Memaparkan catatan dengan label nasihat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nasihat. Papar semua catatan

Jumaat, 13 Ogos 2010

Hari Yang Buruk

Aku rasa semua orang pernah melalui 1 hari yang buruk dalam hidup memasing. Masuk hari yang buruk tu, bukan lah cuaca buruk, atau sakit perut atau, takde mood. Hari buruk yang aku maksudkan adalah hari yang mana kita rasa macam lagi baik mati daripada nak lalui hari tersebut. Contohnya,
1)Hari nak bagi tau mak bapak awek kita yang awek kita termengandung ke.
2)Atau, semalam kantoi seluar koyak kat perhimpunan, dan hari ni nak kena pergi sekolah lagi. 3)Kantoi dengan bini yang kat rumah yang terjumpa mesej awek dalam hp kita yang satu lagi.
Dan banyak lagi lah. Tapi contoh-contoh di atas bukan lah apa yang aku pernah lalui. Sekadar contoh aje.

Bagi aku, dari pengalaman-pengalaman lepas-lepas yang aku rasa kronik jugak kesnya, apa yang aku lakukan adalah:

1)Jangan fikir terlalu kehadapan. Contohnya, apa yang akan belaku lepas ni. Apa orang kata, dah sebagainya. Memang benda tu kena fikir juga akhirnya. Tapi biarlah kita selesaikan mana yang patut diselesaikan dulu. Jadi, fikiran kita fokus dan kebarangkalian untuk ambil tindakan tak masuk akal tu takde.
2)Lalui sahaja hari tersebut. Samada kita bersedia atau tidak, hari itu tetap akan berlalu. Tau tau dah lepas dah hari tu. Kadang-kadang, hari yang kita sangkakan amat teruk, rupanya takde lah teruk sangat.
3)Insaf atau lebih berhati-hati dihari kemudian. Kalau apa yang kita buat dulu berdosa, lain kali jangan buat lagi. kalau yang memalukan, lain kali kena hati-hati lah.

Dulu zaman sekolah dulu, kantoi surat cinta dengan senior yang bacakan pulak surat tu depan kawan-kawan aku. Rasa malu gila nak masuk kelas esok. Tapi bila aku lalui hari yang aku rasa aku tak mampu lalui tu, takde apa pun. So, jangan fikir lebih-lebih. Just laluinya macam biasa.

Rabu, 11 Ogos 2010

SUAMI YANG LUPA

Dipetik dari laman blog keretamayat.blogspot.com. Menarik, jadi aku sharekan kat sini.


SUAMI YANG LUPA...

(Di tulis pada awal perkahwinan, 2002)

Isteriku..

Dengarlah isteriku, aku menulis derita ini ketika kamu sedang terbaring tidur memeluk bantal, di pipimu terdapat kesan air mata yang baru kering, di dahimu terdapat rambut yang hujungnya basah kerana air mata…. Secara diam-diam aku berbaring disisimu, mengusap rambutmu ke belakang, dan menyapu air matamu.., lalu aku mencium dahimu dan memelukmu.., lalu aku menangis...

Mungkin semenjak kita berumah tangga ini, kamu dapati aku sukar melayanmu dengan baik.., kesibukkan aku dengan urusan sendiri membuatkan kamu seorang isteri hilang tempat melepaskan penat dalam pelukkan kasih sayang.., malahan kesemua salahmu yang kecil juga membuatkan jurang antara kita semakin jauh.., namun hari ini, segala kesabaranmu telah datang menyelubungi diri aku lalu membangkitkan rasa kesal yang amat sangat kerana di dalam hati ini, tiba tiba muncul perasaan bersalah yang amat sangat...

Dan dengan perasaan bersalah itulah aku kini datang kepadamu, dan memelukmu dengan penuh kasih sayang..

Dalam diri aku berkecamuk fikiran tentang segala perlakuan kasar aku terhadapmu wahai isteriku. Sewaktu kamu ambil masa yang tidaklah lama untuk bersolek agar pandanganku terjaga, tapi aku merungut dan membentak.., Aku memarahi dirimu kerana tidak mengenakan sarung kaki, walaupun kamu telah memberitahu bahawa sarung kaki ada di dalam kereta, dan akan memakainya dari dalam kereta.., aku tetap memarahimu kerana bagiku, keluar rumah harus bersarung kaki.., sedang jarak kereta hanya satu meter depan rumah..

