Ahad, 24 Januari 2021

ATURAN MASA

 "Nanti, dah kawin, kena ada rumah. Bila ada anak, nak kena pasang akon. Kalau tak, anak panas, ruam pulak. Lepas tu, kena ambil medical card, insuran dan sebagainya. Perghh..macam mana nak kawin kalau mcm ni".

Statement keluhan seorang rakan. Yang risau berkenan perbelanjaan kehidupan berumah tangga. Yang membuatkan dia terbantut untuk kawin.

Aku senyum. Sengih sedikit. Keluar lesung pipit. Hensem..(ceh!!). Sambil berkata, "everything has it's own time". Aku terpaksa ulang sebab pronunciation aku tak bagus.

Tapi, lebih kurang begitulah. Rezeki kita datang berperingkat. Rezeki masa nak kawin, masa isteri pregnant, masa bersalin, masa menyusu, masa anak nak sekolah dan sebagainya. Setiap sesuatu, ada masanya yang tersendiri. Betul, kadang-kadang ada masa kita kesempitan. Adatlah tu, pandai-pandai lah kita manage. Selagi kita berusaha, jangan lah bimbang, ada rezeki kita.

Lagipun, kita tak muda lagi. Jangan pula bila kita rasa, semua dah lengkap dan well prepared, baru nak kawin, tiba-tiba body kita pula dah tak berkeupayaan nak berzuriat. Yang tu, susah nak cerita.

Usaha dan tawakkal. Benda yang baik, InsyaAllah tuhan tolong. Kalau tuhan tak tolong, maybe benda tu bukan benda baik.

Ok lah..bye.

SmH

Khamis, 14 Mei 2020

UMI

11 May lepas merupakan ulangtahun kelahiran arwah umi. Kalau umi ada lagi sekarang, umurnya dah 65 tahun. Alhamdulillah, dikurniakan seorang umi yang sangat cekal, tapi lembut budi bicara. Setiap tutur kata dan perbuatan, sentiasa didahului oleh penilaian yang dalam. Tak dapat banyak, sedikit juga tetap turun mengalir kepada anak-anak umi.

Arwah umi sangat cekal dan taat. MasyaAllah, dugaan apa yang tak pernah dilalui oleh nya. Melalui hidup susah, sakit dan sebagainya. Umi tetap sabar dan taat. Menjaga kami 5 beradik dengan kasih sayang dan nasihat. Jarang salahlaku yang aku lakukan terhadap beliau , tidak disertai dengan perasaan bersalah amat sangat dan permohonan maaf kepadanya. Sebab kami terdidik untuk menyayangi dia sepenuhnya.

Tatkala kakinya terpaksa dipotong kerana barah. Dia tetap menjalankan tugas ibu dengan sepenuhnya. Mengesot, mengesotlah. Dia menjahit, baking dan sebagainya. Ya Allah, kuat sungguh Umi.

Tatkala barah dah kronik merebak ke perut dan kepala, sungguh seksa hidup umi. Tapi umi cuba sorok dari anak-anak. Tapi aku tetap dengar rintihan sakit nya dibalik pintu bilik.  Kesian umi. Memang sakit. Aku tau. Kadang-kadang, minda budak aku ketika itu terfikir kenapa tuhan berikan hukuman sebegitu padanya. Apa dosa dia? Apa salah dia?

Kini umi telah tiada. Aku redha pemergiannya. Aku telah lama redha pemergianya dari hari pertama umi menghembuskan nafas terakhirnya. Semoga umi tak menderita lagi, kata hati aku pada ketika itu. Aku, kami dapat rasakan, umi tenang di sana. Insyaallah, syurga lah tempat selayaknya untuk umi. Umi doakan anak-anak umi pula dapat bertemu umi di pintu syurga nanti. Insyaallah 

Al Fatihah untuk umi



Sabtu, 18 April 2020

LANGKAH 40

Lagi beberapa hari, usia akan menjejak 40. Kadang-kadang rasa segan pada diri sendiri. Bila mengintai rakan seusia, pelbagai pencapaian mereka dah kecapi. Ada yang dah berperniagaan sendiri, ada dah duduk tangga korporat tinggi, ada yang dah jadi ilmuan ulung, ada yang dah berkali-kali haji, ada yang dah beristeri 3, ada yang bebas hutang dan sebagainya.

Aku, dalam langkah ini, masih lagi biasa. Average joe orang kata. Biasa-biasa sahaja, tiada yang mengiorkan. Kadang-kadang bila dibandingkan dengan yang lain, rasa risau pula. Tak apa ke aku begini? Biasa-biasa macam ni ok ke?

Cuma, yang lebih merisaukan adalah, aku macam ok sahaja dengan keadaan sekarang. Keeping my pace low. Masih lagi melangkah perlahan. Tiada impian nak jadi jutawan seperti Jejaka terlajak laris, atau sebagainya. Selesa dengan kelegaan hidup yang ada. Ada banyak masa terluang yang tidak produktif (tidur, main ps4, movie night & etc). Paling penting boleh lepak kat rumah dengan famili.

Hmmm. Entah lah. Memang jenis aim dalam hidup tak tinggi kot. Hahaha. Takpe la, tak perlu la risau, langkah la seperti biasa. 40 akan datang samada aku bersedia atau tak. Kecuali jika umur tak panjang la kan. 

Langkah la perlahan - lahan SM Hatta. Langkah kau tak kosong. Langkah kau dah banyak lalui pelbagai dugaan hidup. Ada yang kau tersadung, luka tapi kau bangun juga. Kau pernah ditinggal terkotang-kanting di awal hidup, tiada tempat berpaut, tapi kau langkah juga. Kau langkah, dan kau langkah sambil tersenyum. Dan kau tak langkah memijak sesiapa. Jangan.

Mungkin, aku selesa dengan hidup yang biasa, yang kecil, sedang-sedang atau sederhana. Asalkan boleh membantu diri, keluarga dan sesiapa yang memerlukan. Ye, macam tu kot. Itu lah impian aku. Simple...


...tapi nak dua.

bye