Khamis, 31 Disember 2009

AMARAH

Marah, satu perasaan yang boleh menyebabkan manusia jadi tak keruan. Aku pun marah. Marah pada seseorang. Tapi tak boleh marah dia. Sebab, penyebab aku marah tu mungkin tak dapat diterima oleh orang tu. Sebenarnya bukan marah kot, tapi bengkek. Atau bad mood. Ntah lah, orang marah jadi singa, aku marah jadi memerang, muka momot, senyap.

Marah ni pulak satu hal. Nak tahan marah satu cerita, nak cari punca marah pun kadang-kadang cerita lain pulak. Aku ada bagi hint suruh buat ini,itu untuk bagi aku tak marah. Tapi, tah la. Biar aje lah. Lama-lama, hilang lah marah. Atau pun aku cari orang yang aku tak marah.

Ikut la labu...

Rabu, 30 Disember 2009

Aksi Alya Maisarah, Si pendera Kucing



Dah la pakai baju macam lelaki. Dengan lagak gangsternye. Habis di deranya kucing belakang umah aku tu. Tengok lah sendiri.

Bosan

Bosan gila rasanya. Lama tak update blog sebab takde masa dan takde idea. 2009 dah nak habis, tapi macam biasa je rasanya. Takde apa yang gempak pun berlaku dalam 2009. Orang lain ada yang naik jadi manager, dapat orang rumah, dapat baby lagi dan macam-macam lagi lah dalam 2009. Tapi aku, macam biasa je. Tapi aku bersyukur sebab takde perkara buruk yang berlaku. Ada orang, bercerai la, hilang mak, hilang ana, hilang kerja. So bersyukur la kan?

Takde apa la cerita.dah la.

Rabu, 16 Disember 2009

Minggu Tanpa Kisah

lama tak tulis blog. Bukan apa, takde cerita. Patut pun cerita melayu tak best. Habis, real life pun takde cerita. So, penulis drama pun takde idea nak tulis cerita apa. Kena import hindustan, baru cerita melayu jadi sedap. Habis, aku nak ambil hindi mana pulak.
Melalut.
Selain melayan kerenah alyah yang asyik dengan ayat thank you bos nya, kena layan jugak kerenah uminya yang nak sambut besday nya esok. Hepi besday yang. Esok kita pergi beli kek ok.
Selain tu, cerita kerja memang tak habis-habis. Tapi tak kisah la. Boleh cerita di kedai kopi. Oh ya, lupa pulak, aritu, aku pass CCNA exam. Pass cukup makan. Tapi, claim pegi kl masyuk...
Itu aje la kot. Ada isu lain nak tulis, tapi nanti la kot.

Sabtu, 12 Disember 2009

Musim Kahwin

Musim kahwin datang lagi sana-sini orang menjemput. Yang berpeluh ketiak, bukan aje pengantin lelaki yang tengah gabra nak akad nikah, tapi aku yang kena berjalan tengah panas nak ke rumah pengantin. Ala, takpe la. Malaysian kan penuh semangat kunjung mengunjung. Hari ni, dia kahwin, aku datang rumah dia. Sok-sok aku kawin, dia plak datang umah aku. Eh, bukan ke aku dah kawin...koi,koi,koi!

Sabtu, 28 November 2009

Best Nya Kalau Aku Dapat Dia...

Sebelum tido ni, aku ada la terfikir benda-benda yang bodoh2 tapi boleh diambil idea dan ikhtibar. Ye la, aku ni sebagai lelaki, selalu la berangan, bestnya kalau dapat kawin dengan sipolan bte sipolan. Slim melim, bergetah, cute mute dan sebagainya. Padahal wife aku ada tercongok kat sebelah. Ala, biasa la, lelaki, dah tabii nya begitu. Yang difikirkan, bila dapat yang diidamkan, maka ending nya,"live happily ever after". Tapi sebenarnya, takde la macam tu.
Yelah, cuba bayangkan, si Nora Danish yang aku rasa takde tandingan dah kiranya ke"best"an nya, boleh kena cerai dengan suami dia. Apa lagi yang tak cukupnya...
So, apa sebenarnya yang lelaki nak? Tahler...tapi yang penting bukan yang nampak lahiriah sahaja jawapannya. Bagi aku, apa yang aku nak pada seorang wanita, ada pada isteri aku. Mungkin tak sempurna, tapi aku terima. Yang takde tu, dibayangkan aje la ada. Lagi pun, aku ni sape nak minta lebih-lebih. Kalau Bratt Pitt takpe la...
Apa pun, nak berangan tak salah. Yang penting, jangan lupa iron baju kerja...isnin dah kerja.

Cuti-Cuti Di Pulau Langkawi

Alhamdulillah, akhirnya sampai gak aku ke rumah setelah bercuti 3 hari 2 malam kat langkawi. Ok la. Tapi memandangkan dah 3 kali aku pergi langkawi, so macam agak kebosanan sikit la. Ditambah pulak aku demam. Lagi la pulak.
Tapi, still aku sekeluarga mikro aku ni berjalan-jalan kat langkawi tu. Dengan kereta sewa iswara yang macam nak roboh tu, sampai jugak la aku ke kereta kabel. Respek si alya. Dengan tak gayat dan tak penat menapak anak tangga,selamba je dia. Tapi bila balik bilik, terbongkang tidur.
Best jugak resort TM. Ada kolam dan taman mainan. Anak aku rambang mata tak tau nak main yg mana satu. Lastnya, tengah dia mandi,dia boleh naik pergi main gelongsor dengan seluar basah kuyup. Jarak lebih kurang 5 meter je dari kolam.
Ni dah sampai kampung. Semua kepenatan. Terutamanya aku la sebab full time driver. 10 jam drive tu.Esok nak korban pulak. Ok la. Salam...

Rabu, 18 November 2009

Otak Dah Berkarat

Fuh!!Nampak sangat dah tua aku ni. Kursus ICND seminggu, macam masuk sekolah semula. Penat giler. Otak pun penat. Macam mana la nak sambung study.Kelas dari 9 pagi sampai 5.30 ptg. Memang penat.

