Rabu, 14 Julai 2010

The World Is Getting More And More Boring...

Wah..wah. Title omputih. Tapi lebih kurang macam tu la. Everyday is a same routine. Pergi kerja, balik kerja, makan malam tengok tv dan tidur. Kerja pula, baca email, reply email, compose email dan turun buat doket.

Tak banyak benda baru yang nak di explore. Semua benda dah tau. Dalam peti sejuk ada coke dengan satay semalam, hari selasa pukul 9:30 ada gossip girl dan kabinet teruntum, E-side bermasalah.

Masa zaman-zaman bujang dulu, kerja kat tempat lama, syok jugak. Tiap - tiap hari buat benda berbeza. Site survey, installation dan sebagainya kat merata malaysia. So, sentiasa mengexplore kawasan baru, pengalaman baru dan survey calon isteri(walaupun last nya jumpa wife kat tempat lain). Tapi yang tak best, penat dan gaji ciput tak berbaloi dengan kerja.

Macam tu lah. Mungkin aku awal sangat men"settle down" kan diri aku. Menyebabkan aku cepat bosan. "So how to re-spark the excitement in my life (personal & work)?" Tanya seorang John dalam diri aku.Tambah mem sorang lagi?Oh tidak, nak mati ke!! Tukar kerja?Hmm, considerable. Tah la, takde idea.

Orang cakap, "routine make you lazy". Orang yang cakap tu, aku la. So, bila dah selalu sangat buat menda yang sama, jadi malas. Nasib baik la ada alyah maisarah. So, life aku ada la sikit ke "unknown" an nya. Sampai kacau bilau rumah. Tapi, itu aje faktor yang memaniskan hidup aku yang dah makin tawar ni. Dia yang yang bikin aku panas, bikin aku gembira, yang boleh buat aku tersenyum sorang2. Aku tak tau la macam mana kalau dia takde dalam hidup aku. Dia la satu-satunya perkara yang tak rutin dalam hidup aku.

"So, Is the world is getting more and more boring...? or it's just me."Kata seorang john dalam diri aku sekali lagi. Entah la

Tiada ulasan: