Rabu, 29 April 2009

Kalau Boleh Aku Putarkan Masa

Dalam kehidupan aku sebagai manusia, aku tak lari daripada melakukan perkara-perkara yang aku sesalkan kemudian. Biasalah, manusia. Ada perkara aku sesalkan bila melakukannya dan ada yang aku sesalkan sebab tak melakukannya. Kalau boleh, nak aje aku putarkan masa supaya aku tak melakukan kesilapan-kesilapan tersebut.

Tapi, apa kata kalau aku diberikan peluang untuk kembali ke masa lalu untuk menghalang segala kesilapan yang telah aku lakukan. Apa perkara yang paling aku sesalkan. So aku dah listkan perkara-perkara tersebut. Perkara/kesalahan ini lah yang akan aku cuba halang dulu dari aku lakukan.

1)Masa aku umur 10 tahun atau lebih kurang. Aku telah melakukan kesalahan paling besar dalam hidup aku. Kesalahan dengan umi aku. Masa tu arwah umi aku suruh pergi beli sarapan nasi lemak kat kedai.Tak tau kenapa aku malas sangat pagi tu. Tapi akhirnya aku pergi juga dengan hati bengkek budak-budak. Masa aku balik kat umah, aku tengok arwah umi aku duduk kat pintu, aku ni dengan basikal berhenti kat tepi tangga. Rumah aku ni, depan dia ada beranda/pelantar. Entah macam mana, aku boleh campak nasi lemak tu ke arwah umi aku. Nasi lemak tu jatuh atas lantai. Masa tu arwah umi aku tak cakap apa, dia menangis, merajuk. Lepas tu aku tak ingat dah. Tapi aku minta maaf balik lepas tu. Arwah umi aku pun maafkan aku. Tapi walaupun dah minta maaf, aku tetap nyesal sangat.

2)Perkara yang kedua paling aku sesal lakukan adalah, rahsia,huhuhu. Tapi kalau dapat, aku nak halang diri aku yang dulu dari melakukannya.

3)Perkara yang aku nyesal tak lakukankan adalah sembahyang jenazah untuk arwah umi aku. Disebabkan kuranga faham dan kebudak-budakkan, aku marah sangat pada arwah umi aku dan tuhan sebab arwah umi aku meninggalkan aku dan adik adik aku. Aku ingat lagi aku duduk atas motor orang yang datang melawat,dalam gelap malam, memandang ke dalam rumah, melihat orang sembahyang jenazah.

4) Aku nak pergi ke masa dimana aku flying kick adik aku, si angah masa kami kecik-kecik dulu. Bukannya apa, dia tak puasa, pastu nak berbuka dengan orang puasa sekali, mana boleh. Angah aku ni pulak jenis degil. Last-lastnya, kena flying kick dengan aku. Kesian dia. Nyesal sangat rasanya.

Selasa, 28 April 2009

Aliah Demam Lagi Sekali

Seperti biasa, anak aku demam lagi. Panas gila badan. Aku dengan wife aku la yang tak lalu tidur. Pergi kerja, kepala pening tak cukup tidur. Penat-penat. Kalau ikut aku, setahun 2-3 kali aje demam. Ni mesti mengikut umi dia ni. Nasib baik la medical company tanggung, kalau tak masak aku. Tiap-tiap bulan kena pergi klinik. Alyah-alyah...

Ahad, 26 April 2009

Angan-Angan Aku

Kadang-kadang, tengah lepak-lepak, aku ada terfikir, apa aku nak buat bila aku dah pencen. Setiap manusia mesti ada 1 impian atau perkara yang dia nak lakukan sebelum dia mati. Biasanya, masa yang paling sesuai adalah bila dah bersara. Sebabnya, satu, dah tak kerja,banyak free time. Kedua, duit adalah lebih sket sebab dapat duit pencen atau KWSP.

Aku pulak, teringin sangat nak mengelilingi Malaysia naik basikal. Mengembara tengok kampung, hutan dan sungai. Tapi basikal aku tu canggih la. Ada solar power, laptop dan gps dan sebagainya. Mungkin boleh dibuat 2 seat, 1 untuk wife aku. Bila malam, berenti kt mana mana yang sesuai, diri kan khemah. Tengok tv guna power yang dicaj dari solar cell. Bukan tak mampu duduk kat hotel, nak adventure sikit.

Tapi tak tau lah aku berkesempatan ke tak. Yela, mana tau, bila dah tak keje, dah tak larat nak bawa basikal dah. Nak buat sekarang, ada komitmen lain. Tah la.

Birthday Cake Yang cair

Aku dapat pengajaran, jangan sesekali men4nggalkan cheese cake di dalam kereta untuk jangka masa yang lama. Kalau tak, jadi la macam kek aku. Cair..

Jumaat, 24 April 2009

MCMC Di Bawah Menteri Penerangan,Perpaduan, Budaya dan Seni ?

Pelik kan?! Bila pulak art and telecommunication boleh duduk sebangku. Pening-pening.

Hari Lahir Aku


Yes,i am old . Ahad ni dah 29 tahun dah. Tapi walaupun dah hampir ke 30 tahun, aku tetapi rasa muda (perasan). Sebabnya, kalau aku pergi ke kaunter bank atau sebagainya, staf kaunter akan panggil aku adik. Tak tau lah kenapa. Tapi, kalau aku lalu kat kedaiRM 2, staf diorang akan panggil aku abang pulak. Tak kisah lah, tapi yang penting aku akan celebrate la serba sedikit.

Zaman kanak-kanak dulu, arwah umi aku lah yang akan sibuk buat kek dan sebagainya. Bukan aku nak puji ke apa, tapi arwah umi aku memang terer dari segi memasak dan menjahit. So, setiap kali hari jadi aku, dia akan buat kek. Kadang-kadang kek coklat, kadang-kadang kek vanila. Kek lapis dengan agar-agar pun ada.

Lepas tu, zaman sekolah menengah. Aku duduk kat asrama penuh. So, tak dapat la nak makan kek. Tapi zaman remaja ni, tak kisah sangat kek ni. Tak heran pun. Yang penting kad birthday wish dari awekz-aweks. So dalam seminggu sebelum hari jadi aku tu, sibuk lah kat tong surat kat depan bilik mesyuarat kat asrama aku tu.

Lepas sekolah menengah, masuk universiti dah. Time ni agak menyedihkan sikit. Kalau celebrate kat rumah, ibu aku adalah lah buat majlis sikit untuk sambut dengan adik-adik aku. Tapi kalau masa kat Universiti, takde lah nak celebrate mana. Biasanya aku pergi beli cup cake kat kedai, pastu pergi lepak kat bangku kat taman UTM tu. Celebrate lah sorang-sorang. Awek takde la katakan. Lagipun, nak beli kek besar, duit takde. Beli la twisties dengan coke setin. Simple.

Time kerja, aku tak berapa ingat sangat kot. Rasanya tak celebrate pun. Memadai dapat sms dari famili. Sibuk sangat kerja. Pastu, kahwin, lain lah sikit. Dah ada special someone. So setiap Hari lahir aku dan juga dia akan disambut. Biasanya beli kek. kalau tak pun beli hadiah je.
Itu ajelah...
Hepi Besday untuk diri aku sendiri.!!!

Kenapa Lelaki Selepas Kahwin Malas

Siapa cakap lelaki, bila dah kahwin jadi malas?Aku la. Sebab aku memang malas pun. Tapi takde la semua perkara aku malas. Adalah perkara-perkara yang aku rajin. Tapi isu yang nak aku cungkil di sini adalah kenapa.?Mesti ada sebabnya.

Di zaman bujang aku dulu, boleh dikatakan aku ni jenis rajin juga lah. Maklumlah, duduk sekolah asrama penuh dulu. Semua kena buat sendiri. So, bila dah besar, kira rajin lah juga. Of course la, kena basuh baju sendiri, basuh pinggan sendiri, lipat baju sendiri. Aku ni, jenis pengemas lah juga. Kurang-kurangnya, katil aku, selimut berlipat, baju aku pun berlipat. Aku paling suka memasak. Kadang-kadang aku bereksperimen dengan masakan. Kalau tak sedap pun, aku makan sendiri, takde orang lain nak komplen.

Bila lelaki kahwin, mula-mula tu, memang dia rajin lagi. Tapi, masuk setahun dua, dah mula malas dah. Malas masak, basuh baju, kemas rumah. Semua isteri buat. Kenapa ? Setelah aku fikir-fikirkan, mungkin aku ada jawapannya.

Aku rasa mungkin lelaki jadi malas sebab lelaki tak nak berbalah. Macam ni, lelaki bila dia masak, lipat baju, jemur kain atau kemas katil, dia ada cara tersendiri. Dah biasa dengan cara tu. Tapi, bila dah kahwin, ada isteri a.k.a pemerhati yang akan tengok cari si suami buat kerja. Bila si suami masak, dia akan buat macam ni, macam ni. Tapi bila si isteri tengok macam tak berapa kena, dia akan tegur. Tapi, lelaki ni ego, dia tak boleh terima teguran awalaupun kadang-kadang dia salah. So bila, selalu sangat kena tegur, dia jadi malas, terus tak buat. Kalau dia buat jugak dan kena tegur aje, takut jadi perkara lain pulak.

