Memaparkan catatan dengan label alyah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label alyah. Papar semua catatan

Sabtu, 6 September 2014

Pesan Buat alyah & Asyara

Hari raya aidilfitri 2014
Assalamualaikum wbt..

Untuk anak anak walid, Alya & Ayshara. Semoga berada dalam keadaan kesihatan yang baik. Bila masa Alya & Aysh membaca rentetan walid ini, walid percaya kamu berdua telah pun berada di usia remaja ataupun telah dewasa. Dan, jika diizinkan tuhan, walid masih disisi kamu berdua menunggu untuk dipeluk oleh kamu selepas kamu berdua habis membaca coretan Walid ini. Atau walid telah pun tiada disisi kamu lagi.

Semasa walid menulis rentetan ini, Alya sudah pun berumur 7 tahun dan Ayshara baru berusia 5 bulan. Ayshara sedang nyenyak tidur di tengah tengah diantara umi dan walid. Manakala kakak Alya tidur di dalam bilik kakak sendiri.

Tujuan walid menulis rentetan ini kerana terkesan dengan peristiwa kapal terbang terhempas sejak 2 minggu lepas yang berlaku secara tiba-tiba dan masih belum ditemui sehingga sekarang . Betapa apa-apa pun boleh berlaku secara tiba-tiba,  melenyapkan kesempatan untuk melahirkan rasa kasih sayang kepada orang yang disayangi. Jadi, walid zahirkan rasa sayang walid pada kamu berdua melalui rentetan ini.

Kasih & sayang umi &walid kepada kamu berdua jauh lebih besar daripada kasih sayang kami kepada diri kami sendiri. Hanya kasih kami pada Allah dan rasul yang dapat mengatasi kasih sayang kami kepada kamu berdua. Kamulah racun dan kamu lah penawar. Kamulah suka dan kamulah duka. Kamulah kekuatan kami dalam meneruskan kehidupan ini.

Alyah,
kamu akan sentiasa menjadi kebanggaan walid. Kamulah yang mengajar walid dan umi erti menjadi ibubapa. Kamu merupakan anak yang amat mudah dibesarkan. Bijak,petah berbicara, mudah untuk membantu orang lain. Kamu banyak mewarisi sifat umi. Maafkan walid jika ada kata-kata dan tindakan walid yang menggores hati kamu dan terkesan hingga kamu dewasa. Tiada niat yang Iain selain daripada untuk mendidik kamu. Walid hanyalah insan biasa yang penuh dengan kelemahan dan kekurangan.

Kamu dikurniakan dengan hati yang keras. Mungkin mewarisi sifat arwah tokmi kamu. Iltizam kamu kuat, hati kamu cekal. Tapi, kamu juga penyayang. Mudah membantu mereka yang memerlukan.sifat yang diwarisi dari umi kamu. Tapi kamu agak Malas. Sifat yang diwarisi dari walid.
Kamu tanpa gagal selalu membuatkan walid terpegun. Walid masih ingat dimana pada suatu hari, semasa pulang dari taska, tanpa walid duga, kamu membaca surah Toha. Walid & umi tercengang.

Kamu sangat sayang kepada Ayshara. Tapi kamu jarang bermain dengan nya. Walid harap, kamu akan sentiasa menjaga antara 1 sama lain. Sayang lah adik kamu sebagaimana kami menyayangi kamu dulu.

Berkawan. Ya, kamu memang seorang yang suka berkawan. Sehinggakan kamu tidak boleh tenteram tanpa kawan. Waktu petang adalah waktu yang amat dinantikan oleh kamu. Waktu untuk bermain bersama kawan-kawan kamu. Tapi walid berharap, kamu tak mudah dipergunakan oleh rakan-rakan kamu. Kawan adalah sesuatu yang bukan keperluan. Kamu boleh hidup tanpa kawan. Tidak perlu berkawan dengan mereka yang tidak ikhlas berkawan dengan kamu.

Alyah, tahukah kenapa walid memberikan nama Alyah kepada kamu? Supaya kamu sedikit sebanyak mewarisi sifat arwah umi walid. Tenang tapi cekal, lembut tapi tegas. Membesarlah kamu dengan gembira. Walid & umi akan sedaya upaya memberikan yang terbaik untuk kamu berdua supaya kamu pula akan berkongsi rasa kasih sayang ini dengan anak-anak kamu nanti.

Walid yakin, kamu akan membesar menjadi seorang wanita yang cantik, berpenampilan tinggi dan mudah mesra dengan semua orang. Walid membayangkan kamu akan menjadi seorang jurutera ataupun peguam. Jagalah adik kamu jika kamu telah dewasa nanti.

Ayshara..

