Isnin, 14 Jun 2010

Alya Maisarah

Saja-saja upload gambar. Ramai orang cakap, alyah dah macam kakak. Patut dah ada adik dah. Tengok la gaya dia. Dengan beg bekas air doranya. Tapi, kena hold dulu plan nak ada adik. Kena tambah budget dulu. ..

N78 Yang Pendek Umur

Bulan lepas, genap la umur Nokia N78 aku. Tetiba je rosak masa nak ke terengganu hari tu. Display rosak, blank screen je. Hari tu dah rosak, repair. Pastu rosak lagi. Malas nak hantar repair. So, cari pengganti baru aje la. Baru match dengan HP baru umi.

Walaupun sekejap, N78 la yang memperkenalkan pada aku, nokia map dan bagai. Banyak la jugak jasa dia. Sekarang ni, pakai adik beradik Nokia X pulak. Semoga umur kekal sampai tahun depan.

Penat Sebab Terbangun Malam

Sekarang ni, asyik lesu je sebelah siang. Sebab malam asyik terbangun. Bukan tengok bola or yg satu lagi tu. Melayan ke alya muntah. Selalu sangat muntah tengah malam sekarang. Start jadi masa dia demam aritu.



Starting dia, mesti dia bangun terkejut sebab ngigau, nangis dan muntah. Yang penatnya, muntah atas katil pulak. Kalau sempat, cepat-cepat tarik dia masuk bilik air. kalau tak sempat, habis lah kena tukar cadar.



Sebenarnya, bukan apa pun. Dia muntah sebab dia nangis. Kalau tak nangis, tak muntah. Bila muntah tu, menyirap la darah umi dengan walid. Kalau sekali sekala takpe. Ni, seminggu 2-3 kali. Kalau ada maid takpe. Umi jugak yang kesian kena basuh cadar. Walid geli.



Tapi aku pun tolong gak, madi kan alya bila dia dah muntah tu. Tu yang lesu jugak tu bila time keje. Tapi yang mengherankan tu, time cuti, dia tak muntah pula. Time keje ni la yg muntah ngigaunya. Pelik-pelik.

Dah lah, lesu dah menaip...