Selasa, 25 Ogos 2009

Alyah Yang Nakal


Semakin besar rupanya, semakin nakal si Alyah ni. Bukan nakal apa, keras kepala (macam Che Angah dia agaknya...huhu). Kalau kita cakap, buat dek aje. Kena tunjuk rotan baru nak dengar. Satu yang aku perasan kalau dengan aku dan wife aku, mesti nakal sangat. kalau dengan adik aku, menurut perintah je, tak tolak langsung apa yang adik aku cakap. adik aku selalu jugak ambil dia bawa balik rumah dia. Pergi shopping la, apa la. tak nakal langsung. Jalan pimpin tangan. kalau dengan aku pergi jalan, habis satu shopping mall aku kena kejar dia.

Tu la pasal, kalau nak keluar, kena pikir 2-3 kali. larat ke nak mengejar nanti. Tapi, itu la budak-budak. Walau macam mana pun kita ajar dia, kalau budak-budak tu, budak-budak juga lah. Tak kisah lah, baru lah ceria hidup ada diorang ni. Tahun depan lagi la pulak, ada team baru, dapat 2 sepupu baru. Lagi huru hara lah rumah Nenek...

Khamis, 20 Ogos 2009

Ulang Tahun Perkahwinan

19 ogos, merupakan tarikh keramat bagi aku. Dimana tarikh yang mengingatkan zaman ke-bujang-an aku tamat. Tiada lagi "kuda liar" wild stalion bak kata nik joe dalam diri aku. Tarikh tersebut merupakan tarikh ulang tahun perkahwinan aku (dan tarikh road tax kerata aku mati). Tahun ni, dah 3 tahun aku mendirikan rumah tangga. Walaupun kadang-kadang bergegar dan bergoyang, ianya masih utuh. Yang mana kurang aku cuba baiki. lagi pun dah ada engineer alya masisarah sorang ni, makin utuh lah rumah tangga aku ni. tapi kadang-kadang, ada gak tsunaminya. Biasa la tu.

Aku dapat perfume, wife aku pun dapat perfume.Tapi 2-2 dia bayar...Diharap tahun depan, akan ada lagi 1 entry ulang tahun perkahwinan aku. Dan mungkin tahun satu lagi, dan tahun selepasnya, dan selepasnya dan selepasnya....

Isnin, 17 Ogos 2009

Kenangan Dengan Arwah Umi

Ntah kenapa, teringat pulak aku pada arwah umi aku. Mungkin sebab bulan puasa kot. Aku teringat macam mana umi aku mengajar aku adik beradik tentang kehidupan. Satu perkara yang pernah umi aku ajar adalah berkenaan mengambil hak orang lain tanpa kebenaran atau mencuri.

Masa aku umur 4-5 tahun dulu, aku jumpa duit 50 sen kat atas jalan masa balik dari kedai. Bila sampai di rumah, aku tunjukkan pada umi aku duit tu. Umi aku berfikir sejenak. Lepas tu baru la dia bercakap. Katanya, aku tak boleh ambil duit tu, orang lain punya. Sebagai budak-budak, aku tak dapat terima kata umi aku tu sebab nilai 50 sen begitu besar bagi budak 5 tahun. Tapi umi aku bagi contoh, cuba bayangkan duit tu,ayah pada budak yang sakit, duit tu nak beli ubat. Nanti macam mana dia nak beli ubat? Ikutkan logik, 50 sen nak beli ubat apanya. Lagi, kalau aku tak ambil duit tu, orang lain ambil. Tapi logik budak kecik lain. Bila ada perasaan kesian, diorang boleh terima. So, aku pun pergi ke tempat aku jumpa duit tu, aku pun letak balik syiling tu. Walaupun dalam hati rasa berat, tapi aku gembira sebab orang tu boleh beli ubat untuk anak dia?.

Kreatifkan? Ibu kita mengajar kita. Bukan dengan cara menakutkan seperti potong tangan dan sebagainya. Tapi dengan cara supaya kita sedar kesan perbuatan kita pada orang lain. Alhamdulillah, selain peristiwa aku curi duit rm 50 walid aku masa umur 6 tahun, aku tak pernah mencuri hingga sekarang (seingat aku la). Kecuali, curi tidur, curi tengok, curi masa, curi dengar...