Tapi syok juga kelas kat TTC ni (TM Trainning college). kolej swasta la katakan. Aweks pun swasta la jugak. Meleleh ayaq lioq menengokkan nya. Lari ilmu dalam kepala.Huhuhu. Habis tu, awak pakai macam nak tersembul, nak tersembul jugak la mata kawan ni nengokkannya. Nasib baik aku ni dah kawin. Sikit-sikit ingat si alyah dengan umi dia. Setakat cuci mata aje. Tapi kawan pun, ada yang mahalnya. Pass card start dengan S. Bukan N atau C atau sebagainya.Ceh,ceh,ceh...

Jumaat ni ada Test. Ni tengah study la kononnya. Study kat blog...

Cerita Kedai Kopi

"Masing-masing ada masalah sendiri. Masalah dunia, masalah peribadi.Luahkan, jangan simpan dalam hati, boleh cerita di kedai kopi.."-Malique.

Selasa, 17 November 2009

Nescafe O

Penangan nescafe o kedai siam tadi menyebabkan aku tak boleh tidur malam ni.Sambil layan lagu zee avi,teringat pulak fidah kat umah bersama alyah.Mesti tengah nyenyak tidur. Betul lah kata orang, sayang isteri tinggal-tinggal kan. Ye la,kalau selalu je bersama, time bila nak rasa rindu. Tah la,macam zaman bercinta dulu pulak rasanya. Huhuhu. Layan jiwang la pulak. Macam mana la agaknya member-member aku yang kena tinggal suami/isteri berbulan. Ish,tak sanggup aku...
Tapi,apa-apa pun,yang penting, bak kata malique" Jangan bimbang sayang,di mana ku berada, dengan siapa ku bersama, diriku tetap kau yang punya".

Jujur

Susah betul untuk menjadi jujur dan juga untuk mendapatkan kawan yang jujur. Dan juga menerima kejujuran dengan seadanya. Aku ni jahat ke? Nakal kot. Ala ustaz akhil pun nakal apa. Biasa la. Tapi aku macam dapat pengajaran baru-baru ini supaya berpada-pada la untuk jujur pada orang. Tak semua orang jujur pada kita...

Jumaat, 6 November 2009

Seminggu Di Kuala Lumpur

Seminggu di Kuala Lumpur. Cukup untuk buat aku respect pada warganya. Jem, stress, debu, panas dan kesibukan manusia cukup untuk membuatkan aku merasa loya. Kehidupan aku jika aku masih lagi di Kuala Lumpur sama seperti tidak hidup. Walaupun aku pernah hidup di bandar ini buat suatu masa dulu, tapi ia cukup buat aku serik untuk ingin hidup di sini lagi. Keluar rumah ketika matahari belum muncul dan sampai di rumah ketika matahari dah hilang. Masa yang tinggal untuk bersama famili....tiada.

Sekali lagi, aku tabik warga Kuala Lumpur. Ketabahan hati anda amat dikagumi.

Selasa, 20 Oktober 2009

Apa Yang Tak Terucap

Aku baru baca blog kawan aku pasal luahan perasaan dia yang berkaitan dengan suami dia (aku agak la). Membuatkan aku terfikir berkenaan diri aku.

Lelaki ni dalam rumahtangga, teramat besar kuasanya, sebaris kata-kata dari suami, boleh membina rumah tangga atau menghancurkan rumah tangga. Aku bersyukur sebab aku ni jenis tak banyak cakap. Banyak benda yang aku bernasib baik sebab aku tak luahkan dan hanya simpan dalam hati.

Dalam rumah tangga, mesti ada up down nya. Bila down, aku tak bising, hanya diam kan diri sebab aku tak suka nak bercakap banayak. Tapi bila aku fikirkan sekarang, benda-benda yang aku marahkan tu sebenarnya takde apa la sangat dan nasib baik aku tak luahkan. Sebab, aku rasa kalau aku luahkan pada isteri aku, mungkin aku membujang sekarang. Padahal perkara yang menyebabkan masalah tu, kecik aje. Tapi walaupun kecik, boleh meleret-leret jadi besar.

Mungkin sebab tu la aku ni dijadikan pendiam, sebab aku ni pun sebenarnya panas baran. So, walaupun panas, panas aku kat dalam hati aje. Nanti bila dah sejuk, ok la tu.
Betul ke....Entah la.

Apabila Anak Aku Tiba-Tiba Diam

Minggu lepas, aku balik kampung kat Chini. Si alya Maisarah memang la suka sangat sebab dapat jumpa nenek. Nenek pulak manja kan dia. Jadi ekor nenek la dalam 2 hari tu. Nenek pergi mana je ,ada aje yang mengikut. Ada sekali tu nenek dia pergi masak kat dapur. Tapi si alyah ni tak ngikut. Duduk dalam bilik nenek, nak tengok tok walid dia yang tidur sebab demam. Tiba-tiba dia diam aje duduk dalam bilik. Aku pulak sibuk baca aruto kat internet. Umi dia tengok TV.

Bila nenek dia dah habis masak, nenek dia pun masuk lah bilik sekali, aku dengar nenek dia gelak sakan. Bila aku tanya, mak aku suruh tengok sendiri. Ini lah rupanya, si alyah ngerjakan bedak si nenek dia. Habis satu rumah gelak...

So kalau tiba-tiba anak korang diam sensorang duduk dalam bilik, baik la pergi tengok. nanti habis pulak korang punya perfume,bedak atau lipstik.



Jumaat, 16 Oktober 2009

Kena Ceramah

Adoi, tadi kena ceramah jap dengan kawan aku. Bagaimana dia dan aku kena berubah kepada yang lebih baik. Terima kasih kawan. Aku pun sama, tengah berubah untuk jadi lebih baik. Jadi suami,walid, kawan dan pekerja yang lebih baik. Tapi kadang-kadang, tak terlepas nakalnya. Masih budak lagi aku ni sebab masih suka tengok kartun. Kadang-kadang ngorat sana, kadang-kadang pandang sini. Tapi yang penting, aku berusaha berubah jadi baik untuk diri aku dan tuhan. Bukan untuk isteri aku tengok, kawan aku atau bos aku nilaikan.

Dalam hidup ni, ada turun naik, kadang-kadang kita baik, kadang-kadang kita jahat. Tapi yang penting kita ada niat nak jadi baik. Tul tak..

