Isnin, 31 Januari 2011

UMI Saya, Sharifah Al'yah

Time -time hujan macam ni, cuti pulak tu. Kepala pulak rileks, tak fikir pasal kerja. Teringat pulak aku zaman aku masih kanak - kanak umur 4 - 5 tahun dulu. Kalau ingat zaman kanak, mesti lah teringat kepada arwah umi aku. Makin tua ni, makin banyak kenangan yang dah terluput di fikiran. Yelah, dulu mana ada Video cam. Kamera ada, tapi jahanam dek kena pomen oleh aku dengan angah. So, sisa - sisa kenangan yang ada dalam kepala aku ni aje lah yang tinggal.

Dapur Tanah liat
Kalau dulu, time - time hujan macam ni, masalah utama adalah nak keringkan baju. Aku adik beradik 3 orang, 2 tak keluar lagi masa tu. baju banyak la jugak. Dah lah tu, lasak pulak. Pantang hujan je, mandi hujan. Aku ingat lagi arwah umi gunakan 1 kaedah kreatif untuk keringkan baju cepat. Dia gunakan arang yang tahan lama yang orang guna untuk camping tu, di bakarnya dalam dapur tanah liat macam gambar sebelah. pastu, letak kat dalam stor di mana semua baju di jemur dalam tu. Arang tu tak keluarkan asap yang banyak. So takde la baju berbau asap.
Kenangan dengan arwah umi masa banjir, aku tak ingat sangat. selain mandi banjir. Rumah aku kat kampung parit dalam. Bila musim banjir, air naik sampak 1 mata tangga je paling dalam. lama rumah semua banjir. Apalagi, main banjir la. Orang kampung pulak, macam pesta. Ada buat rakit la, bawak bot la. Rumah aku betul - betul depan sungai Parit. So, senang la nak tengok orang pesta.

Dapur minyak tanah
Bila teringat je arwah umi aku, mesti aku teringatkan keazaman dia. Arwah umi aku dulu, ada cancer yang tak aktif kat peha dia. Seingat aku, luka cancer dia memang dah wujud sejak aku kecik lagi kot. Tau -tau dah ada. Luka dia ada la sebesar tapak tangan. Luka tu memang tak baik - baik. Macam luka orang kena sakit kencing manis. Tiap tiap hari kena cuci. Tapi dengan keadaan macam tu, dia masih macam biasa. Dia buka gerai goreng pisang, buat jahit baju. layan kerenah aku adik beradik yang amat nakal. Buat kek.Dia macam tak sakit pun. Dia kreatif. Suka cuba benda baru. Contohnya, jahit baru. Dia buat design baru. Adik - adik aku jadi tempat exeperiment untuk fesyen ciptaan dia. Ada yang cantik, ada yang tak berapa menjadi. Macam beg nak isi bekas air pun, dia buat sendiri.

Pagi - pagi, sebelum pergi sekolah, dia buatkan bekal. Zaman, dulu, kalau dapat bekal daging burger, kira the best in the world lah tu. Pakai dapur minyak tanah je. Aku suka tengok dapur minyak tanah, nanti, balang minyak tanah tu akan keluar bubble bila orang tengah masak.

Bagi aku, Arwah Umi aku adalah wanita tercantik pernah aku ingat. Putih, tinggi.slim, Rambut ikal mayang.Baik budi pekerti. Penyabar. Mungkin ciri - ciri dia menurun kepada anak - anak perempuan dia. Orang ni dapat sikit, orang tu dapat sikit. Aku, tak tau la menurun belah mana. Aku amat respect dengan kecekalan hati dia. Dia nak yang terbaik untuk anak anak dia. Satu peristiwa yang aku masih ingat, masa tu aku ponteng sekolah sebab yang aku tak ingat. Arwah Umi suruh tulis surat mohon cuti ke sekolah. Dia suruh tulis dalam bahasa inggeris. Bayangkan, aku dari sekolah luar bandar (Sek. Keb Seri Terentang), tulis surat minta cuti dalam bahasa inggeris. Masa tu aku darjah 2 agaknya. Aku pun tulislah, dia yang bagi ayat.

