Isnin, 14 Jun 2010

Penat Sebab Terbangun Malam

Sekarang ni, asyik lesu je sebelah siang. Sebab malam asyik terbangun. Bukan tengok bola or yg satu lagi tu. Melayan ke alya muntah. Selalu sangat muntah tengah malam sekarang. Start jadi masa dia demam aritu.



Starting dia, mesti dia bangun terkejut sebab ngigau, nangis dan muntah. Yang penatnya, muntah atas katil pulak. Kalau sempat, cepat-cepat tarik dia masuk bilik air. kalau tak sempat, habis lah kena tukar cadar.



Sebenarnya, bukan apa pun. Dia muntah sebab dia nangis. Kalau tak nangis, tak muntah. Bila muntah tu, menyirap la darah umi dengan walid. Kalau sekali sekala takpe. Ni, seminggu 2-3 kali. Kalau ada maid takpe. Umi jugak yang kesian kena basuh cadar. Walid geli.



Tapi aku pun tolong gak, madi kan alya bila dia dah muntah tu. Tu yang lesu jugak tu bila time keje. Tapi yang mengherankan tu, time cuti, dia tak muntah pula. Time keje ni la yg muntah ngigaunya. Pelik-pelik.

Dah lah, lesu dah menaip...

Tiada ulasan: