Jumaat, 20 Mei 2011

Old Home Sweat Home - Rumah Lama Aku Manis




 Sekali sekala pergi rumah adik aku (yang duduk kat rumah lama keluarga aku), terkenang kenangan lama zaman kecik -kecik dulu. Tak sangka, rupanya, rumah ni takde la sebesar mana pun. 2 bilik je. Tapi masa kecik - kecik dulu, rasa besar sangat dah. Untuk makluman, rumah ni adalah rumah kedua keluarga aku. Rumah pertama dulu, dekat Kampung Parit Lama (Parit Engku Dato), pekan. (macam la tau kat mana)

Kat beranda/anjung depan tu la arwah umi aku duduk duduk masa dia dah tak boleh jalan. Best tu, berangin je. Aritu, musim panas pun, duduk kat situ, berangin je. Sebelah kiri tangga kayu tu, port parking basikal lee run aku. Kat belebas beranda tu, tempat aku berlatih bergayut.

Masa dulu, rumah ni cantik. Ada pokok bunga dan kayu rumah pun baru lagi. Tapi bila lama dah tak duduk dan disewakan pada orang, dah tak terjaga dah. Sekarang adik aku duduk, ok sikit.

Ok lah..takat ni aje la.Untung aku, ada lagi rumah zaman kecik kecik untuk mengikat kenangan lama.Dan generasi 2 pun sempat lagi merasa duduk rumah tu...

Selasa, 10 Mei 2011

OLED, AMOLED - Apa Yang Anda Tak Tahu

Teknologi video display, Plasma -> LCD -> LCD with LED -> OLED/AMOLED. Kalau sesiapa yang gilakan TV dan selalu follow teknologi tv, mesti selalu dengar OLED dan AMOLED.

Apa itu OLED/AMOLED? Sebelum ni, bila kita pakai TV LCD, gambar atau video di keluarkan oleh skrin lcd dalam tv. Skrin ni perlu sumber cahaya dari belakang bagi memancarkan imej ke mata kita sebagai penonton. Contohnya nya, macam kita guna teropong yang ada filem gambar-gambar yang selalu kita guna masa kita kecik - kecik dulu. Ingat tak?

Bila datang teknologi LED (ada 2 jenis (full LED, edge LED), Sumber cahaya yang digunakan sebelum ni, ditukarkan dari lampu kepada LED. Ini membolehkan gambar lebih jelas sebab Led lebih fokus dan tak berkelip. Susunan LED pulak menentu jeni LED, kalau Full LED, maknanya LED disusun penuh dibelakang LCD. Kalau Edge LED, LED tersebut disusun hanya di sekeliling bingkai belakang skrin LCD. Kelebihan Full LED, bila dalam gambar yang dipaparkan ada kawasan gelap, LED area tu akan off memberi keadaan (true black).

Edge LED vs Full LED
Lepas tu, datang pulak OLED/AMOLED. Dua-dua nama ni adalah benda yang sama. Satu dari Sony, 1 dari Samsung. Apa kelebihan dia? Sebelum ni, skrin LCD perlukan sumber cahaya dari belakang untuk paparkan cahaya. Dengan OLED, skrin LCD tersebut ditukarkan dengan OLED. Apa itu OLED? Ianya adalah LED Organik yang memancar cahaya dan warna tersendiri. Seluruh skrin diletakkan LED yang bersaiz nano yang akan memancarkan warna tersendiri mengikut signal yang diterima. So, tak perlu lagi sumber cahaya di belakang skrin OLED ni.
Apa kelebihan OLED?
1)Lebih nipis (sebab tak perlu letak lampu atau LED kat belakang skrin)
2)Kontras image lebih tinggi
3)Boleh hasilkan true black (bila image paparkan warna hitam, OLED yang berkenaan dekat area tersebut akan hanya offkan cahaya dia.
4)Nipis hingga boleh lentur
5)Kurang guna tenaga (sebab tiada lampu/LED background)

Apa kekurangan OLED?
1)Mahal
2)Jangka hayat hanya setengah dari LCD biasa
3)OLED yang selalu memancarkan warna biru mudah rosak.
5)Menggunakan banyak tenaga bila display objek atau background putih

So itu dia perkara berkenaan OLED yang anda mungkin tak tau. Kalau sekarang tengah cari TV flat, tak perlu berangan untuk dapatkan TV OLED sebab masih mahal dan teknologinya masih belum stabil. Cari la TV yang frame rate dia 200 Hz ke atas, Full LED dan Full HD (jangan Edge LED). Sure berpuas hati. 3D, lupakan...

