Isnin, 30 April 2012

Samsung Galaxy Tab 7.7 Review

Cukup 2 tahun, Nokia X6 aku mula menunjukkan ciri-ciri kelamaan. Walaupun masih lagi dianggap mempunyai ciri-ciri fungsi pendahuluan (advance), tapi kekangan kuasa pemproses yang kecil menyebabkan pengalaman penggunaan telefon menjadi kurang mengembirakan terutamanya jika seseorang itu telah mencuba telefon pintar generasi baru.

Oleh  itu, dengan hati yang berat, aku telah membuat pelaburan sebanyak rm1800 bagi mendapatkan Galaxy Tab 7.7. Itupun setelah membuat perbandingan selama beberapa minggu dari segi spesifikasi dan pengalaman penggunaan. Persoalannya, kenapa memilih Galaxy Tab 7.7 ? Berikut adalah review ke atas telefon ini yang boleh dijadikan sebagai jawapan.

Fungsi
Tablet seperti telefon atau telefon seperti tablet. Bergantung kepada keperluan seseorang samada mahukan tablet atau tefon pintar. Aku, nak pakai tablet yang ada ciri telefon. Jadi amat sesuai sangat dengan Galaxy Tab 7.7 ini. Apa bezanya dengan Galaxy Note. Bezanya adalah, Note adalah telefon yang berkelebihan seperti tablet. Jadi, bila telefon, saiznya adalah kecil dan penggunaannya adalah lebih seperti telefon. Jika Galaxy tab 7.7, saiznya seperti tablet tapi lebih kecil dan mempunyai ciri-ciri seperti telefon.

Galaxy Tab 7.7 mempunyai ciri-ciri sejati sebuah tablet yang mana amat sesuai untuk email, membuat dokumen, menaip dan sebagainya. Dan kelebihannya, seperti saya maklumkan tadi, boleh membuat panggilan menggunakan rangkaian GSM.

Prosessor
Menggunakan prosessor Dual Core 1.4Ghz Cortex-A9. Dalam keluarga Galaxy Samsung, Ianya merupakan spesifikasi tertinggi sama seperti Galaxy Note. Keluarga terbaru Galaxy pun masih menggunakan kelajuan 1.4Ghz tetapi dengan Quad Core Exynos.
gambar dari http://www.bgr.com/

Apa bezanya ? Ramai orang kata Quad core membolehkan penjimatan penggunaan kuasa oleh prosesor kerana tugas-tugas dibahagikan kepada 4 core. Jika banyak aktiviti, maka, keempat-empat core akan digunakan. Jika tak banyak aktiviti, maka hanya 1 core digunakan sekaligus menjimatkan kuasa.

Walaubagaimanapun, tak banyak amplikasi yang menggunakan kelebihan pembahagian tugasan berdasarkan core ini kerana dikatakan proses pengaturcaraan bagi program yang ingin mengguna kelebihan ini adalah lebih rumit. Sekaligus membuatkan kelebihan yang ada tidak digunakan dan tiada penjimatan kuasa berlaku.

Jika dibandingkan dengan keluarga Galaxy Tab, Galaxy Tab 7.7 ini adalah lebih baik dari Galaxy Tab 10.1 dan juga Galaxy Tab 2 yang hanya menggunakan prosesor  1Ghz. Kecil bukan sebarang kecil. Tapi kalah kepada Asus transformer (Prosesor 1.6Ghz),

Paparan(Display)
Menggunakan paparan super amoled dan berdensiti 196 ppi menjadikan paparan amat jelas. Sudut pandangan boleh mencapai sehingga hampir 180 darjah, lebih tinggi densiti, maka lebih jelas paparan. Apa yang paling menonjol adalah, skrin super Amoled teknologi buatan Samsung yang memberi paparan kontras yang amat baik. Paparan warna hitam akan menjadi amat hitam, terima kasih kepada teknologi Amoled. Galaxy Tab 7.7 adalah merupakan skrin Amoled terbesar dalam keluarga Galaxy Samsung. Kedua adalah Galaxy Note.

Selain itu, kadar FPS adalah lebih tinggi jika dibanding Galaxy note walaupun menggunakan prosessor yang sama. Ini memberikan animasi pertukaran Home Screen yang lebih lembut.