Teringat Kawan lama

Semalam tah kenapa. Aku boleh teringat plak kat best pren lama masa kat UTM. Ridwan, best friend time susah dan senang. Yang buat aku teringat tu adalah pasal kisah cinta agung dia dengan sorang budak tu. Dia memang suka la kat budak ni, tapi budak tu suka kat orang lain. Tapi best pren aku ni sanggup tunggu dan sanggup jadi tempat luahan perasaan kalau budak tu gaduh dengan bF dia ke apa. Tapi bagi aku la, best fren aku ni lagi layak untuk dia. Dah la baik, penyabar. Cuma tak cukup tinggi je. Tapi tu lah pasal, dah jodoh. Last nya, tadi aku call si due tu, rupanya, budak pompuan tu kawin dengan orang lain. Cis... Rugi la dia tak kahwin dengan due. Bukan sekadar barang baik aje, yang penting sebab Due tu best pren aku.HAHAHA...Kalau best pren aku, memang SIRIM iktiraf hanya 5% beras hancur.

Alyah Maisarah Demam


Nampak nya, setelah lama tak demam, anak aku demam semula semalam. Tiba-tiba maghrib semalam, boleh panas pulak badan dia. Dah la aku kat Lipis. Nasib baik umi dia terer menanagani situasi macam gitu. Demam nak naik bulan agaknya.

Lepas makan ubat, tak kurang pun panasnya. Lepas masuk ubat buntut tu, baru la ok. Itu pun puas nak tunggu dia tidur. Dah tidur baru lah aku pun boleh tidur....

Isnin, 12 Oktober 2009

Zaman Sekolah Menengah


Bila tengok gambar zaman sekolah dalam facebook kengkawan, kadang-kadang tersengih sorang-sorang. Tak sangka aku yang macam tu masa tu boleh jadi aku yang macam ni sekarang. Sekolah banyak beri kenagan dan pengalaman pada aku. Sekolah berasrama penuh pulak tu. Separuh dari masa aku nak meningkat remaja berada dalam sekolah tu. Kenangan masa zaman sekolah rendah kurang sikit. Mungkin sebab ada kenangan tak berapa best masa aku darjah 6 menyebabkan kenangan sebelum-sebelum tu tak berapa clear.
Kat sekolah menengah ni lah aku dapat ilmu dunia dan ilmu akhirat. Ilmu betul dan ilmu sesat. Pengajaran yang nak jadikan aku manusia dan nak jadikan aku setan. Macam-macam. tapi aku dalam banyak-banyak hal, aku rasa gembira sebab pernah merasai 40hari solat lima waktu berjemaah. Yelah, masa form 1 wajib berjemaah. kalau sekarang ni, tahla...
Apa pun, tq SMSS. Jasa mu sentiasa dikenang

Jumaat, 2 Oktober 2009

Selamat Hari Raya

kui,kui,kui...Dah lama raya, baru nak ucap selamat hari raya. Raya dah lama lepas, tapi suasana nya, sama je. Maklumlah, umur dah melayut, perasaan gembira beraya tak semeriah masa kecik-kecik dulu. Masa kecik-kecik dulu, Raya memang best, duit raya, bunga api, kuih raya,pergi jalan dan sebagainya. Bila dah besor panjang buncit ni, nak kena pikir budget raya, nak drive kereta jauh-jauh, nak jaga anak main bunga api dan sebagainya. Nak pergi rumah orang tu, orang ni. Penat.

Raya ni, bagi aku, umpama satu tour. Masa ni lah nak pergi rumah saudara mara yang tak pernah atau setahun sekali kita pergi. Dulu masa kecik, kita pergi dengan mak bapak kita, dah besar ni, kita pergi sendiri sebab maklumkah, kita kan dah ketua keluarga. Jumpa orang nak cium tangan ke idak, orang ni sape pulak orang ni makcu ke mak ndak. Perkara-perkara yang mengconfiuskan yang boleh menyebabkan aku skip melawat umah diorang.

Aku ada 2 mak, 1 mak ada purata 5 adik beradik. Arwah mak aku, ayah dia kahwin 2, so mak and pak sedara aku ada berbelas. Campur semua sekali, dekan 20 lebih mak/pak sedara. Bila jumpa tak kenal pun. Bila salam je, cium aje tangan. silap-silap cium tangan sepupu...huhuhu.

Open house tak buat lagi. Ingat nak buat sambtu ni. Aku bantu wife aku je. Aku tak jemput orang pun. Wife aku yang jemput. Sape nak datang, datang la

Khamis, 24 September 2009

Selasa, 15 September 2009

Adik Aku Dapat Baby

Alhamdulillah, adik aku si Yati selamat melahirkan anak sulung lelaki dia pada Sabtu lepas. Walaupun selepas sehari kena operate perut untuk buang bahagian usus yang rosak, adik aku selamat melahirkan anaknya tanpa sebarang komplikasi. Anak dia tak cukup bulan, tapi nampaknya macam tiada masalah. masih lagi di hospital. Sebenarnya, dia pun tak sangka nak bersalin sebab ingatkan nak buang air besar je. Dan mungkin juga sebab dia diberi morfin untuk menghilangkan sakit bekas pembedahan sebelumnya yang menyebabkan dia tak rasa sangat sakit nak bersalin tu.

Apa-apa pun, tahniah pada dia dan suami yang setia menunggu dia kat hospital sejak 2 minggu lalu. itu lah dugaan nak mendapat zuriat. Dan aku pulak, dah dapat anak saudara baru dah. Kena tambah budget duit raya la nampaknya tahun ni.

Selasa, 8 September 2009

Adik Aku Masuk Hospital

Lama tak tulis blog sejak kes hari tuh. Takde apa yang baru. Cuma adik aku masuk hospital, gastrik katanya. Tapi dari selasa lepas sampai hari ni tak ok lagi. Dah tu hari ni katanya nak operate, suspect usus luka dan bengkak. Adik aku dari mula masuk hospital sampai sekarang puasa (tak makan apa-apa langsung) , cuma masuk air je. Minta-minta ok la semuanya sebab dia tengah pregnant 7 bulan tu. Anak sulung pulak tu.

Rabu, 2 September 2009

Pelajaran Paling Berharga

Minggu ni aku berpeluang mempelajari pengalaman paling berharga dalam hidup aku sebagai pekerja. Pertamanya, sarang tebuan jangan dijolok. Kalau dijolok juga, nak cari penyakit namanya. Kedua, kalau nak menegur, tegur dalam hati sahaja. Itu yang termampu. Ikut saranan nabi. Ketiga, sebelum ambil keputusan membuat sesuatu tindakan, pikir famili dulu. Aku bukan ada syarikat, bisnes atau apa-apa jika ditakdirkan jadi apa-apa pada aku. Gaji aku sebulan, cukup untuk bayar perbelanjaan aku sebulan, bukan setahun.Jika memudaratkan, tak perlulah dilakukan. Dan akhir sekali, jodoh, rezeki dan ajal maut semuanya dalam tangan tuhan...

p/s: lepas ni takde lagi entri pasal kerja, jadi, tak perlu monitor blog ini.

