Isnin, 26 April 2010

Hari Aku

Pada tarikh hari ni, 30 tahun yang lepas, lahir la seorang budak comel oleh seorang ibu bernama syarifah al'yah. Bayi tersebut sungguh comel sehingga la sekarang, kecomelannya masih ada dan diturunkan kepada anaknya yang juga bernama syarifah alyah.Huhuhu...

Selamat hari lahir untuk diri aku sendiri. Tak sangka dah 30 dah. Dah matang, bukan tua. Masuk 30, bermakna sel tulang aku akan mula stop menghasilkan sel baru kecuali jika aku minum anlene. Macam tak percaya dah 30. Rasanya macam baru je aku clash dengan awek aku masa kat utm dulu.huhuhu.

Tapi aku terima dan suka masuk umur 30 ni. Baru nampak tua sikit.kalau ada jambang sikit dan uban putih kat tepi kepala, lagi smart. Ditemani isteri dan anak yang comel, aku dah bersedia untuk meredah umur 30 an ni. Harap-harap sempat jumpa umur 40 an. Banyak menda tak settle lagi, hutang kereta, rumah dan hutang amal ibadat.

Semoga 30 memabawa keberkatan dan rezeki melimpah ruah pada aku. Boleh aku share dengan sedara mara dan orang yang memerlukan.

Last sekali, aku ingin mengucapkan terima kasih pada arwah umi yang melahirkan aku, ibu yang membesarkan aku, walid yang cari rezeki untuk aku dan famili,adik-adik aku yang menyokong aku, cikgu aku yang beri ilmu pada aku, isteri dan anak aku yang menyambung keturunan dan penceria hidup aku, kawan-kawan yang menambah pengalaman aku, dan teristemewa sekali pada tuhan yang menjadikan, mengasihi dan menyayangi aku. Bak kata orang putih" thank you god".

Heppy Birthday to Me

Tiada ulasan: