Khamis, 14 Mei 2020

UMI

11 May lepas merupakan ulangtahun kelahiran arwah umi. Kalau umi ada lagi sekarang, umurnya dah 65 tahun. Alhamdulillah, dikurniakan seorang umi yang sangat cekal, tapi lembut budi bicara. Setiap tutur kata dan perbuatan, sentiasa didahului oleh penilaian yang dalam. Tak dapat banyak, sedikit juga tetap turun mengalir kepada anak-anak umi.

Arwah umi sangat cekal dan taat. MasyaAllah, dugaan apa yang tak pernah dilalui oleh nya. Melalui hidup susah, sakit dan sebagainya. Umi tetap sabar dan taat. Menjaga kami 5 beradik dengan kasih sayang dan nasihat. Jarang salahlaku yang aku lakukan terhadap beliau , tidak disertai dengan perasaan bersalah amat sangat dan permohonan maaf kepadanya. Sebab kami terdidik untuk menyayangi dia sepenuhnya.

Tatkala kakinya terpaksa dipotong kerana barah. Dia tetap menjalankan tugas ibu dengan sepenuhnya. Mengesot, mengesotlah. Dia menjahit, baking dan sebagainya. Ya Allah, kuat sungguh Umi.

Tatkala barah dah kronik merebak ke perut dan kepala, sungguh seksa hidup umi. Tapi umi cuba sorok dari anak-anak. Tapi aku tetap dengar rintihan sakit nya dibalik pintu bilik.  Kesian umi. Memang sakit. Aku tau. Kadang-kadang, minda budak aku ketika itu terfikir kenapa tuhan berikan hukuman sebegitu padanya. Apa dosa dia? Apa salah dia?

Kini umi telah tiada. Aku redha pemergiannya. Aku telah lama redha pemergianya dari hari pertama umi menghembuskan nafas terakhirnya. Semoga umi tak menderita lagi, kata hati aku pada ketika itu. Aku, kami dapat rasakan, umi tenang di sana. Insyaallah, syurga lah tempat selayaknya untuk umi. Umi doakan anak-anak umi pula dapat bertemu umi di pintu syurga nanti. Insyaallah 

Al Fatihah untuk umi