Keduanya, lelaki jadi malas lepas kahwin sebab dah ada isteri. So, dalam otak si suami, dia tak perlu risau dah. Boleh bersantai-santai tengok tv. Kalau tak percaya, cuba tengok masa isteri cuti bersalin atau sebagainya. Boleh pulak si suami basuh baju, memasak, kemas rumah, siapkan anak dan sebagainya.(Tapi, kalau si lelaki a.k.a suami tetap malas jugak, memang dah dasar pemalas lah tu.). Tapi bila si isteri ada balik kat rumah, jadi malas balik.

So, itu lah agaknya sebab suami jadi pemalas. Tapi bagi aku, malas sikit-sikit tu ok la, jangan malas nak mampus. Itu nak mampus namanya. Tak saya bini orang kata. Baru lepas bersalin, dah nak suruh buat kerja berat. Apa cerita.

Tapi, paling tepat kenapa suami tak nak rajin-rajin sangat adalah, nanti si isteri bersangka buruk pulak, suami nak kahwin lagi. Kesian pulak si isteri susah hati. So, biar lah si suami ni kekal malas...

Lama Tak Berblog

Lama tak berblog, maknanya, kurang lah masa kerja aku diluangkan untuk tidak bekerja. Sebenarnya, lama aku tak tulis dalam blog ni sebab aku bahagia. Takde lah, aku bahagia, tapi bukan lah itu penyebab aku tak tulis blog.Sebenarnya, aku busy sikit campur malas. Lagipun, tak banyak perkara yang bukan rutin yang berlaku. Semuanya sama. Isu nak dicerita pun takde. Itu aje lah.

Selasa, 7 April 2009

Klasik

Inilah anak dara aku.Sharifah Al'yah Maisarah.Moga-moga jadi anak yang solehah.

Biodata
1)Nama:Sharifah Al'yah Maisarah
2)Umur:1 tahun 9 bulan
3)Nama timangan:syara, adik,kakak,alya (ikut mode dia)
4)Status:bujang
5)Cita-cita :Juruterbang
6)Makan kegemaran: Mee Sup
7)Minuman kegemaran: Susu
8)Hobi: Bersolek,baca buku

Isnin, 6 April 2009

Kenangan Zaman Sekolah

Sedang aku membelek-belek Facebook rakan satu sekolah, terjumpa lah gambar aku zaman sekolah-sekolah dulu. Teringat kenangan zaman ni dimana dalam otak masing-masing, masih takde lagi benda-benda tercemar masalah dunia ni. Yang ada hanya keazaman untuk belajar dan juga watak-watak komik hong kong.Simple nya lah kehidupan zaman tu...


ps:aku berdiri atas, 5 dari kiri


Zaman Sekolah Menengah

Sedang aku membelek facebook member zaman sekolah dulu, terjumpa lah gambar zaman-zaman dulu. Zaman tingkat 1 dulu. Kelakar la pulak. Zaman dimana dalam otak masing-masing masih fresh lagi. Takde masalah-masalah duniawi. Yang ada hanya watak-watak komik dan juga ilmu-ilmu yang tengah dipelajari...Best betul zaman tu.


Aku atas,5 dari kiri.

Ahad, 5 April 2009

Jalan-Jalan Negeri Melaka

Lambat lagi, tapi kena plan awal-awal. Konon-kononnya nak ke Melaka Bandaraya "Bersejarah". Rancangnya dalam bulan 5 nanti. Lepas Melaka, terus balik JB. Bukan nya apa, saja nak ke Melaka sebab nak ke water theme park. Kat Pantai timur ni takde lagi. So kena pergi tempat orang. Smbil-sambil tu, boleh la jalan kat bandar dia.

Apapun, diharap takder aral melintang. Semoga jadi hendaknya...

Khamis, 2 April 2009

Adik Aku Pregnant Pengantin Baru

Macam tajuk di atas, adik aku baru tau dia dah preganant. Aku pun tumpang gembira. Yelah, rezeki dia. Yang penting, rezeki tuhan jangan ditolak. Nanti kalau ditolak, buatnya tuhan tak bagi dah masa kita nak rezeki dari Nya, susah pulak jadinya.

Apa-apa pun, dah pregnant kena la hati-hati. Benda sensetif ni, kena berlembut. OK la,..