Rabu, 24 Oktober 2018

AIR MATA

Lelaki & air mata. Jika bukan seorang pelakon,  dua perkara tersebut merupakan sesuatu yang sangat asing antara satu sama lain. Bagi wanita, airmata merupakan senjata yang boleh digunakan untuk menundukkan lelaki. Tapi, bagi lelaki, air mata merupakan simbol kelemahan.

Tetapi, lelaki,bukan sentiasa gagah. Ada ketika, terasa seperti seluruh dunia memusuhinya. Bila terfikir, sudah habis cara telah diambil, dan betapa ramai yang dibelakang yang bergantung harap padanya, kadang-kadang, air mata yang hangat tumpah juga meleleh di pipi. Biasanya, kepada tuhan jugak lah tempat mengadu sebab lelaki terlalu ego untuk mengakui kelemahan nya kepada makhluk lain.

Mungkin, dalam hidup lelaki,ada beberapa kali sahaja dia akan menitiskan air mata. Jadi, hargailah ia. Tanda dia dah melakukan sehabis baik yang mampu dia lakukan dan hanya tuhan sahaja lah yang dapat membantu.




Khamis, 4 Oktober 2018

JOGGING

Dalam hidup ni, tak semuanya berjalan seperti yang dirancangkan. Dan tak semua yang baik-baik sahaja yang datang menyinggah. Yang tak dirancang, yang buruk, yang entah apa-apa itu lah yang menjadi rutin hidup kita. Rasa nak menyerah, nak lari, nak menyorok atau nak blah daripada dunia yang fana ni memang biasa. Sebab kita adalah manusia biasa yang lengkap dengan segala kelemahan.

So, boleh lah dikaitkan dengan cerita aku seterusnya. Nak cerita, pasal aktiviti jogging aku. Aku selalu jogging lepas balik kerja. Dalam pukul enam suku, sampai kat Taman Gelora. Kenapa jogging dekat situ? Sebab teduh, berangin dan awek pun ramai. Trek dia, dalam 1.5 KM. Biasa aku buat 2 round. Sebelum lari, warmup dulu sambil cuci-cuci mata.

Bila berlari, telinga aku memang aku sumbat earphone yang ada noise cancelation function. So bila berlari, memang tak dengar dah benda lain selain lagu. Dulu, masa mula-mula berlari, mata sibuk nak tengok kiri kanan. Nak usha awek-awek atau amoi. Tapi, bila macam tu, mata akan nampak, tempat yang dituju tu jauh lagi. So, akan jadi cepat nak give up, pancit. Telinga aku pun, kalau tak dengar lagu, dengar nafas diri sendiri yang laju, pun boleh buat rasa cepat nak give up. Semuanya berkaitan dengan emosi dan ketahanan mental.

So, sekarang, bila berlari, mata aku akan pandang ke bawah iaitu ke mana langkah seterusnya, itu sahaja. So target adalah, untuk settle kan langkah seterusnya sahaja, satu persatu. Telinga hanya mendengar lagu, yang akan menghayalkan otak daripada memikirkan berkenaan kepenatan. So, dalam sedar tak sedar, habis dua round.

Apa yang boleh diambil ikhtibar daripada aktiviti jogging aku ni adalha, kadang-kadang hidup ini perlu diringkaskan. Hanya ada 1 long term goal, yang lain-lain hanya siri-siri short term goal yang mana, kita or aku tak mudah nak give up atau lengit. Dan hidup tak perlu dengar sangat pasal input daripada luar yang tak penting. Just dengar yang patut atau penting sahaja. Kata-kata nista daripada orang atau, even daripada hati sendiri, boleh diabaikan. Kalau down sangat, pergi layan sundae coklat kat McD TC sorang -sorang sambil layan angin laut. Dan akhir sekali, aku rasa, kadang-kadang, hidup tak perlu ber purpose sangat, stress dengan matlamat. Maybe kadang-kadang, aku hanya perlu hidup semata-mata, tarik dan hembus nafas, suapkan nasi dalam mulut, tidur dan tidak memikirkan apa-apa yang serius. Tapi kadang-kadang la, jangan selalu sangat pulak, nanti jadi lelaki tak guna.

So itu sahaja la sharing aku kali ni. Kesimpulannya, hidup bagaikan sebuah buku. Kadang-kadang, sampai di chapter sedih, takpe kita nak menangis. InsyaAllah, akan ada chapter gembira di muka-muka belakang nanti...

Salam