Jumaat, 24 September 2010

Mode: BAD


Tah apa angin aku, angin nak marah je. Kadang-kadang ok, kadang-kadang baran. Bak cuaca perolakan yang tak menentu melanda kuantan ni. Tambah pulak sejak semenjak dua menjak ni, kenakalan alyah maisarah yang macam dah hyper je.
Aku rasa aku tau nape aku semacam je, tapi biar aku aje la yang tau. Nanti aku try tarik nafas panjang-panjang bila nak marah. Supaya tak jadi marah. Tapi marah aku pun, just masam muka je. Kalau tangan-tangan pun, alyah maisarah je.

Tapi, anak aku ni, dia boleh detect. Time bila aku buat-buat marah dia dan time bila aku marah sebab aku marah betul-betul. Kalau time aku marah betul-betul, nanti, dia datang la kat aku. menyondol jek kat sebelah aku."alyah sowy. alyah tak nak naughty.nak sayang walid walid". selagi aku tak layan dia, selagi tu la dia memujuk. Tapi bila aku cakap ok, kejap je dah pergi menakal balik. Adoi..

Takpe la, nanti aku switch mode aku jadi good pulak. Biasa la, bukan perempuan jek yang ada bulannya, laki pun ada. Biasa la, life...So, tengok aje lah gambar raya aku. Wajah 75kg aku. sekarang dah naik dah jadi 80kg balik.