Selasa, 25 Ogos 2009

Alyah Yang Nakal


Semakin besar rupanya, semakin nakal si Alyah ni. Bukan nakal apa, keras kepala (macam Che Angah dia agaknya...huhu). Kalau kita cakap, buat dek aje. Kena tunjuk rotan baru nak dengar. Satu yang aku perasan kalau dengan aku dan wife aku, mesti nakal sangat. kalau dengan adik aku, menurut perintah je, tak tolak langsung apa yang adik aku cakap. adik aku selalu jugak ambil dia bawa balik rumah dia. Pergi shopping la, apa la. tak nakal langsung. Jalan pimpin tangan. kalau dengan aku pergi jalan, habis satu shopping mall aku kena kejar dia.

Tu la pasal, kalau nak keluar, kena pikir 2-3 kali. larat ke nak mengejar nanti. Tapi, itu la budak-budak. Walau macam mana pun kita ajar dia, kalau budak-budak tu, budak-budak juga lah. Tak kisah lah, baru lah ceria hidup ada diorang ni. Tahun depan lagi la pulak, ada team baru, dapat 2 sepupu baru. Lagi huru hara lah rumah Nenek...

Khamis, 20 Ogos 2009

Ulang Tahun Perkahwinan

19 ogos, merupakan tarikh keramat bagi aku. Dimana tarikh yang mengingatkan zaman ke-bujang-an aku tamat. Tiada lagi "kuda liar" wild stalion bak kata nik joe dalam diri aku. Tarikh tersebut merupakan tarikh ulang tahun perkahwinan aku (dan tarikh road tax kerata aku mati). Tahun ni, dah 3 tahun aku mendirikan rumah tangga. Walaupun kadang-kadang bergegar dan bergoyang, ianya masih utuh. Yang mana kurang aku cuba baiki. lagi pun dah ada engineer alya masisarah sorang ni, makin utuh lah rumah tangga aku ni. tapi kadang-kadang, ada gak tsunaminya. Biasa la tu.

Aku dapat perfume, wife aku pun dapat perfume.Tapi 2-2 dia bayar...Diharap tahun depan, akan ada lagi 1 entry ulang tahun perkahwinan aku. Dan mungkin tahun satu lagi, dan tahun selepasnya, dan selepasnya dan selepasnya....

Isnin, 17 Ogos 2009

Kenangan Dengan Arwah Umi

Ntah kenapa, teringat pulak aku pada arwah umi aku. Mungkin sebab bulan puasa kot. Aku teringat macam mana umi aku mengajar aku adik beradik tentang kehidupan. Satu perkara yang pernah umi aku ajar adalah berkenaan mengambil hak orang lain tanpa kebenaran atau mencuri.

Masa aku umur 4-5 tahun dulu, aku jumpa duit 50 sen kat atas jalan masa balik dari kedai. Bila sampai di rumah, aku tunjukkan pada umi aku duit tu. Umi aku berfikir sejenak. Lepas tu baru la dia bercakap. Katanya, aku tak boleh ambil duit tu, orang lain punya. Sebagai budak-budak, aku tak dapat terima kata umi aku tu sebab nilai 50 sen begitu besar bagi budak 5 tahun. Tapi umi aku bagi contoh, cuba bayangkan duit tu,ayah pada budak yang sakit, duit tu nak beli ubat. Nanti macam mana dia nak beli ubat? Ikutkan logik, 50 sen nak beli ubat apanya. Lagi, kalau aku tak ambil duit tu, orang lain ambil. Tapi logik budak kecik lain. Bila ada perasaan kesian, diorang boleh terima. So, aku pun pergi ke tempat aku jumpa duit tu, aku pun letak balik syiling tu. Walaupun dalam hati rasa berat, tapi aku gembira sebab orang tu boleh beli ubat untuk anak dia?.

Kreatifkan? Ibu kita mengajar kita. Bukan dengan cara menakutkan seperti potong tangan dan sebagainya. Tapi dengan cara supaya kita sedar kesan perbuatan kita pada orang lain. Alhamdulillah, selain peristiwa aku curi duit rm 50 walid aku masa umur 6 tahun, aku tak pernah mencuri hingga sekarang (seingat aku la). Kecuali, curi tidur, curi tengok, curi masa, curi dengar...

Separuh Dari Kehidupan

Beberapa minggu ni, aku memang tak bermotivasi dalam bekerja. Semua kerja dah terlalu rutin hingga dah jadi sebahagian aktiviti bawah sedar otak aku dah. Dah macam bernafas, tak sedar pun benda tu berlaku, tapi ianya berlaku. Lagipun, kerja macam mana pun, jangan mimpi kpi 4.

Lupakan kerja, tahun depan, aku dah 30 tahun, mungkin separuh hayat aku telah dihabis. Tapi aku macam terpinga-pinga tentang tujuan hidup aku dan apa yang telah aku capai. Mungkin orang akan kata aku patut bersyukur sebab ada kerja tetap dan famili, tapi aku masih rasa...tak cukup. Ya kestabilan boleh menyebabkan kebosanan. Tapi aku kadang-kadang aku cemburu melihat rakan aku yang sedang mengecapi kejayaan dalam perkara yang mereka minati.

Aku pulak,tak tau la. Memikirkannya pun boleh menyebabkan aku bosan. Orang cakap, 30 adalah umur paling last kalau nak buat apa-apa perubahan. Lewat dari 30, aku akan lekat dengan apa yang aku buat sekarang untuk 25 tahun akan datang. Adoi...

Rabu, 12 Ogos 2009

My Day

Ha, apa H1N1? Takpe lah, nak tengok GI Joe (boleh ke cakap macam tu). Hari ni aku cuti tengok GI Joe. Saja ambil cuti dan pergi tengok tengah hari buta sensorang. Sebab selamat. Ada 4 orang aje yang tengok. 2 (couple) duduk kat bucu (buat wayang sendiri), sorang bucu sebelah sana. sorang kat depan (rabun kot sebab depan sekali), aku duduk tengah-tengah. kalau ada H1N1 pun, susah nak jangkit sebab duduk jauh-jauh.

