Sabtu, 6 April 2019

LANGKAH TERAKHIR...

Tahun ini , merupakan tahun terakhir untuk aku berada dalam kumpulan manusia berusia 30-an. Tahun depan, dah melangkah dekad yang baru, 40-an. 40-an rasanya agak membosankan. Lif pun ada tingkat 3A shj, tiada tingkat 4. BMW skip dari 3 series terus ke 5 series. Ye..agak membosankan. Sedih....

Nampak macam, takde lah lama sangat hidup atas dunia ni. Tapi bila dibandingkan average umur manusia sekarang ni, maka dah lebih separuh aku habis kan usia aku atas dunia ni. Alhamdulillah, banyak pengalaman hidup berat-berat dah aku lalui, dah aku hadapi. Semua menjadi pedoman aku untuk untuk meneruskan hidup.

Ye, aku bukan manusia yang baik, berjaya pun tidak. Tapi itu lah aku. Suka sedang-sedang sahaja. Kalau boleh, nak golek-golek sahaja di rumah dan tidur. Terima kasih tuhan, walaupun Kau hadapkan aku dengan dugaan, dan kau takdirkan aku tergelincir dan tersungkur dengan dosa. Tapi Kau juga hadirkan rasa sesal, bersalah dan rasa malu atas dosa-dosa itu. Dan Kau angkat semangat aku untuk aku jadi makhluk yang lebih baik, kalau tak banyak, sedikit.

Terima kasih juga tuhan, kerana Kau telah kurniakan rasa sayang pada insan-insan penting dalam hidup aku dan kau tetapkan rasa sayang itu, tidak berubah walaupun sedikit. Terima kasih juga kerana menghadirkan insan-insan tersebut ke dalam hidup aku, walid, umi, ibu, mak, abah, adik beradik, isteri, anak-anak, sedara mara, kawan-kawan dan lain-lain yang sentiasa duduk di sisi aku ketika aku tersenyum kegembiraan atau tersengih kesakitan.

Jadi, melangkah lah aku ke umur 39. Semoga dipermudahkan perjalanan hidup aku. Tiada apa yang aku impikan selain daripada untuk menikmati kehidupan ini dengan cara aku, santai dan relaks. Terima kasih semua atas kenangan yang telah kita cipta bersama, tak kira lah kenang manis , gembira, sedih, pedih dan sebagainya. Semuanya tetap berharga untuk aku kenang dan ambil ikhtibar.

Bye