Setelah 6 tahun kakak kamu dilahirkan, kamu pula hadir dalam hidup kami. Kehadiran kamu memang kami nanti-nantikan. Umi agak terkejut melihat kamu terlalu cerah. Kamu banyak menurun sifat umi kamu. Tingkah laku dan perbuat dilakukan dengan lemah lembut. Dan kamu juga menurun sifat walid dimana kamu agak berat mulut untuk bercakap. Berumur 10 bulan, kamu masih belum tumbuh gigi & tidak pandai merangkak. Mungkin disebabkan agak malas.

Kamu merupakan bayi yang comel, mudah mesra dengan sesiapa, dan murah senyuman menyebabkan semua orang mudah untuk menjaga kamu. Walid & umi bersyukur kerana kamu mudah dijaga. Belum pukul sepuluh, kamu sudah tidur. Tidak merengek dan sebagainya. Setakat ini, kamu belum pernah kembung perut.

Kamu pandai mengambil hati orang.Pandai membuat aksi comel, bijak dan cepat belajar.

Walid yakin, kamu akan membesarkan menjadi wanita berjaya, sama seperti kakak kamu. Naluri walid mengatakan kamu akan lebih perihatin menjaga kakak kamu daripada sebaliknya. Jadi, walid berharap, kamu akan sentisa rapat bersama kakak kamu. Sayangilah dia seperti mana walid & umi menyayangi kamu. Walid juga yakin, kamu akan menjadi wanita cantik. Jadi, walid berharap kamu pandai menjaga diri & maruah keluarga seperti mana umi kamu. Walid bercita-cita untuk kamu menjadi juruterbang...

Untuk anak-anak walid & umi...

Ketahui sekali lagi, walid dan umi amat menyayangi kamu. Kami serahkan jiwa & raga kami untuk membesarkan kamu supaya kamu menjadi insan yang penuh dengan kasih sayang. Kamu adalah 1 dan tiada beza antara kamu berdua. Kamulah jantung, kamulah hati kami. Doakan walid & umi jika kami sudah tiada nanti.

Semoga kamu berdua menjadi anak yang solehah dan disayangi Allah sentiasa.

Wassalam

Rabu, 13 Julai 2011

Hari Ini Besday Alyah

Pada 13 Julai 2007 (Jumaat), maka lahir lah baby perempuan ke dunia ini (sebenarnya lebih kepada dipaksa keluar melalui pembedahan). Disertai tangisan yang amat kuat hingga boleh didengari dari hujung blok bangunan hospital, maka jadi lah aku seorang Walid (ayah). Diberi nama Sharifah Alyah Maisarah, diharap si bayi dapat mengikut sifat ketenangan,kecekalan arwah Umi (Sharifah Al'yah) dan ....(adoi banyak nya call masuk. Pause jap)...dan kecomelan Maisarah.

Hari ni 13 Julai 2011 (Rabu), maka genaplah 4 Tahun Alyah Maisarah duduk dimuka bumi ini. Alhamdulillah, tiada seberang masalah besar yang dialaminya dalam masa 4 tahun ini. Moga Alyah Maisarah akan makin cepat belajar, cepat pandai dan jadi anak yang baik. Kecekalan Arwah umi tu nampaknya ada nampak bayang-bayangnya pada Alyah Maisarah. Cuma tang ketenangan tu yang susah nak cakap sikit ada ke takde. Kalau dah menggelatat memanjang, kat mana nya nak tenang.

Walau apa pun, Alyah lah kebanggaan Walid dan Umi. Semoga, 20 ke 30 tahun akan datang, dapat lah Walid dan Umi menumpang kebanggaan Alyah pula...walaupun sekadar dari tempat yang jauh.

p/s:Kenapa aku tulis entry kali ni?Mana lah tau, 20-30 tahun akan datang, blog ni masih wujud. Boleh la anak aku baca.

Khamis, 2 Jun 2011

Kungfu Panda dan Alya Kungfu

Malam Selasa lepas, aku, wife dan Alya pergi menonton movie Kungfu Panda 2, 3D lagi tu. Mula-mula nak tengok yang pukul 8:00 pm punya, habis lah pulak. Tengok la yang pukul 10:00 PM punya. Pop corn Alya dah lama dah habisnya sebelum start movie.

Tengah tengok movie tu, aku dapat la pengajaran. Jika ada anak yang hyper active dan yang sungguh ramah, jangan la di bawa tengok movie di pawagam. Macam - macam nak ditanya dan nak dibuat yang boleh menyebabkan si ayahnya mendidih darah sampai ke kepala menahan marah. So dengan Umi dia sekali terasa bahang kemarahan walidnya. Movie tengok separuh je. Keluar dan terus balik.

So lepas ni, tobat tak bawah dah. Tunggu la umur Alya 6-7 tahun, baru cuba semula bawa tengok movie...