Best ke, boleh la. Tak sebosan Transformer. habis cerita, pergi office jap. Sebab banyak sangat miscall. So check email. takut ada urgent ke apa. Pastu, ni nak balik dah.

Isnin, 10 Ogos 2009

Tak boleh tidur la pulak. Dah pukul 2 pagi ni. So layan blog. Baru baca blog kawan yang keje kat unit trust. Tak sangka dah besar, masing masing jadi orang yang lain daripada apa yang disangka.

Aku masa zaman sekolah dulu, bajet nak jadi pilot, alih alih jadi technical support. Tapi, tak kisah la, kurang kurang aku dah cuba. Tak pass 2nd test. Kalau tak, bawak kapal terbang la aku jawabnya. Tapi mungkin ada hikmah disebaliknya. Takut nanti kuar vcd aku yang terlampau pulak. Naya.

Dulu, zaman sekolah dulu, ada la seorang hamba Allah ni yang gangster ala-ala sarip dol. Dipinjamnya walkman aku sampai lunyai. Aku waktu tu macam nerd sikit. Biar kan aje la. Tapi silap la, time belajar dulu, 40 hari tak tinggal berjamaah. So apa yang aku cakap, jadi kat budak tu. Baru ni jumpa kat giant tanya aku ada kerja kosong tak. Aku ambil 2-3 saat menikmati saat tu. Tuhan maha adil. Bukan nak riak ke apa, cuma rasa macam puas. Tapi kesian juga. So aku cuba jugak bantu. Tapi tak dapat nak bantu sebab dia takde diploma atau degree.

Bila dah beso, masing dah jadi orang berguna. Tak sangka, zaman sekolah dulu nakal, dah jadi polis dan ustaz. Itu lah takdir dan rezeki. Betul la kata orang, sekolah ni, tempat berkumpulnya para bakal cendikiawan, usahawan, negarawan, ahli politik dan juga penjenayah. Cuma diorang je yang tak tau.

Jumaat, 7 Ogos 2009

Cakap-cakap Politik

Well, it's time to talk politic. Cewah-cewah. Takde lah, saja buang masa bincang pasal isu yang semua orang tengah hot bincang ,masa sekarang, politik. Aku takde lah aktif politik pun. Alangkan KRT Taman aku pun aku join, ini kan pulak nak aktif politik. Tapi, walaupun aku tak aktif politik, tapi aku tetap ada fahaman politik. Terus terang aku cakap, aku pro kerajaan. tapi tak banyak, dalam 52-48. Tak payah lah aku cerita kenapa aku pro Gov. Cukup lah untuk aku aje yang tau. aku cuma nak ceritakan apa kesan politik pada aku.

Sebenarnya aku didedahkan pada politik seawal sebelum tadika lagi. Masa aku kecik, ada 2 hari je dalam 4 tahun yang orang akan datang ramai-ramai kumpul di rumah aku sampai pagi. Iaitu bila Piala Dunia dan pilihanraya. 2 hari ni aku dibenarkan tidur lambat sampai pagi. Tapi selalunya pukul 1 aku dah tidur. iyelah, umur 4-5 tahun, mana la larat nak stay sampai pagi. Walaupun aku masih kecik, aku excited tengok diorang. Walid aku bukan lah ketua pemuda ke apa.Tapi dia penggerak pemuda kat kampung aku. So orang akan kumpul kat rumah aku utk buat apa-apa aktiviti. Pilihan raya zaman aku kecik2 dulu best. Tak macam sekarang.Tak selamat. Gaduh la,baling botol la, demo la. Dulu, bila pilihan raya, macam pesta flora. Parti masing-masing nak buat hiasan daripada poster macam kereta berhias. Contohnya, parti pas buat model kapal terbang dari poster pas . Diorangg gantungg kat pokok pauh. Esok nya, orang umno pulak buat meriam guna poster umno letak kat bawah pokok tu. Muncung meriam hala ke kapal terbang tu. Best tengok ke kreatifan diorang. Menarik bagi aku yang masih budak kecik.

Malam2 kawan2 ayah aku bincang nak buat apa. Nak buat 1 model tu bukan senang. Nak kena cari buluh,buat rangka dia.pastu kena balut dgn poster pulak tu. Pastu, nak hantar ke lokasi bukan senang. Berat. Macam tu la keadaan pilhan raya dulu. Aman dan selamat. Tak seteruk sekarang. Ganas,carut sana sini dan sebagainya. Ntah la.

Aku ni kira nya, dlm politik, bukan jenis promoter. Bila pilihan raya, aku undi.pastu habis. Tapi walaupun aku tak promote, aku masih menilai. Dulu orang cakap, kerajaan kuasai media. Tapi bagi aku, zaman sekarang, info ada kat mana2. Internet ada. Dari situ aku menilai. Tapi bila aku menilai, untuk diri aku je. Bukan untuk aku jaja pada orang lain. Bagi aku politic is politic and it is dirty. Tak kisah la sape pun orang tu, sama je. Kita rakyat marhain ni, pergi undi je. jangan fanatik sangat. Musim ni undi parti ni, kalau tak ok, musim depan tukar undi parti lain. Kalau tak puas hati juga, buat undi rosak, hati puas,tapi diri sendiri la yang rugi

Khamis, 6 Ogos 2009

Tersepit Dan Penyepit

Susah lah nak di cakapkan. Sape-sape dilahirkan sebagai anak sulung mesti tau apa yang aku rasa sekarang. Sebelah kiri ada tanggung jawab pada bini, kanan ada tanggungjawab pada adik-adik. Sebelah atas pulak ada kekangan kemampuan kewangan. Bila nak bantu adik-adik, kena tengok bini, kena tengok mampu ke tak. Ahh!!pening lah aku. Segan pulak sebab asyik adik aku aje yang membantu sebelum ni. Yelah,memang lah dia berkemampuan lebih tapi tanggungjawab sape sebenarnya.Mana tanggungjawab aku sebagai abang. Pening. Best jadi abang ipar aku, kereta orang bagi, rumah sewa murah, bini dia pun orang tanggung sambung belajar. Nak bantu keluarga dia pun tak kisah, duit banyak. Lagipun, adik-adik dia (adik beradik wife aku) pun dah besar dan siap bantu duit belanja mak mertua aku. So dia takde lah terbeban sangat untuk bantu.

