Sabtu, 26 Februari 2011

Laluan Hidup Saya


"Laluan hidup saya". "Bukan nasib hidup saya" ye. Adakah saya saya telah mengabil laluan yang betul? atau saya salah masuk simpang tadi? Walau apa pun, saya tau dimana hala hidup saya, itu adalah ke penhujung jalan a.k.a mati.

Laluan hidup ni pelik sangat. Dia takde sign board, traffic light dan lintasan zebra. Lebih memarahkan lagi, ianya tiada speedometer dan GPS (bukan GPMS). Tapi ia ada polis trafik (untuk beri saman) dan hakim besar (yg akan mengadili kes langgar lari dan etc kita). So kita tau ke mana hala kita, tapi kita tak sure nak ambil laluan mana.

Laluan hidup aku (tukar pulak, tadi saya), agak lancar. sedikit bonggol di sana sini, jam dan potong que. Tapi boleh dikatakan kebanyakan masa, aku ikut peraturan. Pernah lalu di lorong gelap? rahsia la weh. Cuma sejak dua menjak ni, aku banyak terfikir berkenaan laluan yang aku dah ambil dan perhentian yang aku pernah henti. Tak tau la kenapa, asyik terfikir je menyebabkan tumpuan pemanduan di laluan kehidupan aku ni terjejas (dahsat ayat!). Betul ke pilihan yang telah aku ambil. Ke kalau aku ambil simpang kanan tadi, lagi syok view dia. So, memikirkan segala kemungkinan tersebut menyebabkan kenderaan kehidupan aku yang berkuasa 140 SP(Soul power) makin lama,makin slow.

Mungkin kena berhenti di mana-mana perhentian.Mungkin aku patut tinggalkan kereta aku. Mungkin aku patut jalan kaki. Tapi dalam kereta aku, ada pesenjer yang berkongsi laluan kehidapan yang sama dengan aku. tak kan aku nak abandon diorang macam tu shaja.

Entah la.Cuma, dalam hati aku,aku harap sangat dapat kembali ke hentian yang satu ni. Menikmati saat indah di hentian tersebut. Tapi dalam kehidupan, dia macam 1 way ride. No U-turn. So,sentiasa la aku terkenang hentian tersebut.

Lastly, pernah nampak orang kurang siuman tak. Ha, itu sebenarnya, dia ambik freeway. Kalau drug addict, dia ambik high-way. Kalau member aku ni, jadi agen cosway...As salam...

P/s: yang ada GPS, Hakim besar...

Rabu, 23 Februari 2011

Tak Faham Saya ?!!

Tiap-tiap hari aku selalu berharap, satu masa nanti, allah kurniakan aku rezeki yang sedikit lebih supaya wife aku tak perlu lagi bekerja dan menjadi penjaga anak aku sepenuh masa.Buat masa sekarang ni, keadaan masih tak membenarkan untuk aku menjadi pencari rezeki tunggal keluarga. Tapi, mungkin hajat aku tersebut tak kesampaian diakhirnya disebabkan samada 1)kos sara hidup naik ikut kenaikan gaji atau 2)anak aku dah besar panjang dah bila wife aku berhenti kerja.

But hari ni, aku jumpa customer yang aku tak faham kenapa.Rumah semi D 2 tingkat yang bahagian dalamnya dah renovate cantik gila. Pintu kayu  rumah, 5 kali setangah lebih besar dari pintu rumah aku (serius), bilik air, sama besar dengan master bed room aku. Perabut sofa, jenis kalau letak kat rumah aku habis, takde laluan nak keluar. Dan tuan rumah ni, aku kenal, jenis makan tak habis, macam tokey rangkaian supermarket.

Tapi, anak dia sape jaga? Maid jaga. Aku tanya mana ibuknya? kerja. Di pejabat bapaknya (suami dia).Tolong suami urus syarikat. Aduh ! Perlu ke? Aku pun tak tau. Mungkin aku belum jadi sekaya itu sebab tu aku tak tau. Tapi jangan cakap "mungkin orang tu nampak aje kaya, tapi tak kaya" sebab aku tau dia memang senang. Macam aku cakap kan tadi, kaya macam "anak tokey rangkaian supermarket". Kalau pun tak cukup staf, cari lah pekerja baru...