Salam

Ahad, 8 Mei 2011

That Is Why I Like Audi

Auto Crash Test

Tengah melilau dalam Youtube, terjumpa la video-video Crash Test kereta-kerata kat dunia ni. Worst car of course la dari Cxxx. Apa pun, jemput tengok kat bawah ni.

Hyudai - Sonata

Honda Civic

Toyota Prius


Honda Insight

Cherry QQ6-Quit good

Geely MK

Chevrolet Aveo

Kia Soul

Toyota Camry (US)

Lexus IS -Mahal Saje je

Mercedes S Class

BMW & Series

Audi A4

Proton Saga

Proton Waja - Fail

Proton Exora

Perodua...takde

I Like Cat

Review Movie Thor

Jumaat lepas, company aku cuti ganti hari HOL. Hari Hol tu apa? Google sendiri. Kesempatan tersebut aku ambil untuk pergi menonton movie Thor yang digembar gemburkan Best oF War of the world, kiranya best gila la. Lepas sembahyang zohor kat rumah (aku tertidur lepas bangun pagi tu sampai pukul 1:50pm, terlepas sembahyang jumaat), akuu pun bergegas ke Kompleks Teruntum Big Cinema nak tengok show pukul 2:30PM. Sesampainya di sana, aku pergi kaunter. Sekali awek kaunter tu cakap, show cancel sebab takde orang. What the heck,  aku berkata dalam hati. Ada pulak macam tu. Kalau aku tak tengok sebelum pukul 3pm ni, memang tak dapat tengok lah sebab pukul dah nak ambik wife aku balik kerja (dia tak cuti).

Aku pun bergegas ke GSC Berjaya Megamall Kuantan. Nasib baik ada show pukul 2:50 PM. Aku pun dengan menonongnya pergi bayar tiket dan masuk panggung. So start le tengok.

Movie start dengan Si thor ni jatuh dari langit dan dilanggar pakar kaji cuaca Natalie Portman. Pastu terus disambungkan ke cerita flash back Si Thor. Cerita nya, ada 2 orang Putera, 1 hero tapi agak berlagak dan 1 bukan hero. Hero ni iaitu si thor kena sumpah dengan bapaknya jadi orang biasa dan jatuh ke bumi sampai dia berubah...Dari situ aku dah dapat agak jalan cerita dia. Dan semua jalan cerita dia memang seperti dugaan aku. Jadi, aku tersangap-sangap lah sampai habis cerita sebab kebosanan. Last nya, mesti lah hero menang...

Jadi kesimpulan aku, Visual effect dia memang superb (Hollywood kan!), tapi jalan cerita dia, walaupun tak fail, tapi terlalu lah biasa. Dari 10 bintang, aku bagi 5. kalau nak dibandingkan The Dark knight dan Inception, jalan cerita The Thor umpama tengok cerita Mickey Mouse Clubh

Ramai orang cakap cerita ni sedap, tapi bagi aku biasa aje. Maknanya, aku akan tengok sekali aje la. BD mungkin tak beli...wassalam

Rabu, 4 Mei 2011

Kereta Favourite Aku

Setiap orang mesti ada kereta idaman. Aku pun ada. Banyak pulak tu. Kereta idaman aku paling nombor satu adalah sudah semestinya Bugatti Veyron. Maksimum speed 430km/j. Tapi kalaupun aku mati,hidup balik,pastu mati lagi,hidup semula sebanyak 17 kali,tetap tak mampu beli. harga kat eropah, 1juta euro lebih. Duit malaysia, rm 6 juta. Tambah tax 3 kali ganda, Rm 18 juta. Kalau aku mati hidup semula 18 kali, mungkin boleh beli rasanya. So, kereta ni, memang betul - betul tinggal idaman ajelah.

Jadi, kereta idaman aku yang mungkin aku boleh miliki jika umur panjang pulak adalah Audi A4 B8. Woh! panjangnya nama. Gambarnya kat bawah. Ish! apasal la ambik Audi, Kan ada BMW 3 series, Merc C Class atau Toyota Camry. 

 Kalau tak tau, Audi ni sekelas dengan BMW dan Merc. Kira kelas lah. Macam BMW dan Merc, BMW design dia lebih sporty dan agresif. Manakala Merc ni macam lebih korporat dan selesa. Audi ni pulak duduk tengah. Top Gear cakap Agresive Corporate. Kenapa aku tak pilih Toyota Camry? Orang cakap, kalau banding kereta jepun dan eropah terutamanya German, kereta eropah memang lebih senyap dan teguh.Dan kereta Jepun aku tengok suka sangat guna plastik. Jadi, sebab tu lah aku suka kereta Audi.

