu, aku selalu terfikir. Kalau lah aku dilahirkan sebagai anak raja atau anak orang lain. Mesti best. Atau mesti tak best. Bila aku tanya arwah umi aku kenapa aku dilahirkan ke dunia, Jawapan ringkas seorang emak kepada anak adalah "Kalau tak, nanti tak dapat lah Umi jumpa abang (panggilan nama aku)". Sebagai budak yang berumur 4-5 tahun, jawapan tu dah memadai bagi aku.

Kemudian, bila ada tragedi berlaku kepada kita, kita sering bertanya, Kenapa ianya berlaku kepada kita. KENAPA? Soalan ini biasanya akan dijawab dengan jawapan standard, ada hikmah disebalik kejadian. Tapi, bagi aku ada kebenarannya soalan itu. Jika dibuang unsur marah dan sebagainya, soalan itu adalah valid. Malah, soalan itu bukan saja boleh digunakan untuk tragedi malang yang menimpa kita sahaja, tapi untuk semua kejadian yang berlaku di seluruh alam. Kenapa ia ditakdirkan dicipta dan berlaku oleh Tuhan.

Contohnya, kejadian bulan, siang dan malam. Orang bertanya, kenapa adanya bulan. Jawapan standard adalah supaya berlakunya pasang dan surut atau siang dan malam atau apa saja sebab yang boleh fikiran manusia keluarkan dari otak mereka yang serba terhad ini.Dan ada jawapan lain pula, untuk menunjukkan kekuasaan tuhan. Kalau jawapan golong atheist, semuanya kebetulan sahaja. Atau ketaksengajaan alam.

So apa jawapannya. Tuhan saja yang tahu.

Khamis, 14 Julai 2011

Movie Zaman Dulu Kala

Semasa mem"browse" di internet untuk cari movie. Aku terjumpa lah beberapa movie yang secara tak semena-mena mengimbau kenangan lalu semasa zaman teruna. Hahaha. aku tak tau lah, adakah movie ni akan mengingatkan orang lain tentang apa-apa. Tapi bagi aku, movie - movie ni ada meninggalkan kesan serba sedikit dalam proses kematangan aku..(Ye ke?!!). Aiseh, tgk aje la.

1)She's all that- movie ni zaman-zaman vcd player baru keluar. Bagi aku (pada masa tu la),rachael leigh cook ni la awek paling cute sekali di US and A. Sungguh indah nya cinta itu rupanya.(masa ni aku takde gepren lagi rasanya). Naif...






2)City of Angels-Movie ni keluar tahun 1998. Memang la tak logik sangat. Tapi sebab ianya romantik, layan ajela. Lagi pun masa ni, lepas SPM. Takde menda nak buat. Menjiwang aje la. Lagi pun, lakonan Nicolas Cage kan Best.+ meg Ryan, lagi la best.








3)Shallow Hal-Cerita ni sungguh Cute. Dan penyebab utama aku minat Gwyneth Paltrow.Keluar tahun 2001. Zaman kat U.








4) Phenomenon-Keluar tahun 1998. Macam biasa la, movie John Travolta zaman dulu-dulu memang mantap (cth:face off). Tapi, yang ni special sikit sebab ada mencerita kan berkenaan harapan yang memotivasikan diri aku (huhuuhu). Movie ceritakan dari zero kita boleh jadi Hero. Dan guna otak dengan lebih berkesan.







5)Powder- Tak tau la kenapa aku minat movie ni. Mungkin sebab SciFi kot. Keluar tahun 1995. Cerita paling pelik masa tu.
















6) The Peacemaker-Movie ni keluar 1997. Aku baru habis SPM. Apa yang best sangat movie ni. movie nya tak best mana pun. Tapi ini la first time pergi dating. Dah tu tgk wayang pulak tu.Hahahha


7)Last sekali. Basic Instinct- Ah,malas lah nak cerita. Zaman-zaman duduk kat asrama dulu. Tayangan Movie hujung minggu di bilik Prefect...huhuhu.