 Betapa aku iri hati dengan kedudukan kewangan diorang. Betapa aku berharap sangat aku berada di tempat diorang, supaya anak aku, wife aku dapat jaga sendiri. Tapi apa kan daya, buat masa sekarang, both of us terpaksa la kerja. Kalau nanti, sape yang nak bayarkan bil str*amyx 4mbps rumah aku ni...nanti anak aku tak boleh tengok Mickey Mouse Club House kat youtube, sape nak jawab....

Selasa, 22 Februari 2011

My Video Clip

Jack of All trades

Feelin like "Jack of all trades but master of none."

A Jack of all trades may be a master of integration, as such an individual knows enough from many learned trades and skills to be able to bring their disciplines together in a practical manner. This person is a generalist rather than a specialist. A person who is exceptional in many disciplines is known as a polymath or arenaissance man; a typical example is Leonardo da Vinci. -excerpt from wikipedia.


Give me a brush,and i'll draw you the most beautiful rainbow you ever see. Give me sh*t, i'll trow it back to your face....

Isnin, 21 Februari 2011

Siri Bercakap Dengan Alyah (siri 1)

Di suatu pagi hari cuti yang best, sambil tengok cerita Ben 10 dengan Alya, tiba - tiba..
Alya :  Walid! Alya sayang walid...(sambil memeluk walid serat-eratnya)
Walid: Walid pun sayang alya. Jangan noty noty tau. Kalau tak hantar rumah mama.
Alya: Baik bos

Di suatu pagi yang indah jugak, umi sedang memasak di dapur untuk makan tengah hari,sementara walid bermain GT5 di PS3.
Alya : Umi, Alya sangat sayang umi..(sambil memeluk kaki umi yang sedang berdiri)
Umi : Umi pun sayang alya juga.
Alya : Dah, dah.Pergi buat milk alyah. Alya nak milk...
Umi : ....(sambil buat muka tak puas hati)

Selasa, 15 Februari 2011

Salam Maulidur Rasul

Pada 12 Rabiul awal tahun Gajah, maka lahir lah insan yang paling penting bagi umat manusia. Dia pemimpin, dia pembimbing. Dia lah Muhamad Bin Abdullah bin Abdul Mutalib. Walaupun sebagaimana besar pun kasih kita pada nabi junjungan kita ini, tak terbanding dengan kasihnya pada pada kita, umat nya di akhir zaman ini. Nasib kita lah yang menjadi sebutan di bibir Rasulullah di saat saat kewafatan baginda. Setelah mendengar janji dan keistimewaan umatnya di hari pembalasan, baru lah beliau dapat pergi dengan tenang.

Itu lah Nabi kita.Itu la pemimpin kita. Semoga kita dapat menjadi umatnya yang baik dengan mengikut sunnahnya dan sentiasa berselawat ke atas beliau.

--salam maulidur Rasul--

Jumaat, 11 Februari 2011

Alyah Ikut Umi Atau Walid

Aku rasa, semua orang tau, anak kita adalah salinan kita + pasangan kita. Samada dari segi fizikal atau jasmani (lama tak sebut perkataan jasmani). Bagi aku yang baru anak sorang ni, ada lebih masa dan perhatian untuk memerhatikan anak aku si Alyah ni. Selalunya, orang cakap yang nakal ikut mak, yang baik ikut abah. mungkin betul, mungkin tidak. Dan 1 lagi penemuan terbaru (bagi aku la), selain salinan kita dan pasangan, anak kita juga adalah salinan adik beradik kita. Betul, tak tipu. So baca aje la kat bawah kalau tak percaya:

1)Hot temper -Walid,
2)Suka merajuk - Umi
3)Cakap macam bertih jagung - mak uda
4)Selalu ckp "bukan...",bila nak beri alasan even alasan nya xde lagi.kena pause 3-4 saat - Che Ati
5)Keras hati. Tak payah la nak tyg2 rotan,dibulatkan mata dia ke kita. nanti, tau2 rotan dah kena sorok - Che Angah
6)Aktif dan suka melompat dan memanjat. - Umi (umi tak ngaku)
7)Suka sup dan nasi ayam - walid
8)Muka iras sape - Che Ya
9)Mudah simpati pada orang - Umi
10)Kening macam sape - umi
11)Loyar buruk - Tak tau ikut sape
12)Pandai berias. nak pakai lipstik,makeup dan bagai - Mama
13) Slang - Umi (johor), walid (pekan),mama (melayu thailand), Dora dan diego (spanish)
14)dan akhir sekali, mesti nak jadi ketua dalam perhimpunan sepupu sepapat - Ni pun tak tau ikut sape