Isnin, 11 November 2013

Work Related

It has been nearly a year I'm in this new work place. Bibit-bibit ketidaksesuaian mula menampilkan diri. Workplace ok, semua boleh ngam. Just, how the  unit works yang tak berapa ngam dihati.

Nearly a year working within this new unit, aku manage to take only 3 days leave. Imagine betapa hectic nya kerja di sini. Wife pun asyik sound pasal busy sangat. Balik rumah, sambung kerja lagi. Macam one man team. Memang ada kekawan dalam unit tersebut, tapi job scope amat berlainan. So tak boleh nak minta tolong diorang. Bos, ok, cuma dia pun masuk unit ni, sama masa aku masuk. So...all depend pada aku jugak.

Management unit ni, sungguh directive. Full with instructions. Biasa bila tengok berita, ada interview menteri, biasa akan dengar ayat " saya akan arah orang itu...arah orang ini...". So lebih kurang macam tu la. Heart to heart session is actual "you ulang, I saman" session. When you hear word initiative from upstairs ,its only mean, more work for me.

So, in conclusion,  I can work in this unit, I can deliver, maybe not 100 percent.  Maybe 90 percent. Do I enjoy it? NO. Will I stay? NO. Is it worth it? Big NO. So, hopefully, there is new and exciting post waiting for me next year. Hopefully, a technical related one. For the time being, I'm living this work life, day by day. Until someday...

Second Edition of Pn Rafidah Junior

Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi, kerana dengan limpah kurniaNya, kasih sayang Nya dan pemurahNya, maka pada 2 November 2013, menjengahlah Syarifah Ayshara Malissa ke dunia yang serba kekurangan ini.

Seperti biasa, pilihan jalan keluarnya adalah melalui tingkap buatan, mengikut kakaknya, Syarifah Alyah Maisarah. Lebih kurang pukul 4 lebih petang, maka, menjengukkan Ayshara ke dunia ini. Hajat si umi untuk bersalin normal nampaknya tidak kesampaian lagi. Apa pun, yang penting, semuanya selamat.

Tempat jejak kaki kali pertama adalah Darul Makmur Medical Center, kempadang. Merupakan hospital yang tak glamer tapi cukup menyelesakan. Di sambut oleh Dr. Huda. Tiada tangisan gegak gempita seperti kakaknya dulu. Tangisan hanya sekadar melepaskan batok di tangga.

Ok la , itu je. Semoga Syarifah Ayshara Malissa menjadi anak yang solleh. Wassalam.