Aku malu pada diri ini, kerana sentiasa menemui kesilapanmu.., aku marah marah sewaktu kamu tidak memakai anak tudung (sedang sudah memakai tudung diluar) kerana aku kuatir jika tudung kamu jatuh, kamu tidak ada anak tudung, padahal kamu hanya keluar menyiram pokok bunga dalam rumah yang berpagar...

Pada waktu serapan, aku juga menemui kesilapanmu, kamu memasak lambat, lauk nasi sejuk, teh tarik tak kelat dan sebagainya, kamu hanya tunduk meminta maaf dan sewaktu aku ingin pergi kerja kamu melambai tangan dan berkata “jaga diri baik-baik” tapi dahiku berkerut, kerana melihat kamu yang mengenakan tuala sebagai tudung sementara, lalu aku menjerit‘”tutup rambut betul-betul !”

Di pejabat, kamu cuba menelefon aku bertanya khabar, tapi aku merungut supaya tidak diganggu kerana sedang sibuk padahal aku hanya berborak dengan kawan akan isu remeh temeh..,

Pada waktu petang, berulang lagi perkara seperti itu, sewaktu aku sampai, aku melihat kamu sedang menjemur kain lalu aku memarahimu di depan anak-anak jiran-jiran kerana kamu berlengan pendek..., ketika minum petang aku masih merungut tentang dosamu yang akan aku tanggung kerana tidak menjaga aurat. Aku juga merungut jika kamu bersolat lewat, sedangkan kamu sudah memberi alasan tertidur kerana keletihan mengemas rumah..., lalu aku menimbulkan cerita tentang api neraka.., dan kamu diam tidak berkata apa-apa..

Ingatkah kamu sewaktu aku membaca buku di malam hari diruang tamu?, kamu datang dengan wajahmu kelihatan seolah-olah mengalami kesakitan? waktu itu aku sibuk membaca dan tidak peduli pada kamu, dan kamu cuba berkata sesuatu, lalu aku yang tidak suka diganggu ketika membaca menyergah” Apa yang kamu mahu?”.

Kamu tidak berkata apa-apa, tetapi terus berlari ke arahku dan merangkulku dengan kuat-kuat lalu mencium pipiku. Tangan kudusmu dengan kelembutan yang diberikan Tuhan dalam dirimu merangkul erat badanku lalu setelah beberapa ketika, kamu meleraikan kembali pelukkan itu, dan kamu pun pergi kebilik tidur meninggalkan aku seorang diri diruang tamu.., di bahuku, aku melihat ada kesan air mata..

Tiba tiba buku yang aku baca terjatuh dan aku berasa cemas sekali.

Apakah kebiasaan yang merasuk diriku? Kebiasaan mencari kesalahan?, kebiasaan mencari kesempurnaan?, merungut tentang masakan yang tak sedap?, berdengus jika masak lambat?, memarahi isteri kerana berlengan pendek menjemur baju di halaman rumah yang berpagar?, memarahi isteri yang solat lewat kerana tertidur? Memarahi isteri yang tidak pakai sarung kaki ke kereta?

Kadang kadang aku membandingkan kamu dengan kakakku yang sempurna dimataku, malahan lebih teruk, aku bandingkan dirimu dengan anak nabi Fatimah r.aha, sedangkan kamu isteriku.., oh.., aku tahu hatimu telah lama terluka… inikah hadiahku kepadamu sebagai suami?.

Semua itu kulakukan, bukanlah kerana aku tidak menyayangimu, melainkan aku sangat takut tentang azab api neraka yang disediakan untuk suami yang tidak menjaga isterinya dengan betul.., tapi aku terlalu berburuk sangka padamu, menuduhmu yang bukan-bukan, menyoal yang bukan-bukan, mempertikai kasih sayangmu padahal kamu isteriku, banyak sekali perkara yang baik dan yang lembut serta benar dalam perwatakanmu. Hati wanitamu ternyata mencukupi luas sekali, seluas cakerawala.

