Memaparkan catatan dengan label Ucapan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ucapan. Papar semua catatan

Selasa, 12 Mei 2009

Memasak Sempena Hari Umi

Sempena Hari Ibu, aku pun dengan hidung kembang kempis masak special untuk wife aku. Steak kambing australia. Puas lah aku cari kat internet resepinya, last-last jumpa la resepi terimakasih pada purnama2u.com. Walaupun ada resepi, tetap jugak tak berapa menjadi. Takpe sebab boleh dimakan. Yang penting kata orang, niat di hati.Apa pun, Selamat Hari Ibu kepada Puan Rafidah Mohamad dari suami dan anak anda. Semoga jadi ibu yang paling best.

Rabu, 6 Mei 2009

Hari Ibu

Selamat hari Ibu kepada semua ibu-ibu di dunia ini terutamanya ibu-ibu aku dan ibu kepada anak aku iaitu isteri aku la. Semoga jasa korang akan dibalas oleh tuhan.

Apa pun, korang semua tau tak lain negara, lain tarikh Hari Ibunya. Kalau Malaysia, hari ibu jatuh pada hari Ahad kedua bulan Mei.?!!!Tau ke..

Rabu, 10 Disember 2008

Selamat Hari Raya Aidiladha

Selamat Hari Raya Aidiladha pada semua muslimin dan muslimat. Tahun ni aku balik Johor bahru, rumah mertua.Petang Jumaat balik rumah mak aku dulu, kemudian pagi sabtu (lebih tepat lagi, tengah hari),baru bertolak ke JB.Tahun ni merupakan Hari Raya Aidiladha yang paling tahapahapa tah dalam seumur hidup aku. Bangun pukul 11 pagi. Mungkin wife aku kesian kot tengok muka aku yang keletihan. Tu pasal la tak kejutkan. Lagi pun, hujan...Pagi yang gelap...susah nak bangun. Aku tidur mati agaknya.

Nasib la takbir raya 3 hari, sempat la jugak dengar takbir.Pada sesape yang baca blog aku ni, sila jangan tiru perbuatan di atas.