Dan last sekali, soalan yang paling aku tak boleh lupa yang arwah pernah tanya aku. Masa tu aku tengah ambil UPSR. Arwah dah makin tenat dah. Kanser dia makin kronik. Tapi dalam sakit - sakit dia, dia boleh ajar aku. Zaman dulu mana ada kelas tambahan ke apa. Dia lah yang paksa aku suruh baca buku. Lepas habis UPSR, dia makin kronik. Dan ada 1 hari tu, dia tanya aku, "Abang nanti kalau abang dapat 4 A, abang nak ambik hadiah atas pentas, kalau umi datang sekolah, abang malu tak?". masa tu kaki umi aku dah kena potong sebelah sebab kanser tu. Dia pakai kerusi roda. aku tak ingat aku jawab apa. Tapi tu lah, lepas umi aku meninggal, baru aku dapat result UPSR, dapat 4 A. Ada 3 orang je yang dapat 4 A, aku salah seorang darinya. Aku terkilan sangat sebab arwah tak dapat tau result UPSR aku...

Al- Fatihah untuk Arwah Umi saya

Bilik SharifahAlyah Maisarah

bakal bilik Alyah maisarah. Dihiasi sticker - sticker dari Che Ya.
--------------------------------------------------------------
Ovi Mail: Making email access easy
http://mail.ovi.com

Telefon & Stre*myx Dah Up semula

Hari jumaat lepas, telefon aku rosak, ada bunyi bising. Dan internet pun intermittent. Reading signal ko. Report malam jumaat aritu, tapi sabtu aku balik kampung. Diorang ada datang rumah, tapi takde orang. Bila aku balik semula rumah malam ahad, tone bising lagi.

Arini, dengan bantuan staf, check kat internal wiring, dan DP, tone terus takde. Suspect pair rosak. Diorang tukar ES, OK terus, takde bising. So boleh sambung berinternet. Settle...

My blue Cat

Ahad, 30 Januari 2011

New Home sweat Home is in Progress

Syukur pada Allah, dikurniakan rezeki, dapatlah aku memiliki rumah yang lebih selesa. TQ to TM, i can afford all of this. Even the house is still in progress, me and my wife are so excited that, a visit every sunday to the construction site had been added to our weekend activity.

Currently, the house is about 45 percent completed. RFS date targeted on end of this year or early next year. Other that house decoration, many things need to be planned carefully including house monthly installment.

Again, syukur pada Allah. Semoga dimurahkan lagi rezeki aku pada tahun ini



Feelin like a dinasour


Just like in the picture, i'm feeling like a bird, flying alone in a sunset. When everyone had gone chasing their new dream, to the greener grass on the other side,  i am the only one who left in this group.
It is excited to take a new challenge, but i am here to stay.
So here i am, wondering in the sunset, without a friend, without a team, until darkness take place or until my wing couldn't fly anymore, i will keep on flying...

Khamis, 27 Januari 2011

Sincere Praise will make you float in the sky (tah apa punya title daa..)

Once upon a time, not long ago. I heard a quote "Sampai pergi kenduri kahwin pun, saya rasa macam nak menyorok bawah meja, takut orang tau saya orang syarikat ** (my company la)". Huh!! In my "no one in my company " mind, you're not suppose to say something like that when you're the one who is receiving the highest pay check in your company.It's ok to critic your company or to critic anyone in your company. But, to feel ashamed of yourself as one of the company staff, regardless of how bad your company image is, is totally unacceptable.

I am proud of my company, i promote company's product to my adik beladik, sanak saudara. I wear shirt with company logo/ slogan to shopping complex, kenduri kawin, watching movie or even to jumaat prayer. Just imagine wearing t-shirt with slogan "Cheap and easy (that sound a little bit bitchy, but of course it is our broadband)","No 1 broadband, proven" and many more, people will automatically assume that you're so proud of your company. Of course i am proud of my company.

Ok, forget about the above, let's talk about the title. Today, i met an old friend who is by chance a High Speed  str**myx user (4mbps). We talked a lot, chatting about school memories etc. And suddenly that moment came. Maybe for the first time in my working life time, i heard a praise from our customer. It made me cried inside. I felt so light that my feet seemed no touching the ground. I felt appreciated and proud. Normally, what i received from our customer was complaint, condemn and many more even if the service is ok.