Ini ternyata ketika kamu secara spontan bergegas berlari dan menciumku sebagai ucapan selamat malam. Dan membiarkan air mata mengalir tanpa perlu kepada sebarang penjelasan, sedangkan kamu, telah dibesarkan oleh ibu bapamu dengan penuh kasih sayang.., sampai masa aku datang mengambilmu sebagai isteri lalu membawa pulang ke dunia yang asing bagimu, dan disini, aku menyakiti hati sucimu itu..

Malam ini, aku datang menyapu rambutmu yang basah, dan malam ini, dalam kegelapan sebegini, aku berlutut di sisi katilmu, menangis pada shurga diwajahmu.., dan aku cukup malu pada diriku sendiri dan aku menangis lagi….hanya kamu yang berada difikiranku. Dan aku telah datang kepadamu, dan kini, aku telah berada dalam dakapanmu. .., maafkanlah aku...

Aku sendiri tak sempurna macam Saidina Ali, macam mana boleh mengharap isteri sehebat Fatimah anak Nabi..?, Aku sendiri sedih kerana telah menyakiti hati seorang anak perempuan orang lain yang telah 20 tahun hidup bahagia bersama kelurga, tapi bila hidup bersamaku untuk 40 tahun akan datang, tidur malam terpaksa pula berteman air mata..

Tetapi mulai esok, aku akan berubah.., aku akan bersungguh-sungguh menjadi seorang suami yang terbaik untukmu, Aku akan berpadu denganmu, menderita apabila kamu menderita, dan tertawa apabila kamu tertawa. Lidahku akan ku tahan, kalau aku ternampak salahmu, aku akan bersangka baik, kerana kamu masih muda, masih sedang belajar menjadi seorang isteri..., dan aku menyesal kerana melayan kamu seperti kamu seorang yang faham selok belok ugama, sedangkan kita semua, masih perlu belajar menjadi manusia yang baik, hingga ke liang lahadpun, pelajaran itu belum habis.., apatah lagi di gerbang rumahtangga?..oh

Sekarang ketika aku memelukmu, dan kamu yang sedang lena dibuai mimpi juga secara tidak sedar membalas pelukkanku.., meringkuk dan keletihan di sebalik wajah sucimumu. Aku menangis malu..

Kelmarin kamu masih anak gadis yang diajar agama oleh ibumu dan kamu masih belajar.. hari ini kamu menjadi isteriku dengan rela, aku telah menuntut terlalu banyak.. terlalu banyak !!!!!

Aku malu pada diriku...

Maafkan aku wahai isteriku
Esok, kamu tidak akan menangis lagi.., insyAllah..

Abang cinta padamu.., sampai hujung nyawa...

Akhir kata:-

“Orang yang paling baik di antara kamu adalah yang paling baik dengan keluarganya dan aku(Rasullullah SAW) adalah yang paling baik terhadap keluargaku.” (Hadis riwayat Tabrani)

Janganlah seorang laki-laki mukmin membenci isterinya yang beriman. Bila ada perangai yang tidak disukai, dia pasti ridha (senang) dengan perangainya yang lain. (HR. Muslim)

“Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri kamu) dengan cara yang baik. Kemudian apabila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu padahal Allah SWT menjadikan padanya kebaikan yang banyak.” (Surah an-Nisa’)

Khamis, 22 Julai 2010

Kenapa Kita Perlu Balik Awal Dari Kerja

Aku terima email dari seorang kawan UTM, agak menyentuh hati. Cubalah baca...


Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,

"Oh maafkan saya, saya tak perasan"
Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang,
tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini,
pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi,
hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar,
bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang,
sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",
"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri,
kuning, biru dan unggu",

"Dia berdiri senyap
agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar
airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini,
aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,

Senyap-senyap ku kebiliknya,
dan melutut di katil,

"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"
"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?

Dia tersenyum,
"Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu"

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini"

Katanya,
"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala"

Bisikku,
"Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu,
terutama yang unggu"

"FAMILY "

Adakah kamu sedar,
sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja
akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?

Tetapi...
keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita
sepanjang hayat.

Dan sedarlah,
sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita,
adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.

Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?

FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU

" HARGAILAH KELUARGA ANDA "

FIKIR2kan..selamat beramal 

Khamis, 5 Mac 2009

Penceraian

Penceraian, satu perkataan yang kalau boleh tak nak didengar terutamanya kalau kita merupkan si anak. Nabi bagi tau, penceraian merupakan satu perkara yang halal yang amat tidak disukai oleh Allah. Aku suka nak utarakan topik ni sebab banyak sangat kes penceraian berlaku samada di sekeliling aku atau di luar sana.

