Aku yakin semua orang percaya kepada tuhan. Even yang mengaku sebagai free thinker pun, jika diselami lubuk hati mereka, mereka masih percaya bahawa ada suatu kuasa yang menguasai dan mengaturkan seluruh alam.
Orang Islam, lagi la, sepatutnya lagi kuat keyakinan kepada tuhan. Tapi, seperti biasa, aku selaku manusia, yang lemah, banyak buat dosa dan boleh dikatakan jahat, walaupun percaya pada tuhan, tetapi adakah aku menggantungkan keseluruhan jiwa dan raga aku di atas keyakinan aku itu. Dengan tak malu, rendah diri, aku malu mengakui, keyakinan aku itu tak sekuat mana.
Apabila berdoa selepas solat, dengan doa supaya dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Maka,harapan dan bayangan aku pada masa itu adalah, aku kena berusaha, bekerja keras, baru lah rezeki akan datang masuk. Tapi, yakinkah aku jika dikatakan, sejurus selepas aku berdoa tu, tiba-tiba turun sejabir duit note rm100 bergulung, berikat-ikat didepan aku? Adakah aku yakin perkara itu boleh berlaku?
Betul, aku masih kurang yakin, kerana dibebani logik akal marhaen ini. Padahal tuhan itu maha berkuasa, "Jadi, maka jadilah ia". Yang menghidup sesuatu yang mati dan mematikan sesuatu yang hidup. Maka, kenapa aku masih tidak yakin? Kerana aku manusia lembap. Yang terbatas, yang yakin dengan apa yang aku nampak dan rasa sahaja.
Tetapi, sejak kebelakangan ini, berlaku perkara-perkara yang membuatkan aku berfikir dan menjadi "Aha!" moment kepada aku. Saat dimana, dalam keadaan terdesak, dikala hanya tuhan sahaja menjadi tempat aku bergantung, tuhan ingatkan aku bahawa Dia lah maha berkuasa dan pengatur terbaik hidup ini. Jika Dia menginginkan sesuatu itu berlaku, maka berlakulah ia walaupun melanggar segala batas logik, lari dari segala norma dan dipenuhi segala ketidaksangkaan makhluknya yang lemah seperti aku.
Jadi, apa yang telah aku lalui?..
Adalah...rahsia..hahahaha..
Maka, sama-sama lah kita lebih yakin kepada Dia. Ye, benar, kita kena berusaha juga, jangan malas. Tetapi, yakinlah bahawa apa sahaja mampu terjadi atau tidak terjadi, dengan izinnya.
Maafkan aku..hamba Mu yang, lemah, bodoh dan serba hina ini..Alhamdulilah.
When good, bad, lust, intellect,conscious, logic and intuition collide in one mind,then conflict will take place.
Jumaat, 21 Jun 2019
Jumaat, 14 Jun 2019
MELANGKAH
Langgan:
Catatan (Atom)