So, today for a few minutes, all my work load, problem and many more seem to be disappeared in the air before they came back pounding my head again. But it was a moment that i will appreciate forever

Rabu, 26 Januari 2011

My Wish

Even a dying man  has wishes...
So here are my wishes.
1) To die as a good man and go straight to heaven (of course la kan. Who don't wish that)
2) To have my own work@personal room so that i could get back early from work and do my work at home.
3)To start my own comic drawing again
4) Salary increase (maybe a little bit more than rm 5000) so that my wife could be a full time housewife. Need to spend more time with alyah. Half of her time was with her baby sitter.
5) A baby boy
6)Go to Japan
7)Work in US even only for a year
8)Dusun buah2an

and lastly ...marry nora danish..HUHUHU...wish i could (Over my dead body).

Ahad, 2 Januari 2011

Nasihat Dari Kawan

Kebelakangan ini, company aku banyak la mengalami masalah kecurian kabel. Harga tembaga tengah naik, seklah pun nak buka. Ganti kabel hari ni, esok lusa dah kena curi balik. Orang yang ganti kabel punya la menyirap. Customer toksah cakap la. Masalah ini membuatkan semua orang marah.

Tu la pasal, bila dapat tangkap orang yang ,mencuri tu, nasib la. mesti kena bedal dulu sebelum hantar balai. Bukan nya orang company aku pun, orang kampung yang bedal dulu, sebab sakit hati.

1 hari tu, aku borak la sambil makan goreng pisang dengan 1 hamba allah staf jugak (pukul 5:30pm lepas office hour). Aku pun cerita la pasal masalah ni dengan semangat nya. Dengan harapan dia akan bersetuju dengan cerita aku. Sekali dia cakap, salah kita jugak sebab tak tanam kabel tu. Aku pun balas, dah tanam dah, tapi kena kebas jugak. Lepas tu dia pun diam kejap. Lepas tu dia jawab, "tak boleh nak salah kan diorang jugak". Pergh, aku macam nak marah pulak. Tak sayang company ke apa dia ni. asyik nak membeta aku je.

Lepas tu dia sambung balik. "Kalau sampai kabel underground pun dikebas jugak, nampak sangat terdesaknya. Kadang-kadang kita tak tau apa kesulitan diorang, mungkin susu anak dah takde sesangat, anak nak sekolah dan sebagainya".lebih kurang gitu lah katanya.Aku cakap, macam mana lah nak berkat bendah yang diorang bagi makan anak bini kalau dari sumber macam tu. Dia jawab "kalau keadaan dah macam tu, dah tak pikir dah berkat ke tidak". "Kalau boleh, kita doakan mereka semua ni berubah, rezeki bertambah".Hmm, betul jugak, kalau dah ada rezeki tu, tak perlu lah nak curi kabel dah.

Malam tu aku tidur, terfikir pasal perbualan tu. Kadang - kadang, kita asyik doakan keburukan pada orang yang buat jahat pada kita. Tanpa kita sedari, keburukan itu tak akan dapat memerubah apa-apa selain membawa kepada lebih banyak keburukan. Kita lupa, dengan peranan kebaikan. Biar lah madu dibaals tuba, kerana kadang-kadang tuba  itu boleh dibuat meracun ladang lebah kita yang dah naik lalang.

Salam...

Str**myx Slow Giler Kat JB

4 hari berada di JB, baru la aku faham perasaan pengguna penguna str**myx yang terlibat dengan masalah slow connection. Bayangkan, speed test tak pernah cecah 256kbps. Akaun 512kbps. Walaubagaimanapun, orang kat rumah mak mertua aku ni tak kompelen pun, sebab diorang guna je. Kadang -kadang, abang ipar aku ada jugak merungut slow, tapi aku malas nak pecah lubang.

Tapi bayangkan, kita meletakkan sesuatu bukan di tempatnya (KEADILAN). Kita bagi kurang daripada apa yang orang bayar. Memang la orang tu tak perasan, tapi, kita tau. Bukan ke itu menzalimi. Doa orang yang dizalimi ni, mudah makbur. Kalau ada 40 orang...susah nak jawab tu.

Entah la do. Aku mentimun, tak ke mana pun. Dulu ada komplen, tapi kena sound laser, pedih telinga.Lagipun, ini negeri bukan bawah ana punya territory  Aku doakan, semoga settle lah masalah slow ni dengan segera. Ramai yang bergantung hidup pada internet company ni.Biar semua orang hepi, bukan orang guna HSBB je yang nak hepi.

Salam...