Takpelah, walau macam mana pun, aku kena bantu jugak adik-adik aku. Adalah cara tu. Sebenarnya, dalam TM ni, banyak side income. Cuma aku je yang tak explore. Tengok lah nanti.

Isnin, 3 Ogos 2009

Besday Alyah

Besday anak aku 13/7 hari tu. Lupa nak upload gambar. Ni dah teringat, upload ajelah.












Anak Aku Demam Lagi

Aduhai, Anak aku demam lagi. Baru je baik demam aritu, ni demam balik. Badan dia baru nak naik. nanti mesti kurus balik. Ikut gen sape tah. kalau ikut sebelah aku, setahun (stone...kata org kedah),adalah 2-3 kali je demam. Ini, 2 minggu sekali demam. Nasib baik TM tanggung medical. takde lah perit sangat. Hai...anak punya hal. Dia lah racun, dia lah penawar...

Isnin, 13 Julai 2009

Alyah Maisarah Demam

Anak aku demam lagi.Hari ni besday dia yang ke 2, demam + cirit birit. Doktor cakap mungkin food poisoning.Malam aku n wife tak cukup tidur, menjagakan dia sorang yang asyik kekejangan perut. Respect pada wife aku yang boleh bersabar dan tak naik angin. Walaupun aku tau anak aku nangis sebab sakit, tapi kadang-kadang hilang juga sabar. So cara nak elak hilang sabar, aku sambung tidur semula. Malam tadi, pukul 4 pagi pergi klinik lagi. Nak membesarkan anak, macam ni lah pahit maung nya. Yang takde anak lagi,ada BERANI ke?!!

Khamis, 9 Julai 2009

"Prepare For The Worst"

Orang cakap, sediakan payung sebelum hujan. Dalam hidup ni, sentiasa kena bersedia untuk menghadapi perkara yang kita tak jangka yang menyusahkan kita. So, dalam tak semena-mena aku n famili telah menghadapi sesuatu yang aku rasa sebelum ini,jika ianya berlaku pada famili aku, memang kiamatlah dunia...dunia famili aku. Tapi rupanya, tak kiamat pun, hidup tetap masih macam biasa. Tapi tak tau la, mungkin kesannya belum nampak lagi. mungkin 2,3,4 atau 10 tahun lagi baru nampak. Tuhan aje yang tau.

Orang lain cakap, famili dia ada masalah, itu, masalah ini, habis pecah, huru-hara famili diorang. Bagi aku, aku rasa aku dah lalui kebanyakan masalah diorang. Setakat ni ok lagi. Bagi aku, kalau boleh, jangan fikir sangat masalah tersebut. Just lalui je masalah tu. Handle masalah tu bila masalah tersebut berlaku.

Lepas ni, tak tau la apa lagi yang akan aku lalui. Tapi satu je aku harap, supaya famili aku dan aku boleh menghadapinya dengan tenang.

tq

Khamis, 2 Julai 2009

Anak Aku Dan Imaginasi


Inilah akan terjadi bila budak-budah ditinggalkan sendirian bersama dengan imaginasi mereka. Wife aku pergi mandi, tinggal anak aku sorang2 atas katil. Bila siap mandi je, alih-alih dah ada dalam laci. Syara,syara...

Selasa, 30 Jun 2009

Kebetulan

Minggu ni perkataan kebetulan banyak kali muncul dalam hidup aku. Kebetulan yang kiranya memang betul-betul kebetulan dan akan membuatkan sesiapa tergamam atau berfikir sejenak tentang maksud sebenar kebetulan itu berlaku.

Macam dalam entry sebelum ni, aku ada bagi tau laptop aku meletup kena kilat. Lebih spesifik lagi, kejadian kilat ni berlaku di rumah ibu aku masa aku balik kampung minggu lepas. Petang kejadian, anak aku merengek bosan agaknya, jadi aku bawa dia dengan umi dia pergi jalan-jalan round kampung. Dalam perjalanan, hujan turun selebat-lebatnya. Jadi aku pun balik. Dalam perjalanan balik tu, ada kereta rosak tepi jalan, tengah hujan lebat tahan aku. Aku pun berhenti dan tumpangkan orang tu, hantar sampai rumah dia.

Sampai kat rumah aku, letrik dah takde, laptop, tv dan wiring rumah rosak. Almari adik aku siap pecah kena kilat. Malam tu walid aku call orang buat wiring untuk check kat fuse box. Sekali call, rupanya orang tu adalah orang yang aku tumpangkan tadi. So, malam tu jugak dia datang betulkan. So memang kebetulan betul. Ini yang baru dikatakan, buat baik dibalas baik.

Kebetulan yang kedua pulak, aku terserempak ex-ayah saudara aku dengan makwe dia masa pergi melawat Taman Tamadun Islam Terengganu. Bayangkan lah, dalam banyak-banyak hari, tempat dan masa, detik tu juga kami boleh berjumpa. Aku ambik cuti semata-mata nak ke sana. Tak terjangka pulak boleh terjumpa dia. Mungkin tuhan nak tunjukkan perkara sebenar. Kalau tak jumpa, mungkin tak tau dia dah ada aweks baru. Tapi dia takut, buat-buat tak nampak dan pandang tempat lain.Ntahlah.

Ha...kebetulan seungguh

Isnin, 29 Jun 2009

Laptop Meletup

Rumah ibu aku kena panah petir. Habis semua alat letrik rosak termasuklah laptop aku. Data-data yang 2-3 tahun kumpul, hilang macam tu je. Pergi kerja tanpa laptop umpama tukang gunting pergi kerja tanpa gunting. Tak tau nak buat apa. Kena mula balik. Macam baru masuk kerja. Sebelum ni ada backup data kat external hardisk. Tapi entah nape gatal sangat pergi delete.

Adoiii...

Sabtu, 27 Jun 2009

Lawatan Ke Terengganu

Semalam, aku dan wife aku dan jugak anak aku bersama ibu, adik dan suaminya jalan-jalan kat Terengganu. Saja jalan. Adik ipar aku nak shopping. Aku ngikut aje. Pergi Pasa Payang dan Masjid Kristal. Singgah kat keropok 008 sekali beli keropok. Ok la terengganu. Senang nak bergerak. Tak sesat. Syabas MPKT.









