Isnin, 22 Mac 2010

The World

When the world seems to push u back,n u end up sitting alone on a corner, feeling lonely n no where to go. Just call my name n I'll get to u as fast as i could. Dont cry my dear, cause i'll be here with u. I'll be ur crying shoulder, i'll be ur punching bag.i'll be ur joker,i'll be ur singer. And i will be ur world again as i n ur mother used to be, when u were just our little girl.

Isnin, 15 Mac 2010

Limited Life

Next month,aku akan masuk umur 30? Next month juga ialah april, sinonim dengan bonus kalau kat company aku.
Sebagai makan gaji, tak banyak option yang ada untuk aku bagi kegunaan bonus tu. 1)simpan,2)pun simpan.
Banyak sangat cadangan untuk hidup aku dan famili 3 beranak aku ni pada masa akan datang. New house,new car, vacation dan new wife kot. Huhuhu, takde la.
Orang lain,2-3 kali ke oversea. Aku,sabah pun tak jejak lagi. Ialah, gaji ciput, sayang duit untuk diguna tak bertempat. Betapa limited nye la hidup aku. Kan best kalau dapat upgrade jadi unlimited.
Hopefully,something superb akan berlaku pada aku 2010. Harapnye la. Jumpa duit sejuta ke kat tepi jalan. 50% sure aku derma. Yang lebihnya,baru aku belanja. Berangan la.

Isnin, 1 Mac 2010

Sayang

Rasanya,tak terlambat lagi untuk aku ucapan selamat menyambut hari keputeraan nabi junjungan kita,muhammad.

Tadi aku tengok halaqah. Ada sesi penceritaan kehidupan nabi. Rasanya,semua orang dah tau sirah nabi. Tapi kadang kala, kena diingatkan supaya rasa sayang pada baginda sentiasa ada dalam hati. Tak sempurna iman kita selagi kita tak sayang nabi lebih dari diri kita sendiri. Mungkin bagi orang yang tak tau sirah nabi, akan cakap nape nak macam tu sekali. Boleh ke kita buat macam tu. Jawab nya,boleh. Sebab nabi boleh. Nabi sayang umat dia iaitu kita lebih dari diri baginda sendiri walaupun baginda tak pernah jumpa kita lagi. Bayangkan, semasa nyawa baginda akan diambil oleh malaikat maut, rasullah masih boleh risaukan kita lagi. Dan ketika baginda sedang merasai sakitnya maut,sehinggakan jibril tak sanggup tengok keadaan rasullah ketika itu, baginda masih risau kan kita. Takut kita semua tak larat menerima azab nyawa ditarik, baginda minta semua sakit menghadapi maut seluruh umatnya diletakkan pada baginda ketika itu juga. Punyalah sayang rasullah pada kita. Dan ketika baginda sudah dihujung nyawa, baginda berbisik pada anaknya, "umatku,umatku". Dan menghembuskan nafas baginda yang terakhir.

Pergh!! Sayang nya baginda pada kita semua. Cuma, adakah aku juga sayang rasullah macam tu? Lebih lebih lagi susur galur aku daripada dia jugak. Patutnya aku lebih sayang beliau lebih dari orang lain.

Aku sayang rasullah. Walaupun aku ni jahat,tak sebaik beliau. Aku tetap sayang baginda. Mata aku akan sentiasa bergenang bila mendengar kisah kehidupan beliau. Dan walaupun sikit, aku akan cuba contohi kehidupan baginda. Ko jahat ke,perompak ke pelacur ke,tetap umat muhammad. Dan baginda pernah bagitau, kita umat yang tak sempat jumpa dia,tak dengar suara dia, tapi tetap sayang baginda, akan ada tempat istimewa di sisi tuhan. Memang nampak mudah nak cakap aku sayang sipolan-sipolan. Tapi kalau tak pernah jumpa,tak pernah dengar suara,rupa pun tak tau macam mana,alamat kat mana. Nak ke kita bank in duit 500,000 dalam akaun dia. So, untuk sayang nabi kita, kita kena usaha sikit cari sejarah baginda. Baru kita kenal baginda dan boleh sayang beliau. Dan aku percaya, bila dah tau kisah hidup baginda,mungkin ramai akan rasa ada kisah-kisah kehidupan baginda yang sama dengan kisah kehidupan kita. Memang lah, sebab baginda pun, manusia macam kita juga. Ada kisah sedih dan gembira. Akhirnya, yang aku tau, rasullah sayang kan kita semua teramat sangat. So, marilah kita sayangi baginda semampu yang boleh dengan mengikut sunnahnya dan menyayangi islam.

Good nite