Pada tarikh hari ni, 30 tahun yang lepas, lahir la seorang budak comel oleh seorang ibu bernama syarifah al'yah. Bayi tersebut sungguh comel sehingga la sekarang, kecomelannya masih ada dan diturunkan kepada anaknya yang juga bernama syarifah alyah.Huhuhu...
Selamat hari lahir untuk diri aku sendiri. Tak sangka dah 30 dah. Dah matang, bukan tua. Masuk 30, bermakna sel tulang aku akan mula stop menghasilkan sel baru kecuali jika aku minum anlene. Macam tak percaya dah 30. Rasanya macam baru je aku clash dengan awek aku masa kat utm dulu.huhuhu.
Tapi aku terima dan suka masuk umur 30 ni. Baru nampak tua sikit.kalau ada jambang sikit dan uban putih kat tepi kepala, lagi smart. Ditemani isteri dan anak yang comel, aku dah bersedia untuk meredah umur 30 an ni. Harap-harap sempat jumpa umur 40 an. Banyak menda tak settle lagi, hutang kereta, rumah dan hutang amal ibadat.
Semoga 30 memabawa keberkatan dan rezeki melimpah ruah pada aku. Boleh aku share dengan sedara mara dan orang yang memerlukan.
Last sekali, aku ingin mengucapkan terima kasih pada arwah umi yang melahirkan aku, ibu yang membesarkan aku, walid yang cari rezeki untuk aku dan famili,adik-adik aku yang menyokong aku, cikgu aku yang beri ilmu pada aku, isteri dan anak aku yang menyambung keturunan dan penceria hidup aku, kawan-kawan yang menambah pengalaman aku, dan teristemewa sekali pada tuhan yang menjadikan, mengasihi dan menyayangi aku. Bak kata orang putih" thank you god".
Heppy Birthday to Me
When good, bad, lust, intellect,conscious, logic and intuition collide in one mind,then conflict will take place.
Isnin, 26 April 2010
Ahad, 11 April 2010
Sederhana
Melayu itu sederhana. Islam pun sederhana. Sebab tu la melayu mudah untuk menerima islam. Ye la kot. Bila tanya sape-sape la, melayu la. Apa plan bila tua nanti. Ramai yang cakap, bila tua nanti, nak balik kampung,buat rumah dekat kampung. Nak buat kebun supaya petang-petang boleh bercucuk tanam. Magrib pegi surau dengan orang rumah. Balik, lepak-lepak kat beranda dengan isteri sambil minum kopi o dan cerita kenangan zaman muda.
Macam tu la melayu,ataupun aku. Memang la masa sekarang,macam2 cita2 aku. Nak kaya, nak umah besar dan bagai lagi. Tapi dipenghujungnya, aku tetap la nak balik kampung. Hidup dalam kesederhanaan.
Sebab tu lah Hang tuah cakap, tak kan melayu hilang di dunia. Sebab dalam keserdahanaan ini, kita tetap akan ada didunia ini.
Macam tu la melayu,ataupun aku. Memang la masa sekarang,macam2 cita2 aku. Nak kaya, nak umah besar dan bagai lagi. Tapi dipenghujungnya, aku tetap la nak balik kampung. Hidup dalam kesederhanaan.
Sebab tu lah Hang tuah cakap, tak kan melayu hilang di dunia. Sebab dalam keserdahanaan ini, kita tetap akan ada didunia ini.
Jumaat, 2 April 2010
Saya Batuk
Langgan:
Catatan (Atom)