Rabu, 17 Jun 2009

Kenangan Zaman Sekolah Rendah

Tiba-tiba je aku terkenang zaman persekolahan, lebih spesifik lagi zaman sekolah rendah.Ye aku dah semakin tua, sebab tu lah kenangan zaman muda semakin banyak menampilkan diri. Zaman sekolah adalah zaman yang menyeronokkan. Takde peperiksaan yang penting selama 6 tahun. Main aje kerja nya. Aku bersekolah di Sekolah kebangsaan Seri Terentang, Pekan. Terletak bersebelahan istana Diraja pahang.

Aku teringat kembali macam mana aku, adik perempuan aku, 4 orang sepupu aku berjalan kaki sejauh lebih kurang 5 km ke sekolah. Bukan keluarga aku susah atau sebagainya menyebabkan aku jalan kaki ke sekolah. Cuma pada zaman tu,samada jalan kaki atau naik basikal ke sekolah. Tapi seingat aku perjalanan ke sekolah dengan berjalan kaki takde lah membebankan pun. Menyeronokkan , betul. Mungkin disebabkan cuaca pada masa tersebut lebih dingin dengan lebih sejuk daripada sekarang. Tak pun, mungkin masih banyak pokok-pokok yang besar merendang yang melindungi aku dari terik matahari. Entah lah. Cubalah jalan kaki 5km ke sekolah sekarang, secara automatik anda akan layak untuk masuk rancangan bersamamu.
Bayangkan 6 orang hobbit dari cerita Lord Of the Ring, macam tu lah aku rasa keadaan kitaorang. Aku dan adik aku dengan bag US Army kaler hijau dan beg punjut bekas air buatan arwah umi aku yang ada gambar love, berjalan terkedek-kedek ke sekolah bersama 4 lagi sepupu aku. Masuk kelas pukul 1.00 petang, jadi kami semua gerak dalam pukul 12 suku. Yelah, langkah budak kecik, kecik dan perlahan, kena keluar awal lah. Aku suka perjalanan ke seoklah, selain teduh sebab banyak pokok besar (selalunya kawasan istana banyak pokok-pokok besar dan tua ni), perjalanan ke sekolah ni macam satu pengembaraan. Hari ni ikut jalan ni, esok ikut jalan lain. Tapi takde lah berbeza sangat laluan tu, cuma kadang-kadang hari ni lalu depan rumah orang tu, esok lalu belakang rumah dia pulak. Macam tu lah. Dalam perjalanan tu, aku boleh dengan hembusan angin yang melanggar daun-daun pokok getah dan meliuk-liuk kan dahan pokok kempas. Suasana tenang sebab tak banyak kereta di kawasan istana. Lagi pun zaman dulu, takde benda yang nak dibimbangi sangat. Takde, indon, bangla atau myanmar yang akan cuba, untuk rompak rogol atau bunuh kami. Mak bapak pun tak risau.
Perjalanan aku melalui sebelah rumah cikgu ngajar ngaji aku, kemudian lalu jambatan, lalu tepi jirat cina yang atok aku cakap banyak harta karun dalam kubur tu. Kemudian lalui tepi kebun pokok ubi dimana aku selalu kena ambush dengan budak-budak nakal. Depan tu pulak, ada kebun getah kat tepi jalan sebelah kanan. Selalunya kitaorang berenti jap kutip buah getah untuk buat main laga buah getah. Pastu lalu tepi istana dan terus sampai sekolah.
Ish, sempoi hidup zaman sekolah rendah dulu. Imaginasi kuat memainkan peranan supaya kami gembira dengan perjalanan kami. Kalau aku boleh kembali ke masa lalu, aku nak ambil gambar dan video kitaorang masa tu. Buat kenangan masa sekarang.

Isnin, 8 Jun 2009

Happy Moment Alyah Maisarah


Cuti sekolah ni, takde apa-apa yang special pun sebab anak aku tak sekolah, aku and wife aku bukan cikgu. Life macam biasa. Tapi ada la bawa anak aku pergi jalan. Maklum la, pantai and air terjun dekat je. So, anak aku la yang paling gumbira.

Khamis, 4 Jun 2009

Bunga-berbunga-bunga

Hari ni, hati aku ceria sikit. Tak tau kenapa. Dalam kelaparan (sebab nak kurus), aku rasa ringan. Terima kasih dunia.

Selasa, 26 Mei 2009

Minggu Yang Membosankan

Minggu ni dan minggu lepas merupakan minggu yang membosankan. Hari berlalu tanpa apa-apa peristiwa yang menarik. Tetiba je dah hujung minggu. Bosan sungguh...

Selasa, 19 Mei 2009

Jalan-Jalan Cari Harimau

Ahad lepas, kawan kerja aku kahwin kat Kuala Pilah. So, memandangkan jauh perjalanannya dari Kuantan, wife aku suruh pergi KL dulu. Lepas tu bertolak dari KL ke Kuala Pilah. So malam jumaat aritu, aku dengan famili aku pun bertolak ke KL, tido umah makcik aku. Sabtu tu pergi jalan, Umi nya nak ke SOGO, tapi walid nya cadang pergi ZOO supaya Alyah Maisarah kenal binatang liar di Malaysia. SO walid lah yang menang sebab walid driver.

ZOO negara tak seperti yang aku ingati dulu. Agak tidak terurus. Tapi semua binatang masih ada, mungkin agak kurang dari segi kuantiti. Tapi Alyah pulak, jumpa seladang, disebutnya cow, zebra pun cow,rimau, singa pun cow. Kiranya yang berkaki empat dan ada rupa lembu tu,pada pandangan dia, lembu la agaknya.

Nasib baik aku pergi ZOO awal, pukul 1:30 pm. Tak panas sangat. Redup je. Sampai kat gate nak keluar tu, anak aku dah tak larat jalan dah. Berdukung. Dan dan aku masuk kereta, hujan pun turun...









Selasa, 12 Mei 2009

Memasak Sempena Hari Umi

Sempena Hari Ibu, aku pun dengan hidung kembang kempis masak special untuk wife aku. Steak kambing australia. Puas lah aku cari kat internet resepinya, last-last jumpa la resepi terimakasih pada purnama2u.com. Walaupun ada resepi, tetap jugak tak berapa menjadi. Takpe sebab boleh dimakan. Yang penting kata orang, niat di hati.Apa pun, Selamat Hari Ibu kepada Puan Rafidah Mohamad dari suami dan anak anda. Semoga jadi ibu yang paling best.

