Sabtu, 5 November 2016

SEBANYAK ITU

Baru ku tahu, sebanyak itu kasih kamu. Dan baru ku tahu, sebanyak itu kasih aku. Hanya kasih tuhan yang kekal abadi.

Ahad, 23 Oktober 2016

REDHA

Sesungguhnya aku redha ke atas isteriku. Sesungguhnya aku redha ke atas keputusannya. Sesungguhnya memenuhi impiannya adalah lebih penting daripada impianku. Semoga dimasukkan dia ke dalam syurga melalui pintu-pintu yang Kau khaskan untuk isteri-isteri yang diredhai suami-suami mereka.

Rabu, 12 Oktober 2016

Impian Yang Terpaksa Dilupakan

Hidup tak selalunya indah. Mungkin sewaktu zaman kanak-kanak atau remaja, kita pernah mengimpikan sesuatu. Yang mungkin kita harapkan akan dapat dicapai suatu masa nanti.

Tapi kadang-kadang, apa yang kita impikan hadir tanpa kita rancang. Hadir dalam keadaan kita tidak boleh menerimanya. Hadir dimana kita sedang memenuhi impian insan lain. Dan dengan redha kita terpaksa melepaskan impian kita itu, yang kita pasti tak akan bertemu lagi peluang seperti itu lagi selepas ini.

Semoga kita akan bertemu impian kita itu disyurga, dimana semuanya indah- indah belaka.

Haihhhh..