Ada orang akan cakap, Dia dah kahwin 30 tahun,dah sebati dah dengan pasangan.Tak mungkin akan berpisah. Ada orang cakap pulak,dia baru kahwin 2 tahun, fresh dan bergetah lagi, anak pun takde lagi. Tak kan lah boleh nak bercerai. Pada pendapat aku, semua silap. Walaupun baru kahwin seminggu ke atau dah 30 tahun ke,kita masih berisiko untuk mengalami penceraian. Dah terbukti dengan kes penceraian yang ada kat Malaysia ni.

Bagi aku, selagi boleh diselamatkan sesuatu perkahwinan tu, selamatkan lah. Tapi kalau macam dah tak boleh sesangat tu,lebih baik lah berpisah. Walaupun kadang-kadang perpisahan tu,tak baik untuk anak, tapi lebih baik daripada anak kita melihat keadaan kita yang kacau bilau tak sehaluan yang tinggal nama sahaja sebagai suami isteri.

Penceraian ni boleh disebabkan oleh banyak punca. Tapi yang paling biasa aku jumpa adalah status pasangan yang berbeza(pangkat,pendidikan,gaji), gangguan dari keluarga dan juga semestinya,orang ketiga.

Status berbeza, selalunya melibatkan suami lah yang mana statusnya lower sikit dari isteri. Tak kira lah dari segi pendidikan ke, gaji ke, pangkat ke, kalau suami rendah sikit dari isteri, memang akan mendatangkan masalah suatu masa nanti. Memang lah, masa mula bercinta, tak kisah semua ni, tapi bila dah kahwin, dah masuk ke dunia realiti hidup berpasangan, perkara kecil macam ni pun akan timbul. Ketahuilah, setiap lelaki mempunyai ego, dan ia kekal hingga ke akhir hayat. Bila si isteri cuba mengungkit dalam bentuk perkataan atau perbuatan, sengaja atau tidak sengaja, ego lelaki ini akan membuak-buak. Dan dari situ, akan mula lah bibit-bibit penceraian.

Punca kedua, gangguan keluarga, macam biasa lah,semua orang pernah dengar tentang perkara ini. Sebab tu kalau boleh lepas kahwin dielakkan duduk dengan keluarga mertua. Contohnya, lepas kahwin, kita duduk rumah mak kita sebab mungkin rumah mak kita ada 18 bilik kosong. Tempat kerja pun dalam bandar yang sama. So apa salahnya duduk dengan keluarga. Mungkin pasangan kita nampak ok atau setuju. Tapi cuba selami dalam hati dia sedalam-dalamnya, mesti ada sekelumit rasa tak puas hati. Kadang-kadang, keluarga tak kata apa pun, tapi perasaan pasangan kita yang tak berapa ok. Kalau yang memang duduk sendiri, mungkin ada yang ada adik yang tumpang duduk sekali. Ni pun problem jugak. Kena, adik perempuan comel, tergoda pulak suami. Kalau jenis adik yang perangai hantu, muncung pulak isteri. Lagi pun, kita yang mula nak kenal kehidupan rumah tangga ni, macam biasa lah, banyak kekangan kewangan, ni kena tanggung orang pula. Dan untuk suami yang abang sulong, pun dalam delima, tanggungjawab untuk bantu keluarga masih ada. Kadang-kadang, isteri tak faham, cakap melebihkan keluarga suami, keluarga dia tak bagi pun. Isteri kena faham, tanggung jawab keluarga dia terletak pada abang sulong dia, bukan dia. Tapi, si suami kena lah berpada, jangan sebab nak bantu keluarga, anak isteri terpaksa berjimat dan sebagainya.Lagi-lagi lah pulak gaji si suami kecik dari isteri.Patut-patu lah.Kadang-kadang keluarga sebelah suami agak senang, so suami tak perlu bantu lah. Si isteri bagi duit pada keluarga dia,suami benarkan. Tapi, isteri jangan salah faham, duit tu tetap duit bersama walaupun dia cakap duit gaji dia. Kalau suami cakap jangan bagi,tak boleh bagi. Tapi kalau boleh, biar lah abang sulong sebelah isteri tu yang tanggung.

