Memaparkan catatan dengan label politik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label politik. Papar semua catatan

Jumaat, 29 April 2011

Blog Politik - Politic Blog

Politics is dirty.Politik itu kotor."Politics is the Science of Hypocrisy". Betul ke, tuhan sahaja yang tahu.Jika betul politik itu kotor,apa - apa yang berkaitan dengan politik tak dapat tidak akan terpalit kekotoran tersebut. Dan blog politik adalah paling banyak terpalit kekotoran politik tersebut tak kira lah politik puak pembangkang atau kerajaan.

Membaca blog politik ini adalah satu ketagihan. Contohnya, kenapa orang suka mengumpat samada sengaja atau tak sengaja ? sebab mengumpat itu best. Boleh cuba kalau tak percaya, tapi jangan diamalkan. Berdosa. Cerita lucah dan skandal seks, kenapa orang suka tengok, dengar dan baca. Huh! tak kan tak tau, yang orang sibuk nak kahwin tu kenapa?Seks itu tabii nya juga best juga kan. Maki hamun, best ke? Bila kita maki orang atau pun binatang, apa yang kita rasa? Kita rasa kita lebih baik, bagus & mulia dari orang yang kita maki. Bila kita rasa diri kita best, best kan rasanya?

Blog politik ni, ada ketiga-tiga perkara ini dan juga perkara-perkara lain yang juga best. So, gila apa tak ketagih membaca dan melihat blog politik. Tapi kan, bukan ke ketiga-tiga ramuan tersebut berdosa? So berdosa tak baca blog politik? Tuhan aje yang tau.

Biarlah politik untuk ahli politik, kita pergi mengundi je. Cukup 4 tahun, kita tunaikan tanggungjawab. Kita tengok lah kawasan kita, jalan ok? air ok? sekolah ada? masjid cukup? pencuri ramai? Kalau ok, kita undi dia, kalau tak ok, kita undi lain...

Aku berazam, untuk tmengurangkan membaca blog politik. Lebihkan membaca blog ilmu...insyaAllah.

Rabu, 20 April 2011

Syiah Dan Sunnah

Semalam, tengah browsing youtube, terjumpa 1 video berkenaan rintihan rakyat Iraq berfahaman Sunnah yang ditindas golongan Syiah. Sedih gila. Dari situ, tergerak hati untuk siasat apa perbezaan Syiah ni dengan Sunnah. Pandangan aku sebelum ini, perbezaan adalah sedikit macam perbezaan Mazhab sahaja. Tapi rupanya, memang jauh berbeza dan ianya melibatkan perbezaan pokok/prinsip. So, kalau sesiapa ingin tahun berkenaan syiah, boleh cari kat Youtube atau blogspot.com. Taip nama ustaz Asri, ustaz fathul Bari, Yusof Qardhawi. Cuba kenal untuk mengelak, bukan untuk berminat...

Dalam Isu ini, aku tengok, tak kira Ustaz dari PR atau BN, sepakat dalam memberi pandangan. Bagus lah, berbeza pegangan politik takpe lagi dari pegangan agama...

Salam

Jumaat, 7 Ogos 2009

Cakap-cakap Politik

Well, it's time to talk politic. Cewah-cewah. Takde lah, saja buang masa bincang pasal isu yang semua orang tengah hot bincang ,masa sekarang, politik. Aku takde lah aktif politik pun. Alangkan KRT Taman aku pun aku join, ini kan pulak nak aktif politik. Tapi, walaupun aku tak aktif politik, tapi aku tetap ada fahaman politik. Terus terang aku cakap, aku pro kerajaan. tapi tak banyak, dalam 52-48. Tak payah lah aku cerita kenapa aku pro Gov. Cukup lah untuk aku aje yang tau. aku cuma nak ceritakan apa kesan politik pada aku.

Sebenarnya aku didedahkan pada politik seawal sebelum tadika lagi. Masa aku kecik, ada 2 hari je dalam 4 tahun yang orang akan datang ramai-ramai kumpul di rumah aku sampai pagi. Iaitu bila Piala Dunia dan pilihanraya. 2 hari ni aku dibenarkan tidur lambat sampai pagi. Tapi selalunya pukul 1 aku dah tidur. iyelah, umur 4-5 tahun, mana la larat nak stay sampai pagi. Walaupun aku masih kecik, aku excited tengok diorang. Walid aku bukan lah ketua pemuda ke apa.Tapi dia penggerak pemuda kat kampung aku. So orang akan kumpul kat rumah aku utk buat apa-apa aktiviti. Pilihan raya zaman aku kecik2 dulu best. Tak macam sekarang.Tak selamat. Gaduh la,baling botol la, demo la. Dulu, bila pilihan raya, macam pesta flora. Parti masing-masing nak buat hiasan daripada poster macam kereta berhias. Contohnya, parti pas buat model kapal terbang dari poster pas . Diorangg gantungg kat pokok pauh. Esok nya, orang umno pulak buat meriam guna poster umno letak kat bawah pokok tu. Muncung meriam hala ke kapal terbang tu. Best tengok ke kreatifan diorang. Menarik bagi aku yang masih budak kecik.

Malam2 kawan2 ayah aku bincang nak buat apa. Nak buat 1 model tu bukan senang. Nak kena cari buluh,buat rangka dia.pastu kena balut dgn poster pulak tu. Pastu, nak hantar ke lokasi bukan senang. Berat. Macam tu la keadaan pilhan raya dulu. Aman dan selamat. Tak seteruk sekarang. Ganas,carut sana sini dan sebagainya. Ntah la.

Aku ni kira nya, dlm politik, bukan jenis promoter. Bila pilihan raya, aku undi.pastu habis. Tapi walaupun aku tak promote, aku masih menilai. Dulu orang cakap, kerajaan kuasai media. Tapi bagi aku, zaman sekarang, info ada kat mana2. Internet ada. Dari situ aku menilai. Tapi bila aku menilai, untuk diri aku je. Bukan untuk aku jaja pada orang lain. Bagi aku politic is politic and it is dirty. Tak kisah la sape pun orang tu, sama je. Kita rakyat marhain ni, pergi undi je. jangan fanatik sangat. Musim ni undi parti ni, kalau tak ok, musim depan tukar undi parti lain. Kalau tak puas hati juga, buat undi rosak, hati puas,tapi diri sendiri la yang rugi

Jumaat, 24 April 2009