Sistem operasi
Menggunakan android 3.0 Honeycomb. Walaupun dikata agak perlahan, tapi adalah lebih bagus dari Android 2.0 Gingerbread. Ini merupakan salah satu sebab aku pilih Galaxy Tab 7.7 berbanding Galaxy Note. Walaubagaimanapun, Samsung menjanjikan Update Android 4.0 Ice Cream Sandwich tak lama lagi

Kamera
Kelemahan paling utama Galaxy Tab 7.7 adalah kameranya. Aku memang dah agak dah. Mesti ada benda yang akan di downgrade kan. Kamera yang berkapasiti 3.15MP. Gambar sungguh tidak cantik dan pecah. Dan shooting time juga agak lambat. So, kepada yang berhajat menggunakan tablet atau telefon pintar sebagai alat utama untuk mengambil gambar, sila lupakan Galaxy Tab 7.7.

GPS
GPS adalah superb. Signal satelit dapat dikesan dalam masa 15-30 saat. Kedudukan adalah tepat. Tidak seperti Asus Transformer yang bermasalah GPS sehingga Asus terpaksa membekalkan peranti GPS luaran untuk mengatasi GPS dalaman yang bermasalah.

Walaubagaimanapun, kelemahan Galaxy Tab 7.7 adalah tiada aplikasi map yang bagus. Hanya ada Google Map dan Waze yang tak best. Papago tiada untuk Tablet. aku prefer Nokia Map yang mempunyai map lebih teliti (detail). Rumah aku tiada dalam google map. Dalam Nokia map, ada.


Saiz
Lupakan untuk meletakkan Galaxy Tab 7.7 ini di dalam poket seluar anda. Aku dah try. Memang boleh, tapi akan menyebabkan pengguna jalan semacam.

JenisVideo
Aku dah cuba berbagai bagai jenis video, kebanyakannya boleh dimain dengan hanya video player yang sedia ada. Tak perlu pemain tambahan. Hanya video 3gp yang tak dapat dimain. Agak janggal kerana memandangkan Galaxy Tab 7.7 ini juga boleh dikategorikan sebagai telefon pintar. Telefon pintar dan 3GP memang tak boleh dipisahkan. Antara jenis video yang boleh dimainkan adalah :
1)MKV - Fevret aku
2)AVI
3)MP4
4)FLV
5)WMV
6)VOD - tak cuba lagi
7)mpeg

Video 1080p boleh dimainkan tanpa masalah (test tengok Youtube 1080). Fail srt untuk paparan subtitle juga ditampung oleh Galaxy Tab 7.7 ini.

Aplikasi
Galaxy Tab 7.7 ini menampung (support) Google Play. Pasar aplikasi Google. Di bawah adalah aplikasi feveret aku.

  1. Junos Pulse - untuk buat VPN ke network tempat kerja. Kalau laptop, guna JuniperNetwork Connect
  2. Connectbot - untuk membuat sambungan telnet/SSH
  3. ZArchiever - boleh zip dan RAR
  4. android VNC - remote desktop versi tab
  5. Easy File Split And Join - hjsplit versi tab. bagus untuk join file movie yang telah dipecah-pecahkan
  6. Live Wallpaper
So, malas dah aku nak cerita panjang. Dah takde mood dah. Kat bawah ni, aku terus buat kesimpulan dengan menyatakan kelemahan dan kelebihan Galaxy Tab ni.

Kelebihan
  • Display terbaik. Hanya kalah kepada Ipad 2 retina display
  • Pemproses terbaik dan hanya kalah kepada Asus Transformer dan Huawei apatah
  • Sangat nipis dan ringan jika dibanding dengan tablet lain
  • Multi tasking

Kelemahan
  • Kamera hampeh
  • Kadang - kadang, akan sedikit panas bila downloading file besar (biasanya aku download ...)
  • Tiada butang khusus untuk kamera
  • Bateri agak kureng. Dalam sehari, kena caj semula
  • Tiada stylus seperti Note

Isnin, 9 April 2012

???

Manusia, sering bertanyakan soalan walhal dia tahu jawapannya. Kenapa? kerana dia risau jika dia yang bertanya, dan dia yang jawab, orang kata dia gila.