Saat saat ceria sebelum movie start
 

Saat -saat Alya mula nak meragam

Jumaat, 11 Februari 2011

Alyah Ikut Umi Atau Walid

Aku rasa, semua orang tau, anak kita adalah salinan kita + pasangan kita. Samada dari segi fizikal atau jasmani (lama tak sebut perkataan jasmani). Bagi aku yang baru anak sorang ni, ada lebih masa dan perhatian untuk memerhatikan anak aku si Alyah ni. Selalunya, orang cakap yang nakal ikut mak, yang baik ikut abah. mungkin betul, mungkin tidak. Dan 1 lagi penemuan terbaru (bagi aku la), selain salinan kita dan pasangan, anak kita juga adalah salinan adik beradik kita. Betul, tak tipu. So baca aje la kat bawah kalau tak percaya:

1)Hot temper -Walid,
2)Suka merajuk - Umi
3)Cakap macam bertih jagung - mak uda
4)Selalu ckp "bukan...",bila nak beri alasan even alasan nya xde lagi.kena pause 3-4 saat - Che Ati
5)Keras hati. Tak payah la nak tyg2 rotan,dibulatkan mata dia ke kita. nanti, tau2 rotan dah kena sorok - Che Angah
6)Aktif dan suka melompat dan memanjat. - Umi (umi tak ngaku)
7)Suka sup dan nasi ayam - walid
8)Muka iras sape - Che Ya
9)Mudah simpati pada orang - Umi
10)Kening macam sape - umi
11)Loyar buruk - Tak tau ikut sape
12)Pandai berias. nak pakai lipstik,makeup dan bagai - Mama
13) Slang - Umi (johor), walid (pekan),mama (melayu thailand), Dora dan diego (spanish)
14)dan akhir sekali, mesti nak jadi ketua dalam perhimpunan sepupu sepapat - Ni pun tak tau ikut sape

Isnin, 31 Januari 2011

Bilik SharifahAlyah Maisarah

bakal bilik Alyah maisarah. Dihiasi sticker - sticker dari Che Ya.
--------------------------------------------------------------
Ovi Mail: Making email access easy
http://mail.ovi.com

Isnin, 22 Mac 2010

The World

When the world seems to push u back,n u end up sitting alone on a corner, feeling lonely n no where to go. Just call my name n I'll get to u as fast as i could. Dont cry my dear, cause i'll be here with u. I'll be ur crying shoulder, i'll be ur punching bag.i'll be ur joker,i'll be ur singer. And i will be ur world again as i n ur mother used to be, when u were just our little girl.

Rabu, 17 Februari 2010

Alyah Tinggal Dengan Nenek Chini Lagi

Semalam, ingatkan dari jb, terus balik kuantan. Sekali suami mama alyah eksiden. So, mama tak boleh jaga alyah sebab nak pergi tengok suami dan tengok kereta . So, semalam, dari Jb, terus ke Chini. Alyah kena masuk kem bina semangat nenek Chini la nampak gayanya.

Pagi tadi, masa nak gerak ke Kuantan, sedih pulak rasanya nak tinggalkan anak aku ni. Dia tengah nyenyak tidur. Semalam tak sampai hati nak balik malam. Kesian takut dia nangis nak ikut. Tapi tadi pun, aku pulak yang tak sampai hati. Itu la rasanya jadi ibu bapa. Connection dia tu memang kuat. Pepe pun, terpaksa la tinggal jugak. Sape nak jaga dia kalau bawak dia sekali. Dah cium 2-3 kali dahi dia, aku pun gerak ke kuantan.

Tadi wife aku call umah, nasib baik dia tak nangis. Nenek dia cakap, bangun je, anak aku tanya umi dengan walid mana? Mak aku cakap walid dengan umi work. Lepas tu, dia sambung tidur semula.

Tapi pelik la aku. Macam mana la ada manusia sanggup buang dan bakar anak diorang. Tah le.

Selasa, 20 Oktober 2009

Apabila Anak Aku Tiba-Tiba Diam

Minggu lepas, aku balik kampung kat Chini. Si alya Maisarah memang la suka sangat sebab dapat jumpa nenek. Nenek pulak manja kan dia. Jadi ekor nenek la dalam 2 hari tu. Nenek pergi mana je ,ada aje yang mengikut. Ada sekali tu nenek dia pergi masak kat dapur. Tapi si alyah ni tak ngikut. Duduk dalam bilik nenek, nak tengok tok walid dia yang tidur sebab demam. Tiba-tiba dia diam aje duduk dalam bilik. Aku pulak sibuk baca aruto kat internet. Umi dia tengok TV.

Bila nenek dia dah habis masak, nenek dia pun masuk lah bilik sekali, aku dengar nenek dia gelak sakan. Bila aku tanya, mak aku suruh tengok sendiri. Ini lah rupanya, si alyah ngerjakan bedak si nenek dia. Habis satu rumah gelak...