Jumaat, 8 Mei 2009

Aku Nak Masak Steak

Tengok la steak yang aku masak ni. Amacam?ok?Huhuhu. Perasan aku masak. Sebenarnya aku memang teringin sangat nak masak steak ni. So aku plan nak masak ujung minggu ni. Aku tengok bila orang Malaysia masak steak ni, kering semacam je. Tak menarik je. Kalau boleh, aku nak buat macam dalam gambar ni. Orang putih cakap, juicy. Tapi macam tak masak la pulak.

Apapun, kita tengok aje la nanti. Ni tengah cari resepi. Nati nak beli barangnya. Agak-agak nik joe tau tak masak steak ni.



Rabu, 6 Mei 2009

Hari Ibu

Selamat hari Ibu kepada semua ibu-ibu di dunia ini terutamanya ibu-ibu aku dan ibu kepada anak aku iaitu isteri aku la. Semoga jasa korang akan dibalas oleh tuhan.

Apa pun, korang semua tau tak lain negara, lain tarikh Hari Ibunya. Kalau Malaysia, hari ibu jatuh pada hari Ahad kedua bulan Mei.?!!!Tau ke..

Selasa, 5 Mei 2009

Ada Apa Dengan Hati

Sekarang aku tengah bercuti panjang kat jb. So, banyak lah masa aku dihabiskan dengan mengelamun atau dalam bahasa saintifiknya, berfikir ke dalam diri.

Aku terfikir, kalau la manusia dicipta tanpa hati, maksud aku, hati perasaan, bukan hati organ manusia. Apa lah agaknya akan terjadi pada kehidupan manusia. Semua yang difikirkan, akan terus terlontar dengan kata-kata. Mungkin peribahasa terlajak kata paling banyak disebut oleh sekelian manusia.

Tapi, pada pandangan aku, yang paling banyak terkena tempiasnya adalah hubungan perkahwinan. Mungkin kes penceraian lebih tinggi dari keadaan sekarang. Yelah, apa saja yang terfikir di kepala, akan terus diluahkan dengan kata-kata. Tak dikeluarkan ke dalam hati dulu untuk dibuat penilaian samada patut atau tidak dilafazkan.

Aku rasa, sebagai lelaki, aku banyak menggunakan fungsi hati. Terutamanya dalam perkahwinan aku. Kalau tuhan tak cipta hati, aku rasa, minggu ketiga perkahwinan aku, mungkinan dah bercerai berai.

Contohnya lah. Perempuan atau isteri suka memberi komen pada suami. Tak kira komen tu baik,betul atau salah, lelaki akan anggap seberang komen sebagai offensive. Sebabnya lelaki adalah makhluk yang ego. Sebenarnya, setiap patah kata isteri tu ada jawapannya oleh suami. Tapi semua jawapan tersebut disimpan dalam hati suami, di timbang tara samada nak dilafazkan atau tidak. Tetapi dengan kebijaksanaan 9 akal suami, biasanya, segala jawapan tersebut akan terus tersimpan dalam hati suami. So terselamatlah sebuah perkahwinan.

Contoh 1 lagi adalah, dalam memberi jawapan "ikhlas" kepada soalan isteri berkenaan dirinya. Contohnya, berkenaan masakan. Semua orang tau, masakan paling sedap bagi seorang suami adalah masakan ibunya. So bila isteri yang baru dikahwininya lebih kurang 3 minggu memasakan masakan kegemeran suami, tentulah suami secara spontan akan membanding dengan masakan mak dia. Dan jawapannya tentulah masakan mak lebih sedap. Tapi sebagai suami, tak sampai hati untuk bagi jawapan tersebut( kecuali lah suami tu chef Hell Kitchen). So jawapan suami akan dismpan dalam hati dan diganti dengan jawapan lebih "ikhlas" yang sepatutnya diberikan pada si isteri yang dah 1sejam lebih memasak. Tapi untuk si isteri, kalau pun masakan anda tak dapat menandingi masakan mak mertua anda, percayalah, masakan anda akan menjadi favret anak-anak anda.

Kalau ikutkan, banyak lagi fungsi hati bagi si suami. Tapi mesti korang semua tau punya. Aku cuma nak cetuskan bahawa betapa penting nya hati nurani kita ni. Satu ciptaan tuhan yang tak dapat ditiru oleh manusia.

Apa pun, nasihat aku, jangan pulak menyalahgunakan hati. Hati-hati menggunakan hati. Ikut hati, mati.???

Sabtu, 2 Mei 2009

Lawatan Ke Negeri Melaka Part 3






Hari ni last day aku di Melaka. So hari ni plan nak ke famosa waterworld, iaitu tujuan utama aku ke Melaka ini.

Selepas check out lebih kurang pukul 9.30 pagi, aku n famili bertolak ke waterworld. Dalam perjalanan, hanya terdapat 2 signboard waterworld. Tapi dengan bantuan gps, tiada masalah dihadapi. Sampai di waterworld pukul 10.00, orang tak berapa ramai lagi. Bayaran masuk, dewasa rm 40. 12 tahun ke bawah rm 35. Dah salin pakaian, pergi sewa pelampung. Kena beratur lama, 20 minit. Bayaran rm 10.

Pastu pergi main air. Memang best. Tak terkilan bayar mahal. Tinggal larat dengan tak larat je. Kawasan nya luas, mainan banyak. Aku main sampai pukul 1 lebih. Alyah tak payah cakap la. Dah berapa kali nak lemas, tak puas jugak main.

Dah puas main, siap untuk balik. Ingat nak amik makanan yang diberi percuma, tapi beratur punya la panjang. Malas la jawabnya. Aku n famili bertolak ke jb dalam pukul 2.30 petang. Sampai jb pukul 4.30 petang.

So, sape-sape nak pergi ke waterworld, aku syorkan lah. Memang puas hati. Tapi kena datang awal. Kalau tak kena beratur la untuk semua benda. Lokasinya tak jauh dari plus hiway. Tapi kalau dari bandar Melaka, jauh la jugak. Aku pulak, kalau nak jalan ke bandar Melaka,mungkin tak kot. Kalau datang pun, mungkin bukan waktu cuti. Tak sanggup nak lalui jam nya sekali lagi.

Apapun, selamat bercuti.