Jumaat, 22 Mac 2019

TERINGAT

Being away from the one we love, selalunya akan membuatkan kita, atau, sekurang-kurangnya aku, mempunyai ruang untuk mengingatkan diri aku, betapa aku menyayangi mereka dan betapa aku tidak boleh hidup dengan normal tanpa kehadiran mereka. Ya, itulah yang dinamakan rindu.

Rindu kepada isteri, kepada anak-anak. Merupakan rindu yang sangat ikhlas. Hadir tanpa perlu diminta, menngalirkan air di mata, ataupun, menghadirkan mimpi dalam tidur.

Kakak Alyah, manja dan penyabar. Cinta mati pertama aku. Tak malu untuk memimpin tangan walidnya. Tak lekang setiap malam mencium tangan walidnya dan sentiasa menghulurkan dahi  dan pipi untuk walidnya kucup sebelum dia masuk tidur di biliknya. Ya, dugaan busuk dunia ini akan menunggu kakak, tak sabar untuk menderaikan harapan dan hati kakak. Tetapi walid akan sentiasa di sisi kakak, memimpin, mendukung, mengangkat kakak tatkala kakak tersadung dalam menuju impian kakak. Walid akan sentiasa menjadi jalan pulang jika kakak merasa sesat. Walid akan sentiasa menjadi penyelamat kakak.

Aysh budak bobot walid. Cinta mati terhomeh aku. Sangat rindu pada dia. Story teller dan penceria ketika hati sedang lara. Agak lain dari kakaknya, sentiasa menzahirkan rasa cintanya dia melalui pelukan, kucupan dan ucapan sayangnya. Sangat pandai mengambil hati walidnya. Pencair hati yang sangat pakar. Besarlah menjadi wanita anggun yang aku sentiasa bayangkan pada seorang wanita. Aku tau, dia akan membesar menjadi wanita yang berdikari. InsyaAllah, kejayaan akan bersama-sama Aysh dan juga kakak.

And my wife. Ramai lagi wanita yang lebih baik daripada dia. Yang lebih, putih, lebih tinggi, lebih slim dan macam-macam lebih lagi di luar sana. Tetapi, dialah sebaik wanita untuk menjadi isteri aku. Dialah susah dan payah aku. Dialah senang dan lenang aku. Dialah dunia aku. Dialah bebanan aku, dialah jugalah yang memudahkan aku. Dialah yang akan menarik aku ke neraka dan dia jugalah yang akan memapah aku ke syurga. Memang, dalam perkahwinan, rasa sayang ada turun naiknya, sama seperti iman, ada tinggi rendahnya. Tetapi, ianya tidak akan sesekali hilang. Ianya akan kekal sampai bila-bila.

Begitu lah...keterpencilan diri, membuat kita teringat dan berfikir. Betapa jalan cerita kita ini telah tersedia, lama sebelum kita melaluinya sekarang. Yang penting, hargailah insan-insan disepanjang perjalanan kita ini. Dan berbuat baiklah kepada mereka. Kerana kita juga akan menjadi sebahagian cerita dan jalan hidup mereka.

Sekian..bebelan kali ini.