So kalau tiba-tiba anak korang diam sensorang duduk dalam bilik, baik la pergi tengok. nanti habis pulak korang punya perfume,bedak atau lipstik.



Jumaat, 16 Oktober 2009

Alyah Maisarah Demam


Nampak nya, setelah lama tak demam, anak aku demam semula semalam. Tiba-tiba maghrib semalam, boleh panas pulak badan dia. Dah la aku kat Lipis. Nasib baik umi dia terer menanagani situasi macam gitu. Demam nak naik bulan agaknya.

Lepas makan ubat, tak kurang pun panasnya. Lepas masuk ubat buntut tu, baru la ok. Itu pun puas nak tunggu dia tidur. Dah tidur baru lah aku pun boleh tidur....

Selasa, 28 April 2009

Aliah Demam Lagi Sekali

Seperti biasa, anak aku demam lagi. Panas gila badan. Aku dengan wife aku la yang tak lalu tidur. Pergi kerja, kepala pening tak cukup tidur. Penat-penat. Kalau ikut aku, setahun 2-3 kali aje demam. Ni mesti mengikut umi dia ni. Nasib baik la medical company tanggung, kalau tak masak aku. Tiap-tiap bulan kena pergi klinik. Alyah-alyah...

Selasa, 7 April 2009

Klasik

Inilah anak dara aku.Sharifah Al'yah Maisarah.Moga-moga jadi anak yang solehah.

Biodata
1)Nama:Sharifah Al'yah Maisarah
2)Umur:1 tahun 9 bulan
3)Nama timangan:syara, adik,kakak,alya (ikut mode dia)
4)Status:bujang
5)Cita-cita :Juruterbang
6)Makan kegemaran: Mee Sup
7)Minuman kegemaran: Susu
8)Hobi: Bersolek,baca buku

Isnin, 30 Mac 2009

Harimau Terlepas dari Mini Zoo Teruntum, Kuantan

Isnin,Kuantan-
Zoo Mini Teruntum, Kuantan telah digemparkan oleh seorang harimau jadian. Ketika kejadian, kira-kira 200 orang pelawat sedang menikmati suasana petang bersama keluarga berasa cemas apabila mendengar kabar angin tersebut. Menurut En Ramli bin Sarip, harimau tersebut dilihat memakai baju Kiko dan berkasut Barbie. Berikut adalah gambar sebenar harimau tersebut. Orang ramai dinasihatkan berjaga-jaga membawa anak ke Mini Zoo tersebut.




Sabtu, 21 Mac 2009

Yashara Demam Lagi

Anak aku ni,tak tau la kenapa,dalam sebulan,mesti ada demam sekali. Kalau setakat demam takpe la,ini setiap kali demam,mesti tak selera makan. Pastu, badan mula susut. Lepas tu, menakal bukan main. Ni demam lagi,susut lagi badan. Risau aku

Selasa, 10 Mac 2009

Alyah Maisarah Budak Tidur Lambat

Penatnya,semenjak dua menjak ni, anak aku si maisarah ni asyik tidur lambat je. Biasanya pukul 12 ke 12 setengah, baru nak tidur. Itupun kalau aku off kan tv. Kalau aku tak off tv, jangan harap lah dia nak tidur. Kadang-kadang tu, aku dengan wife aku dah tidur dah, dia boleh pulak tak tidur. Main pondok-pondok dengan baby bear dia dalam gelap-gelap atas katil. Anak aku tidur sekali dengan aku. Dia tidur tengah.Kalau malam minggu ke, dia ikut aku sekali lah stay tengok tv. Cerita high Chapral pun dilayan.Penat,penat...

Rabu, 31 Disember 2008

Ajar anak mengeja

Aku ada beli buku alphabet untuk anak aku ni sejak dia umur 5 bulan. Bahasa inggeris lagi tu. Tiap-tiap hari aku ajar dia baca. A for apple, B for ball, c for cake dan seterusnya. Tapi setiap kali aku ajarkan dia, mesti sampai J je sebab lepas tu, dia nak baca sendiri (nak belek-belek sendiri la makna tu) buku tu. Bising la dia mengomel sorang-sorang.

Sekarang dah 1 tahun 5 bulan. Tah macam mana, minggu lepas, lepas balik kerja, ambik dia dari rumah pengasuh, sampai kat rumah, macam biasa dia ambik buku dia (kita orang sebut book dengan dia..cewah!!! ). Dia pun buka buku tu. Pastu dengar la. " A, ni,ni,ni...apak. A,ni,ni,ni...apak". Huhuhu. Setelah setahun, dapat gak anak aku mengeja, walau pun tak sempurna, tapi ada la sikit bunyi apple nya.