Memaparkan catatan dengan label TV. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TV. Papar semua catatan

Selasa, 10 Mei 2011

OLED, AMOLED - Apa Yang Anda Tak Tahu

Teknologi video display, Plasma -> LCD -> LCD with LED -> OLED/AMOLED. Kalau sesiapa yang gilakan TV dan selalu follow teknologi tv, mesti selalu dengar OLED dan AMOLED.

Apa itu OLED/AMOLED? Sebelum ni, bila kita pakai TV LCD, gambar atau video di keluarkan oleh skrin lcd dalam tv. Skrin ni perlu sumber cahaya dari belakang bagi memancarkan imej ke mata kita sebagai penonton. Contohnya nya, macam kita guna teropong yang ada filem gambar-gambar yang selalu kita guna masa kita kecik - kecik dulu. Ingat tak?

Bila datang teknologi LED (ada 2 jenis (full LED, edge LED), Sumber cahaya yang digunakan sebelum ni, ditukarkan dari lampu kepada LED. Ini membolehkan gambar lebih jelas sebab Led lebih fokus dan tak berkelip. Susunan LED pulak menentu jeni LED, kalau Full LED, maknanya LED disusun penuh dibelakang LCD. Kalau Edge LED, LED tersebut disusun hanya di sekeliling bingkai belakang skrin LCD. Kelebihan Full LED, bila dalam gambar yang dipaparkan ada kawasan gelap, LED area tu akan off memberi keadaan (true black).

Edge LED vs Full LED
Lepas tu, datang pulak OLED/AMOLED. Dua-dua nama ni adalah benda yang sama. Satu dari Sony, 1 dari Samsung. Apa kelebihan dia? Sebelum ni, skrin LCD perlukan sumber cahaya dari belakang untuk paparkan cahaya. Dengan OLED, skrin LCD tersebut ditukarkan dengan OLED. Apa itu OLED? Ianya adalah LED Organik yang memancar cahaya dan warna tersendiri. Seluruh skrin diletakkan LED yang bersaiz nano yang akan memancarkan warna tersendiri mengikut signal yang diterima. So, tak perlu lagi sumber cahaya di belakang skrin OLED ni.
Apa kelebihan OLED?
1)Lebih nipis (sebab tak perlu letak lampu atau LED kat belakang skrin)
2)Kontras image lebih tinggi
3)Boleh hasilkan true black (bila image paparkan warna hitam, OLED yang berkenaan dekat area tersebut akan hanya offkan cahaya dia.
4)Nipis hingga boleh lentur
5)Kurang guna tenaga (sebab tiada lampu/LED background)

Apa kekurangan OLED?
1)Mahal
2)Jangka hayat hanya setengah dari LCD biasa
3)OLED yang selalu memancarkan warna biru mudah rosak.
5)Menggunakan banyak tenaga bila display objek atau background putih

So itu dia perkara berkenaan OLED yang anda mungkin tak tau. Kalau sekarang tengah cari TV flat, tak perlu berangan untuk dapatkan TV OLED sebab masih mahal dan teknologinya masih belum stabil. Cari la TV yang frame rate dia 200 Hz ke atas, Full LED dan Full HD (jangan Edge LED). Sure berpuas hati. 3D, lupakan...

Salam

Rabu, 4 Mei 2011

Sony Devices to come bundle with TM Broadband

 
Imri Mokhtar, EVP for Consumer, TM (2nd from right) with Hiroyasu Sugiyama, Managing Director of Sony Malaysia (2nd from left), witnessed by Rozalila Abdul Rahman, Chief Marketing Officer, TM (right) & Masaki Matsumae, Deputy General Manager, Sony Malaysia (left)


Menurut Malaysianwireless.com, TM telah menandatangan satu MOU bersama Sony Malaysia dalam mengadakan kerjasama strategik dalam mempromosikan produk mereka. Aku rasa, ini merupakan satu langkah terbaik bagi kedua-dua pihak. Walaubagaimanapun, selain, TM menyediakan kemudahan WiFi di semua outlet Sony dan Sony menyediakan peralatan elektronik terkini di event-event TM, kerjasama lain masih lagi agak kabur. Tak seperti pembekal perkhidmatan telefon mobile, ke exclusive an sesuatu produk kepada pembekal internet talian tetap susah untuk diperolehi atau dikekalkan.

Contohnya, bagi produk TV LED Sony Internet Ready, akses internet untuk TV tersebut boleh diperoleh dari sebarang ISP tanpa sekatan. Tidak seperti Iphone yang dibekalkan oleh contohnya Maxis yang yang boleh digunakan dengan talian Maxis sahaja(jika tidak dilakukan sebarang modifikasi oleh pemilik Iphone  berkenaan). Walaubagaimanapun, TM boleh menjadikan internet aksesnya pilihan utama pengguna produk Sony dengan
1)Meningkatkan kualiti laluan ke server Content Sony bagi memberi pengalaman terbaik pada pengguna
2)Menyediakan aplication/widget/content IPTV TM dalam produk Sony yang mungkin akan dibundlekan dengan TM bagi memberi keexclusivean pada TM. Mungkin selepas ini, pengguna sony boleh menonton IPTV TM dengan hanya menggunakan TV Sony mereka tanpa perlu setup box seperti yang digunakan oleh penggunakan Unifi sekarang.
3)Diskaun atau waiver pada bil produk IPTV dan HSBB jika pengguna mengambil service tersebut yang dibundlekan dengan produk Sony.

Kalau nak difikirkan, banyak lagi idea yang ada dalam kepala otak aku. Tapi cukup la setakat 3 di atas. Mungkin itupun memang dah ada dalam perancangan diorang. Seperti, promosi free HP netbook TM dulu yang mana telah berjaya membuka atau meluaskan penggunaan komputer dan internet dikalangan penduduk melaysia, kerjasama terbaru TM dan Sony ini dapat mempekenalkan pada penduduk Malaysia pada Produk TV berinternet yang aku rasa merupakan satu revoulusi baru dalam teknologi media. Berbeza dengan revolusi 3D yang dilihat semakin malap, Internet TV dilihat akan lebih berkembang dengan lebih rancak dimasa akan datang....

"Following the MoU, several collaboration projects are currently in the pipeline. TM and Sony Malaysia are exploring attractive broadband packages to be bundled with the latest Sony devices which will be rolled out in a matter of time. TM is also equipping 14 Sony outlets in Klang Valley with UniFi services and in return, Sony will be providing TM with its latest ICT equipment and appliances at TM sales outlets and key events. Malaysian users can soon expect both TM and Sony Malaysia, as the ideal partners to offer total entertainment and information network for best BRAVIA Internet experience"

Update 7/6/2011:
Dengar cerita akan ada pakej internet baru bundle bersama internet tv dari TM. Menarik-menarik.