Isnin, 12 Februari 2018

Syarifah Ayshara Malissa

Hope you'll be a doctor one day.
Aysh, 2 dari kiri

UMI

Yes , I am old. I am turning into 38 this year. But still, I miss my arwah Umi. As a brother to my sisters, as a husband to my wife and even as a father to my daughters, I am not as strong as everyone think I am. God knows how much I'm longing for the comforting words of my Umi. I miss you Umi.

Rabu, 7 Februari 2018

TRIP TO JAPAN

Alhamdulillah. Allah murahkan rezeki, hajat dari kecil untuk ke negara matahari terbit iaitu Jepun, berjaya dicapai hujung tahun 2017. Terdetik nekad untuk ke Jepun bila AirAsia buat promosi ke sana. Dalam hati berkata, bila lagi? Jadi dengan hati yang redha, book je tiket dengan selang masa pergi dan balik lebih kurang 2 minggu. Lama tu

PERJALAN PERGI - 10-11 SEPTEMBER
Kami bertolak dari Kuantan ke Everly Hotel Putrajaya pada 10 September 2017. Tidur semalaman. Esoknya baru ke Putrajaya Sentral. Park kereta di situ dan naik ERL ke KLIA 2.
Menunggu ERL ke KLIA2 di Putrajaya Sentral

Kakak First time naik ERL
Sampai di KLIA2 lebih kurang pukul 10 pagi. Flight pukul 2 petang. Jadi kami sekeluarga terpaksa la merayau-rayau di KLIA2. Ambil Klook unilimited MIFI modem untuk kegunaan di Jepun nanti RM 200 untuk kegunaan 2 minggu.
Pose ala-ala hipstur
Penantian di KLIA2 dengan 2 orang anak hemo-hemo ni memang lah boleh menguji kesabaran. Nasib baik la flight tak delay ke apa.
Nak masuk Belon
Wefie sebelum masuk. Kakak excited

Tido sekejap je ni. Lepas tu, melilau

Sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai KIX lebih kurang pukul 10 malam waktu tempatan. Proses laluan imigresen agak cepat. Tapi rasanya,memang SOP imigresen ni, muka memang tak boleh senyum kot. Masam dan garang je. Dah la tak boleh cakap bahasa inggeris. Dibantainya cakap jepun dengan kami-kami ni. Memang itik dengan ayam la jawabnya.

Settle semua tu, kami pun tergempar-gempar la cari jalan nak naik tren ke homestay. Owner AirBnB ni pulak tak reply-reply message. Kami pun tawakal je la naik tren. Sampai di stesen yang berhampiran dengan homestay (berdasarkan panduan dari Google map) lebih kurang pukul 12:30 malam. Dah takde orang sangat dah. Kena menapak dalam 2 km. Kakak tolak satu beg, walid tolak satu beg super besar dan galas beg sandang, umi bawak beg galas dan tolak stroller Aysh. Aysh duduk dalam stroller.
Muka penat

Sempat wefie dalam tren ke homestay



Ingat kan tak penat, sebab bajet sejuk sebab awal musim luruh. Sekali panas da. Berpeluh ketiak kami jalan kaki. Cumanya, memang respect pada suasana Jepun. Bayangkan, pukul 1 pagi, masih boleh lalu di laluan belakang rumah. Keadaan terang dan selamat. Kadang-kadang berselisih dengan awek jepun naik basikal sorang-sorang dengan beg coach duduk dalam raga depan. Mak ai...selamat sungguh. Kami bertiga pun, takde masalah nak tolak beg dan dan stroller sebab jalan sangat rata (walaupun laluan belakang rumah orang) dan memang ada laluan pejalan kaki di mana-mana pun. Oo..Lupa nak bagi tau, homestay pertama kami adalah di Osaka.

Setelah berjalan hampir sejam, kami pun sampai di homestay berkenaan. Lambat sampai sebab GPS asyik loss signal dan route bertukar-tukar. So, kami pun cuba la dapat kan kunci yang terletak dalam mailbox menggunakan arahan seperti dalam airbnb. Sekali, takde kunci pun dalam tu. Hampeh.. message ke owner, tak reply-reply. Nak call, tak beli simkad jepun. Hadui...Masa tu, rasa hopeless sangat. Sebab takde orang yang boleh minta tolong. Ada je mamat-mamat jepun lalu. Tapi, kami ni segan pulak nak minta tolong. Diorang ni pulak, kalau kita tak minta tolong, dia tak tolong.

Masa tu, dah pukul 2 pagi. Kakak dah bersimpuh kat atas lantai depan sliding door lobby apartment. Muka kepenatan. Aysh dah merengek. Nak dijadikan lagi malang, hujan renyai pulak. Sedih sungguh masa tu.

Nak dijadikan cerita, ada lah satu couple cina daripada Macau ni turun ke bawah nak keluar. Maka diorang ni nampak lah kami anak beranak terkandas kat luar. Dengar la si perempuan tu cakap dengan laki dia, congceng-congceng. Bunyi macam dia prihatin. Dia tanya nak ke mana, menggunakan bahasa tangan sebab tak boleh berbahasa inggeris. Aku cakap nak masuk rumah, tapi kunci takde. Lepas tu diorang bincang lagi. Maybe diorang nak offer duduk sementara bilik diornag, tapi memandangkan kami ramai, tu yang dia serba salah.

Akhirnya, si lelaki macau tu panggil kami, nak tunjukkan hostel terdekat. So, memandangkan memang owner airbnb tu tak reply-reply message aku, terpaksa la ambil keputusan cari hostel lain. Kami pun follow la mereka. Rupanya tak jauh pun. Dalam 20 meter dari apartment tadi. Lepas ucap terima kasih pada couple tadi, kami pun pergi la check-in. Masa tu dah pukul 3 pagi. Nak tau berapa harga semalam, dalam kes ni, sampai pukul 12 tengah hari nanti. RM 400. Telan air liur je meleretkan kad kredit. Pergh..Tapi nasib baik la bilik dia ok.
Sempat bergambar dengan staf hostel yang ramah dan boleh berbahasa inggeris


Bersambung..