Yang ketiga, orang ketiga. Macam biasa lah. Kalau dalam drama, biasanya si azza Elite lah pegang watak orang ketiga. Ada orang cakap, aku alim, pakai serban, tak keluar pergi bersosial sangat. tak clubbing dang sebagainya. Umur pun dah 40 an.Tak mungkin akan ada orang ke tiga. Salah tu beb. Godaan ni akan datang bila-bila masa je.Kau 40,50 atau 60 tahun. Pada suami atau isteri. Kalau si suami tu jenis alim, pergi masjid dan sebagainya, godaan tu akan datang dalam bentuk yang sama dengan suami tu, alim,pergi masjid,bijak berkata-kata. yang penting, jangan takbur. Bila godaan tu datang, cuba lah tahan. Kalau tak boleh juga, nak buat macam mana, minta lah kebenaran isteri tambah satu lagi...JIKA BERKEMAMPUAN. Tapi, jangan lah pulak si isteri atau suami pergi mencari godaan. Mecari nahas nama nya tu...

ok lah...banyak sangat membebel. Aku ni jenis lepas sembahyang, tak doa dah. Tapi kadang-kadang bila aku doa tu,aku doakan semoga dilindungi keluarga aku dari bala bencana dan keaiban. Cerai ni kira bala bencana lah...bye

Khamis, 12 Februari 2009

MEN AND FLIRTING

Men and flirting,"lelaki dan mengorat",gitu la agaknya bunyinya.Sejak kebelakangan ni,aku beriya-iya benar nak tulis tentang menda ni.Mungkin dipengaruhi, keadaan sekeliling aku terutamanya tempat kerja. Kebanyakan anggota kerja yang ada dalam syarikat ni adalah berumur lingkungan 40 tahun ke atas. Jadi banyak lah kes-kes krisis dippertengahan usia. Terutamanya lelaki. Tapi perempuan pun sama naik juga.Tapi aku nak fokuskan pada lelaki aje kali ni.

Kalau ada trainning yang lama dan detail,selalunya kena ada lawak atau bahan sampingan nak hilangkan ngantuk. Kalau kat sini,isu paling popular semestinya cerita kahwin 2-3. Baru la segar mata orang yang datang trainning. Senyum sampai ke telinga dengar cerita.Kalau minum dengan geng-geng abang senior ni, menda lain takde, mesti cerita awek la,adik angkat la. Kadang-kadang tu,bukan calang-calang awek yang diorang dapat, aku rasa aku pun belum tentu dapat ngorat diorang. Cun,muda dan sebagainya la. Mungkin diorang ni dah senior,banyak pengalaman dan ayat power. Duit pun banyak.Bayangkan la, kerja technician je,tapi gaji 3k,sebab lama dah kerja. Anak semua dah kerja,so duit yang ada, buat simpan aje.

Aku rasa sebab utama perkara macam ni berlaku adalah pertama,krisis yang macam aku bagitau tadi. Perasaan tak dapat terima hakikat bahawa usia dah bertambah. Kedua, keadaan isteri. sememangnya lah, isteri tu dah tua, isipadu dah bertambah,banyak yang kedut,tak tegang dan dari segi seksualnya pun kurang. Tapi bagi lelaki,dia punya kelakian tu tak berkurang. So sebab tu lah dia mencari. Dan sebab tu lah yang dicari pun bukan calang-calang, kontra pada isterinya.Dan yang ketiga adalah untuk test market. Kadang-kadang diorang ni saja-saja je mengayat, nak tau laku ke tak lagi. Yang jadi masalahnya bila yang perempuan tu bagi feedback baik punya, so terus on aje la. Dan yang ke empat adalah pengaruh rakan-rakan. Dah orang tu cerita awerk dia camni,orang ni cerita awek dia camtu. Kawan ni tak kan la tak terasa nak ada awek jugak. So terpengaruh la.

Itulah,aku nak cakap lebih-lebih pun tak boleh, sebab suatu masa nanti,aku akan alami juga perkara ni. Dan aku percaya dalam setiap lelaki masih ada "kuda liar" yang tersimpan di sudut hati masing-masing.Terpulang pada diri masing-masing untuk mengawalnya.Aku pun kekadang ada jugak termengorat ke apa....

itu ajer la...