Dari segi harga pulak, memang agak mahal. Sebab tax kereta eropah tinggi. Lebih kurang 3 kali ganda harga kereta. Kereta Jepun, 1 kali ganda je. So harga Audi ni, kalau baru dalam RM 200k. Kalau secondhand, RM 150k-180k. Lebih kurang camry je. Tapi 2.0. Walaubagaimanapun, 2.0 dia ada turbo. Jadi Horsepower dia memang power la. Exterior, macam aku cakap tadi, memang bagus la (review kat youtube). Banyak function dan gadget.

Gitu lah cerita kereta idaman aku. Pergh! beli lah aku boleh beli kereta ni. Dengan kombinasi rumah, kereta sekarang ,anak dan kenaikan gaji yang betul, insyaAllah ada la tu suatu masa nanti...


Sony Devices to come bundle with TM Broadband

 
Imri Mokhtar, EVP for Consumer, TM (2nd from right) with Hiroyasu Sugiyama, Managing Director of Sony Malaysia (2nd from left), witnessed by Rozalila Abdul Rahman, Chief Marketing Officer, TM (right) & Masaki Matsumae, Deputy General Manager, Sony Malaysia (left)


Menurut Malaysianwireless.com, TM telah menandatangan satu MOU bersama Sony Malaysia dalam mengadakan kerjasama strategik dalam mempromosikan produk mereka. Aku rasa, ini merupakan satu langkah terbaik bagi kedua-dua pihak. Walaubagaimanapun, selain, TM menyediakan kemudahan WiFi di semua outlet Sony dan Sony menyediakan peralatan elektronik terkini di event-event TM, kerjasama lain masih lagi agak kabur. Tak seperti pembekal perkhidmatan telefon mobile, ke exclusive an sesuatu produk kepada pembekal internet talian tetap susah untuk diperolehi atau dikekalkan.

Contohnya, bagi produk TV LED Sony Internet Ready, akses internet untuk TV tersebut boleh diperoleh dari sebarang ISP tanpa sekatan. Tidak seperti Iphone yang dibekalkan oleh contohnya Maxis yang yang boleh digunakan dengan talian Maxis sahaja(jika tidak dilakukan sebarang modifikasi oleh pemilik Iphone  berkenaan). Walaubagaimanapun, TM boleh menjadikan internet aksesnya pilihan utama pengguna produk Sony dengan
1)Meningkatkan kualiti laluan ke server Content Sony bagi memberi pengalaman terbaik pada pengguna
2)Menyediakan aplication/widget/content IPTV TM dalam produk Sony yang mungkin akan dibundlekan dengan TM bagi memberi keexclusivean pada TM. Mungkin selepas ini, pengguna sony boleh menonton IPTV TM dengan hanya menggunakan TV Sony mereka tanpa perlu setup box seperti yang digunakan oleh penggunakan Unifi sekarang.
3)Diskaun atau waiver pada bil produk IPTV dan HSBB jika pengguna mengambil service tersebut yang dibundlekan dengan produk Sony.

Kalau nak difikirkan, banyak lagi idea yang ada dalam kepala otak aku. Tapi cukup la setakat 3 di atas. Mungkin itupun memang dah ada dalam perancangan diorang. Seperti, promosi free HP netbook TM dulu yang mana telah berjaya membuka atau meluaskan penggunaan komputer dan internet dikalangan penduduk melaysia, kerjasama terbaru TM dan Sony ini dapat mempekenalkan pada penduduk Malaysia pada Produk TV berinternet yang aku rasa merupakan satu revoulusi baru dalam teknologi media. Berbeza dengan revolusi 3D yang dilihat semakin malap, Internet TV dilihat akan lebih berkembang dengan lebih rancak dimasa akan datang....

"Following the MoU, several collaboration projects are currently in the pipeline. TM and Sony Malaysia are exploring attractive broadband packages to be bundled with the latest Sony devices which will be rolled out in a matter of time. TM is also equipping 14 Sony outlets in Klang Valley with UniFi services and in return, Sony will be providing TM with its latest ICT equipment and appliances at TM sales outlets and key events. Malaysian users can soon expect both TM and Sony Malaysia, as the ideal partners to offer total entertainment and information network for best BRAVIA Internet experience"

Update 7/6/2011:
Dengar cerita akan ada pakej internet baru bundle bersama internet tv dari TM. Menarik-menarik.