Selasa, 9 April 2024

ESOK HARI RAYA 1445H


 Lama tak update blog ni. Bukan takde apa nak di update, tapi kekangan masa menyebabkan jari jemari malas ubtuk menaip.

Apa pun, hari ni mungkin last day berpuasa, mungkin esok raya. Selaku walid kepada 3 anak, sebenarnya, keterujaan raya tu memang dah takde dah. Apa yang penting, mencipta keterujaan untuk anak-anak.

Aku cuba yang terbaik untuk anak-anak. InsyaAllah. The only harta bermakna dalam hidup aku.


Isnin, 28 November 2022

UNTUK APA

Kadang-kadang kita rasa hidup kita dah tenang, everything is ready untuk kita settle down. Tapi beberapa detik kemudian, semuanya tidak seperti yang dirancangkan.

Betul lah kata pepatah, manusia hatinya berbolak balik, imannya tenggelam timbul. Baik tak semesti ke syurga, jahat tak semesti ke neraka. Baik tak selamanya, duka tak ke akhirnya.

Jadi, aku ambil pendekatan, semuanya pinjaman sementara. Hari ini milik aku, entah lusa milik siapa. Semuanya dalam pengetahuan Allah lah sahaja.

Tak semua yang diharapkan, akan didapatkan. Dan yang telah dapat, mungkin tak seperti diharapkan. Treasure the moment, cuba untuk bahagia dan membahagiakan. InsyaAllah.

Fuhh..Agak heavy..Mungkin after effect PRU.

Wassalam