Jumaat, 21 November 2008

Jalan-Jalan di Teluk Cempedak

Boring duduk rumah, rasa nak jalan-jalan pulak. Tapi malas la pulak. Ini lah, orang dari KL, Melaka, Johor datang nak jalan tempat kita, kita yang duduk sini, tak menghargai apa yang ada di tempat sendiri.
So, demi menghargai keindahan alam di negeri Pahang ni, terutamanya kuantan lah, aku merajinkan diri untuk pergi ke Teluk Cempedak bersama wife and sarah. Selain kecantikan pantai yang putih, terdapat lanskap gunung ganang dan hutan di tepi pantai. Batuan cantik di laut yang biru membuatkan pemandangan seperti sebuah lukisan.Dan yang paling penting, terdapat 2 restoran makanan segera iaitu McDonald dan KFC yang sedia memenuhi kelahapan korang (aku).

Selain Keindahan pemandangan, terdapat juga gerai-gerai kraftangan dan cenderahati. Jangan risau, harga murah belaka. Boleh buat gambar potret lagi.

Rupa-rupanya, best juga pergi jalan-jalan ni. Lagipun, anak aku pun jadi senang nak tidur sebelah malamnya.Penat berlari la katakan.

So, apa lagi, jom la Ke Kuantan. Moh kita


Khamis, 20 November 2008

Sikap Manusia

Aku selalu browse blog kawan-kawan aku yang ada separuhnya aku kenal biasa-biasa je, dan separuhnya aku kenal luar dalam. Macam-macam aku boleh tengok perangai diorang ni. Ada yang ok, jujur pada diri sendiri, ada yang hipokrit tahap gaban.

Tapi aku rasa, jujur lah pada diri sendiri bila kita berblog ni. Sebab ada antara pembaca kita yang sebenarnya tahu bekenaan diri kita mungkin luar dan dalam. Bila kita menghentam sesuatu perkara dan merasakan diri kita baik sangat macam cikgu, sedangkan kita pernah buat perkara lagi buruk dari manusia yang duduk di lorong, kita telah mengecewakan pembaca tersebut. Semua manusia buat salah, tapi jangan pulak kita merendah-rendahkan orang lain yang sedang buat kesalahan tersebut disebabkan kita dah insaf dan dah jadi baik.

Kita duduk di dunia ni bukan untuk menilai. Kita duduk di dunia ni, untuk lepak-lepak dan berkhidmat pada tuhan. So enjoy your life

Naik Gred

Lama aku tak tulis apa-apa dalam blog ni. walaupun aku tau takde orang nak nengok blog ni, peduli apa aku. Yang penting aku boleh dokumentasikan serba sedikit perihal kehidupan aku. Nanti dah tua, boleh baca balik.huhuhu.

Pasal kehidupan ni, mesti tak lari dari naik gaji, naik pangkat dan sebagainya. Dan alhamdulillah aku dapat naik gred. Naik la gaji sikit. So semalam, aku buat la makan-makan yang tak seberapa kat ofis aku. Orang kata sekadar meraikan. Aku suruh makcik aku masak. Dia memang expert memasak. Walaupun tak seberapa, ok la juga, semua dapat merasa.

Terima kasih pada bos aku yang mempromotekan aku untuk naik gred. Walaupun kerja kat syarikat GLC ni gaji tak besor, tapi aku tetap rasa dihargai. Lagi pun bukan senang nak naik. Ramai staf yang senior gila dari aku, baru je naik gred sama dengan aku.

Apapun.Syukur pada tuhan. Rezeki wife dan anak aku...

Khamis, 13 November 2008

Hari yang membosankan

Well...hari ni merupakan Hari Boring aku.Tak tau la kenapa. Semua staf aku takde hari ni.2 attend course di Terengganu,2 keluar attend case. Tinggal la aku seseorang. Dari tadi sibuk cari IOS router Cisco ni sebab semalam aku terdelete flash dia. Perut pun tak berapa sihat.Macam-macam. Mungkin kebosanan aku ni ada kaitan cuti sekolah yang akan datang kot. Tak pun sebab musim tengkujuh tak lama lagi. Ishh, bosan nya.....

Selasa, 11 November 2008

Gila Nak Beli Rumah Baru

Huhuhu.Sekarang ni aku tengah gila survey rumah baru.Apasal aku tetiba nak beli rumah baru? Aku baru dapat tau Company aku ada bagi loan rumah maksimum 250000 dengan interest 1%. Bayangkan lah, kalau aku beli rumah 250000, monthly bayar 1056 je untuk 25 tahun. Pergh...meleleh air liur. Kat rumah yang aku beli sekarang ni ada sebijik rumah semi-d besar gila.tanah dia boleh buat 1 lagi semi-d.tapi harga 270000 daa..Hmm.Kalau ikut kan hati, dah lama beli rumah tu. Tapi...geramnya....