Sabtu, 2 Mei 2009

Lawatan Ke Negeri Melaka part 2



Akhirnya dapat jugak aku n famili ke Eye On Malaysia malam tadi. Itu pun setelah sesat barat hingga ke belakang jamban umah baba nyonya mana tah. Banyak sangat one way nya. Nasib baik jugak ada gps. Kalau tak, mau sesat ke jb.

Apa pun, eom memang best. Murah pun murah. Tapi sebab pegi malam, tak nampak apa sangat. Nampak la bandar melaka sket dan bangla kat umah kongsi kat bawah tu. Alyah buat muka suspen. Rupanya, gayat jugak. Sampai hotel pukul 12.30 malam. Esok nak pergi waterworld pulak. Pastu balik jb.

Jumaat, 1 Mei 2009

Lawatan Ke Melaka part 1

Semangat giler nak ke Melaka. Aku bertolak dari kuantan dalam pukul 10 am. Bayar duit rumah dan kereta dulu. Aku lalu ikut gemas. Sampai kat Melaka dalam pukul 2.00 pm. Aku nginap kat Naza hotel. Nasib dah reserve awal, dapat la rm 150 semalam. Yang jenis baru nak check in hari ni, kena rm 200.

Lepas lepak jap kat bilik, ingat nak kuar pergi menara taming sari. Sekali jem la. Dekat sejam dalam kereta. Last nya, balik bilik semula. Beli makanan kt mcd kat the store sebelah hotel. Malam ni, tak tau lah macam mana...

Rabu, 29 April 2009

Kalau Boleh Aku Putarkan Masa

Dalam kehidupan aku sebagai manusia, aku tak lari daripada melakukan perkara-perkara yang aku sesalkan kemudian. Biasalah, manusia. Ada perkara aku sesalkan bila melakukannya dan ada yang aku sesalkan sebab tak melakukannya. Kalau boleh, nak aje aku putarkan masa supaya aku tak melakukan kesilapan-kesilapan tersebut.

Tapi, apa kata kalau aku diberikan peluang untuk kembali ke masa lalu untuk menghalang segala kesilapan yang telah aku lakukan. Apa perkara yang paling aku sesalkan. So aku dah listkan perkara-perkara tersebut. Perkara/kesalahan ini lah yang akan aku cuba halang dulu dari aku lakukan.

1)Masa aku umur 10 tahun atau lebih kurang. Aku telah melakukan kesalahan paling besar dalam hidup aku. Kesalahan dengan umi aku. Masa tu arwah umi aku suruh pergi beli sarapan nasi lemak kat kedai.Tak tau kenapa aku malas sangat pagi tu. Tapi akhirnya aku pergi juga dengan hati bengkek budak-budak. Masa aku balik kat umah, aku tengok arwah umi aku duduk kat pintu, aku ni dengan basikal berhenti kat tepi tangga. Rumah aku ni, depan dia ada beranda/pelantar. Entah macam mana, aku boleh campak nasi lemak tu ke arwah umi aku. Nasi lemak tu jatuh atas lantai. Masa tu arwah umi aku tak cakap apa, dia menangis, merajuk. Lepas tu aku tak ingat dah. Tapi aku minta maaf balik lepas tu. Arwah umi aku pun maafkan aku. Tapi walaupun dah minta maaf, aku tetap nyesal sangat.

2)Perkara yang kedua paling aku sesal lakukan adalah, rahsia,huhuhu. Tapi kalau dapat, aku nak halang diri aku yang dulu dari melakukannya.

3)Perkara yang aku nyesal tak lakukankan adalah sembahyang jenazah untuk arwah umi aku. Disebabkan kuranga faham dan kebudak-budakkan, aku marah sangat pada arwah umi aku dan tuhan sebab arwah umi aku meninggalkan aku dan adik adik aku. Aku ingat lagi aku duduk atas motor orang yang datang melawat,dalam gelap malam, memandang ke dalam rumah, melihat orang sembahyang jenazah.

4) Aku nak pergi ke masa dimana aku flying kick adik aku, si angah masa kami kecik-kecik dulu. Bukannya apa, dia tak puasa, pastu nak berbuka dengan orang puasa sekali, mana boleh. Angah aku ni pulak jenis degil. Last-lastnya, kena flying kick dengan aku. Kesian dia. Nyesal sangat rasanya.