Khamis, 5 Mac 2009

Penceraian

Penceraian, satu perkataan yang kalau boleh tak nak didengar terutamanya kalau kita merupkan si anak. Nabi bagi tau, penceraian merupakan satu perkara yang halal yang amat tidak disukai oleh Allah. Aku suka nak utarakan topik ni sebab banyak sangat kes penceraian berlaku samada di sekeliling aku atau di luar sana.

Ada orang akan cakap, Dia dah kahwin 30 tahun,dah sebati dah dengan pasangan.Tak mungkin akan berpisah. Ada orang cakap pulak,dia baru kahwin 2 tahun, fresh dan bergetah lagi, anak pun takde lagi. Tak kan lah boleh nak bercerai. Pada pendapat aku, semua silap. Walaupun baru kahwin seminggu ke atau dah 30 tahun ke,kita masih berisiko untuk mengalami penceraian. Dah terbukti dengan kes penceraian yang ada kat Malaysia ni.

Bagi aku, selagi boleh diselamatkan sesuatu perkahwinan tu, selamatkan lah. Tapi kalau macam dah tak boleh sesangat tu,lebih baik lah berpisah. Walaupun kadang-kadang perpisahan tu,tak baik untuk anak, tapi lebih baik daripada anak kita melihat keadaan kita yang kacau bilau tak sehaluan yang tinggal nama sahaja sebagai suami isteri.

Penceraian ni boleh disebabkan oleh banyak punca. Tapi yang paling biasa aku jumpa adalah status pasangan yang berbeza(pangkat,pendidikan,gaji), gangguan dari keluarga dan juga semestinya,orang ketiga.

Status berbeza, selalunya melibatkan suami lah yang mana statusnya lower sikit dari isteri. Tak kira lah dari segi pendidikan ke, gaji ke, pangkat ke, kalau suami rendah sikit dari isteri, memang akan mendatangkan masalah suatu masa nanti. Memang lah, masa mula bercinta, tak kisah semua ni, tapi bila dah kahwin, dah masuk ke dunia realiti hidup berpasangan, perkara kecil macam ni pun akan timbul. Ketahuilah, setiap lelaki mempunyai ego, dan ia kekal hingga ke akhir hayat. Bila si isteri cuba mengungkit dalam bentuk perkataan atau perbuatan, sengaja atau tidak sengaja, ego lelaki ini akan membuak-buak. Dan dari situ, akan mula lah bibit-bibit penceraian.

Punca kedua, gangguan keluarga, macam biasa lah,semua orang pernah dengar tentang perkara ini. Sebab tu kalau boleh lepas kahwin dielakkan duduk dengan keluarga mertua. Contohnya, lepas kahwin, kita duduk rumah mak kita sebab mungkin rumah mak kita ada 18 bilik kosong. Tempat kerja pun dalam bandar yang sama. So apa salahnya duduk dengan keluarga. Mungkin pasangan kita nampak ok atau setuju. Tapi cuba selami dalam hati dia sedalam-dalamnya, mesti ada sekelumit rasa tak puas hati. Kadang-kadang, keluarga tak kata apa pun, tapi perasaan pasangan kita yang tak berapa ok. Kalau yang memang duduk sendiri, mungkin ada yang ada adik yang tumpang duduk sekali. Ni pun problem jugak. Kena, adik perempuan comel, tergoda pulak suami. Kalau jenis adik yang perangai hantu, muncung pulak isteri. Lagi pun, kita yang mula nak kenal kehidupan rumah tangga ni, macam biasa lah, banyak kekangan kewangan, ni kena tanggung orang pula. Dan untuk suami yang abang sulong, pun dalam delima, tanggungjawab untuk bantu keluarga masih ada. Kadang-kadang, isteri tak faham, cakap melebihkan keluarga suami, keluarga dia tak bagi pun. Isteri kena faham, tanggung jawab keluarga dia terletak pada abang sulong dia, bukan dia. Tapi, si suami kena lah berpada, jangan sebab nak bantu keluarga, anak isteri terpaksa berjimat dan sebagainya.Lagi-lagi lah pulak gaji si suami kecik dari isteri.Patut-patu lah.Kadang-kadang keluarga sebelah suami agak senang, so suami tak perlu bantu lah. Si isteri bagi duit pada keluarga dia,suami benarkan. Tapi, isteri jangan salah faham, duit tu tetap duit bersama walaupun dia cakap duit gaji dia. Kalau suami cakap jangan bagi,tak boleh bagi. Tapi kalau boleh, biar lah abang sulong sebelah isteri tu yang tanggung.

