Isnin, 11 November 2013

Work Related

It has been nearly a year I'm in this new work place. Bibit-bibit ketidaksesuaian mula menampilkan diri. Workplace ok, semua boleh ngam. Just, how the  unit works yang tak berapa ngam dihati.

Nearly a year working within this new unit, aku manage to take only 3 days leave. Imagine betapa hectic nya kerja di sini. Wife pun asyik sound pasal busy sangat. Balik rumah, sambung kerja lagi. Macam one man team. Memang ada kekawan dalam unit tersebut, tapi job scope amat berlainan. So tak boleh nak minta tolong diorang. Bos, ok, cuma dia pun masuk unit ni, sama masa aku masuk. So...all depend pada aku jugak.

Management unit ni, sungguh directive. Full with instructions. Biasa bila tengok berita, ada interview menteri, biasa akan dengar ayat " saya akan arah orang itu...arah orang ini...". So lebih kurang macam tu la. Heart to heart session is actual "you ulang, I saman" session. When you hear word initiative from upstairs ,its only mean, more work for me.

So, in conclusion,  I can work in this unit, I can deliver, maybe not 100 percent.  Maybe 90 percent. Do I enjoy it? NO. Will I stay? NO. Is it worth it? Big NO. So, hopefully, there is new and exciting post waiting for me next year. Hopefully, a technical related one. For the time being, I'm living this work life, day by day. Until someday...

Second Edition of Pn Rafidah Junior

Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi, kerana dengan limpah kurniaNya, kasih sayang Nya dan pemurahNya, maka pada 2 November 2013, menjengahlah Syarifah Ayshara Malissa ke dunia yang serba kekurangan ini.

Seperti biasa, pilihan jalan keluarnya adalah melalui tingkap buatan, mengikut kakaknya, Syarifah Alyah Maisarah. Lebih kurang pukul 4 lebih petang, maka, menjengukkan Ayshara ke dunia ini. Hajat si umi untuk bersalin normal nampaknya tidak kesampaian lagi. Apa pun, yang penting, semuanya selamat.

Tempat jejak kaki kali pertama adalah Darul Makmur Medical Center, kempadang. Merupakan hospital yang tak glamer tapi cukup menyelesakan. Di sambut oleh Dr. Huda. Tiada tangisan gegak gempita seperti kakaknya dulu. Tangisan hanya sekadar melepaskan batok di tangga.

Ok la , itu je. Semoga Syarifah Ayshara Malissa menjadi anak yang solleh. Wassalam.

Sabtu, 25 Mei 2013

Update May 2013

Updating the blog half yearly. Lama betul tak update. Maybe sebab terlalu busy. Masa yang ada digunakan kerja dan kerja. Apa cerita? Macam-macam ada.

Work
Seperti yang aku bagitau sebelum ni, aku dah pun join sales team. Technical turn sales. A disaster plan agaknya. Anyway, it has been nearly half year. Mesti sedikit sebanyak, aku dah dapat feel dan apa hala tuju aku dalam sales. Berdasarkan performance sekarang, nampaknya, I am failing. Hahaha. It is fun doing sales, especially with premium product. But then, due to the lack of some important selling skills, banyak approach yang fail. Terasa macam meraba dalam gelap je masa buat sales.

Then, aside from doing sales, there are abundant of other non-sales works that I see should not be burdening salesperson.  Salesperson should focus on sales, proposal & planning only. Let other thing handle by support team. But, who am I to complain.  NKOTB. The previous salesperson was doing ok, so, why couldn't I. Hehehe.

For now, I am still optimist. Holding on to my optimistic hope day by day. Maybe my day will come, sooner or later. Tapi kalau tak ok juga until the game is over, apa nak dikata. I'm still green in this field. But not sure if the management understand...

Life
Happy news. Wifey is pregnant again. ETA bulan 12 (macam flight pulak). Harap-harap la dapat boy. So, dah ada sepasang. Boleh rileks. Lagi pun, for Syed, anak lelaki penting. Setakat ni, tak buat apa-apa lagi untuk baby.

Untuk makluman, aku dah pindah rumah baru. Alhamdulillah, my 5 years target dah tercapai. Rumah lama, dah jual. Dalam proses lulus loan. Itu pun rezeki murah, tak iklan pun, buyer yang datang cari rumah. Pindah dalam bulan 3. As usual,  cat rumah, semua buat sendiri. Cuma kali ni, kena buat wiring dan gril sendiri. Duit memang ada sebab dah simpan sejak 2 tahun lepas. Kalau famili datang nak bermalam, selesa la sikit. Next 5 year, nak beli tanah pulak, nak buat rumah sendiri. I always dream a house with a swimming pool. Maybe someday.

Alyah maisarah, getting bigger and more girly. Tahun depan, dah nak darjah 1. Dah ada bilik sendiri, tapi still tidur dengan umi dan walid. Adoi. Semenjak nak dapat adik ketiga ni (adik kedua adalah kiki), makin kuat merajuk. Penat umi and walid nak melayan.

Kiki, si gemuk (menurut alya), makin gemuk. Ingat kan bunting, tapi gemuk. Still the best umi's companion bila sidai baju, atau memasak kat dapur.

Ok la, itu aje setakat ni. Lain kali, sambung lagi.

Wassalam

Selasa, 1 Januari 2013

Happy New year...Selamat Tahun Baru

Bersawang sudah blog aku. Lama betul tak berblog. Nama pun laman sesawang. Dah masuk 2013. Of course ada azam baru. Azam yang satu lagi kat TM Point. Macam - macam perkara dah berlaku pada 2012 yang lepas. Dari segi kerjaya atau peribadi. Nanti belakang cerita.

Apa pun, hari ni merupakan hari 9 aku tak makan nasi. Diet sebab badan rasa tak sedap. Tidur malam, rasa macam kena himpit. Ingatkan kena himpit hantu. Sekali kena himpit lemak tepu yang kat atas perut tu. Lagi pun, member aku Tuty Harryani dah sound aku kata aku gemuk. Kalau orang lain, mau aku sound balik. Tapi sebab Tuty, aku mengaku la aku gemuk.

Mulanya, macam penagih menahan godaan nasi jadinya. Lama - lama, ok je. Aku tolak nasi dan benda yang ada unsur tepung. Yang lain semua aku bedal. Lantak aku la, aku yang diet.

Pastu, aku dah masuk sales. Tak buat technical. So buat la sales. Mungkin orang tengok aku ramah tamah sangat kot. Tu suruh buat sales. Takpe, aku yakin aku boleh. Untung customer aku, aku kurang pandai nak loyar buruk.

Ok la. Will continue in next post.

Wassalam