Yang ketiga, orang ketiga. Macam biasa lah. Kalau dalam drama, biasanya si azza Elite lah pegang watak orang ketiga. Ada orang cakap, aku alim, pakai serban, tak keluar pergi bersosial sangat. tak clubbing dang sebagainya. Umur pun dah 40 an.Tak mungkin akan ada orang ke tiga. Salah tu beb. Godaan ni akan datang bila-bila masa je.Kau 40,50 atau 60 tahun. Pada suami atau isteri. Kalau si suami tu jenis alim, pergi masjid dan sebagainya, godaan tu akan datang dalam bentuk yang sama dengan suami tu, alim,pergi masjid,bijak berkata-kata. yang penting, jangan takbur. Bila godaan tu datang, cuba lah tahan. Kalau tak boleh juga, nak buat macam mana, minta lah kebenaran isteri tambah satu lagi...JIKA BERKEMAMPUAN. Tapi, jangan lah pulak si isteri atau suami pergi mencari godaan. Mecari nahas nama nya tu...

ok lah...banyak sangat membebel. Aku ni jenis lepas sembahyang, tak doa dah. Tapi kadang-kadang bila aku doa tu,aku doakan semoga dilindungi keluarga aku dari bala bencana dan keaiban. Cerai ni kira bala bencana lah...bye

Kematian

Semalam merupakan hari yang agak sedih bagi aku. Nenek aku atau aku panggil "wek"(bunyi macam sebut wake up) telah pergi meninggalkan kami semua menemui Ilahi.Sebenarnya, aku tak berapa rapat sangat dengan arwah. Bila hari raya,aku dan adik beradik akan datang ke rumah arwah.Tapi arwah tetap ingat aku walaupun sejak kebelakangan ini dia agak tak berapa ingat atau senang cakap, nyanyuk la.Arwah adalah nenek tiri aku,ataupun mak tiri kepada arwah umi aku. Tapi walaupun nenek tiri, aku lebih mengenali arwah sebab nenek kandung aku dah takde masa aku baru lahir. Sebenarnya, aki aku kahwin dua, tapi dua-dua isteri dia duduk sekali.Ada 18 anak.Walaupun ramai anak, tapi semuanya berjaya. Tapi yang sakit sikit, aku la,nak mengingatkan nama pak-mak sedara.Tapi aku respect arwah wek sebab,dia boleh ingat nama aku sebab cucu dia berpuluh-puluh. Belum masuk cicit lagi tu.

Yang aku sedih sikit sebab arwah wek aku ni macam tali penghubung kepada arwah aki dan arwah umi aku dan juga kenangan masa aku kecik kat kampung tu. Setiap kali aku datang hari raya kat rumah arwah,aku akan teringat kenangan masa aku kecik dulu, mandi kat perigi,kutip pokok bunga, main kat beranda. Dan aku terbayang macam mana keadaan zaman remaja umi aku kat rumah aki aku tu.Sekarang ni, bila arwah wek aku takde, tak tau la samada aku nak datang tak rumah tu masa hari raya nanti. Mungkin rumah tu takde orang. Kalau ada pun, mungkin mak-mak sedara aku. Tah la...

Al Fatihah untuk wek aku...



Isnin, 2 Mac 2009

Picture Day







Malam tadi, masa dalam perjalanan dari rumah walid balik ke kuantan, tiba-tiba aku tersenyum. Wife aku nampak aku tersenyum. Dia tanya,"ingat ke makwe lama ke?". Aku cakap, takde lah.
Sebenarnya aku teringat zaman sekolah dulu-dulu. Teringat time hari tangkap gambar untuk majalah sekolah. Hari ni memang best. Tak kira lah masa sekolah menengah atau rendah. Hari ni lah murid-murid dibenarkan keluar kelas (dengan kebenaran la)walaupun ada cikgu. Time ni la baju baru digunakan (maknanya baju fresh, bukan baju yang dianginkan kat tingkat lepas pakai semalam). Baju keras, iron bersegi. Seluar pun sama. Name tag wajib. Rambut kemas dan sebagainya.

Bagi yang masuk banyak kelab dan persatuan, banyak la masa boleh dihabiskan diluar kelas. Macam aku dulu, banyak juga kelab yang aku masuk. Jawatan takde la besar sangat, tapi asalkan ada gambar aku cukup la. Dah habis satu gambar, tunggu untuk ambil gambar lain pulak. Pastu lepak tepi tangga atau pasu. Ada yang advance sikit, lari balik asrama, duduk atas syiling. Jagan tak tau, masa sekolah menengah aku dulu, siap ada library komik kat atas syiling tu. Siap ada bantal dan tilam lagi, untuk keselesaan penginap.
Gitu lah zaman sekolah,rasa nak pusing balik ke masa tu pun ada. Tapi bila pikirkan kena ambil SPM lagi sekali, tak jadi la pulak.Lagi satu teori aku, manusia kat Malaysia ni, time yang dia betul-betul dalam prestasi optimum adalah masa nak ambik SPM. Betul apa. Time tu lah dia adalah seorang ustaz sebab hafal segala hukum hakam dan ayat, time tu lah dia seorang doktor, segala teori bio dah dihafal,atau pun seorang sejarahwan yang tahu sejarah Malaysia. Kalau sekarang ni....Hampeh.

ok lah, bye