Orang nak berazam, aku pun nak berazam jugak. Azam tahun lepas, dah tak ingat dah. So, tak tau lah tercapai ke tidak. So azam tahun 2012, harap akan tercapai lah. Ala, azam yang biasa - biasa aje. Tapi, kena tulis kat blog, supaya tak lupa lagi. Azam tahun 2012.
1) Menambah efisyensi kerja.
2) Membaca terjemahan AlQuran
3) Menjadi muslim yang lebih baik
4)Menyetup media server kat rumah
5)Membuat blog review nasi Ayam yang sentiasa diupdate.
6)Menaikkan gaji
7)Mengumpul duit untuk...
8) Berbasikal pusing Pahang...besar sangat, pusing kuantan sampai pekan
9) Nak cat pagar rumah
When good, bad, lust, intellect,conscious, logic and intuition collide in one mind,then conflict will take place.
Sabtu, 31 Disember 2011
Buku Pilihan Saya
Aku suka giler cerita lord of the ring. Cerita penuh dengan fantasi, kebaikan dan kejahatan. Bahasanya yang berkias, bermain dengan metafora yang halus. Ada sedikit babak yang berkaitan dengan apa yang berlaku selepas mati yang bagi aku agak menarik konsepnya. Dan cerita tu menarik sebab pengarah berjaya mewujudkan perasaan putus asa dalam hati penonton dan kemudian tiba tiba menerbitkan bibit harapan yang membakar semangat dan berjaya.
Wah! Dahsat. Aku tak baca buku dia sebab iltizam aku tak cukup nak habiskan buku besar pemberat penghadang jalan tu. Tapi, ramai cakap buku tu memang best giler sebab diluar imaginasi manusia biasa.
Hmm, aku teringat sesuatu. Tentang sebuah lagi buku yang memang sah sah diluar imaginasi manusia yang dah lama aku tak baca. Ya, alquran, yang dalamnya terkandung kata-kata dari pencipta bukan sahaja manusia, tapi sekian alam samada yang telah wujud, sedang wujud dan akan wujud. Beb! Aku baru macam seakan tersedar betapa agungnya buku ini. Come on la. Tuhan kita, yang tau segalanya, segala galanya, mengurniakan kita kitab ini untuk dibuat rujukan. Tak ke maha hebat buku tu. Tapi kenapa sebelum ni, aku tak perasan kehebatan buku ini? Kenapa agaknya. Padahal aku dah dua tiga kali khatam dah baca buku ni. Rasanya aku tau jawapannya. Tapi malu lah nak bagi tau.Hahaha..
Sebabnya, sebelum ni, aku hanya membaca bunyi nya. Maksud ayat,tau sikit-sikit. So, macam mana aku nak rasa kagum, atau excited dengan ayat ayat dalam buku ni.
Betul lah, dulu masa zaman sekolah, ada belajar tafsir. Tapi, tafsiran yang dilakukan oleh buku teks tu walaupun betul, tak berjaya mewujudkan rasa kagum dan sekali gus gagal menarik perhatian pelajar. Habis belajar, dah dewasa, aku banyak dengar jugak ceramah agama. Tapi silapnya, biasanya quran kebanyakannya dijadikan rujukan untuk penerangan berkenaan hukum hakam dalam Islam. Perkara tersebut memang tak salah, tapi bila sebut hukum atau peraturan, sinonim dengan kongkongan. So, secara tak disedari akan menjauhkan golongan yang diluar ni. Memanglah islam itu ada peraturan dia. Tapi kalau kita nak menarik sesuatu, adakah kita akan bagitau perkara yang akan memberatkan orang yang nak kita tarik itu? Lagipun, aku ada pernah dengar dari ceramah agama, quran ni, berapa percent je ayat nya yang berkaitan dengan hukum hakam. So ada macam - macam dalam tu. Kalau tak, tak kan tuhan angkat buku tu sebagai panduan hidup umat manusia. Umat manusia ye, bukan umat islam sahaja. Dan panduan hidup, diulangi, panduan hidup, bukan panduan peraturan sahaja, panduan beragama sahaja atau sebagainya. Panduan hidup ni bermaksud meliputi segalanya. Even kalau nak buat movie sci-fi pun boleh rujuk buku ni sebab terbukti di dalamnya terdapat maklumat - maklumat yang melangkaui masa dan ruang. Dan movie yang dibuat itu berdasar kisah benar (bukan khayalan semata) sebab semuanya yang ada dalam quran adalah benar.
Dan yang terbaiknya. Al-Quran ni, isi kandungan dia, memang up-to-date. Ajaibkan? Sebab itulah kitab ini diangkat sebagai mukjizat. Apa yang terkandung dalamnya sentiasa kena dengan sebarang zaman. Contohnya, ayat di bawah :
"Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?" (Al Qur'an, 21:30)
Dalam beberapa abad terbaru ini, manusia mula dapat clue tentang kejadian alam dengan teori Big Bangnya. Tapi dalam Quran, memang dah ada dah. Cuma, ayat ini baru dapat difahami oleh manusia apabila sampai masanya iaitu bila ilmu dan akal manusia baru dapat menerima dapat kejadian alam tersebut. Aku yakin, dalam kitab tersebut, masa banyak lagi rahsia dan ilmu yang pada masa sekarang masih lagi tak dapat diterima akal manusia, tetapi akan jadi relevan dan dapat diterima akal pada masa akan datang.
Sebab tu lah aku suka tengok rancang al kuliah sebab tajuk dia selalunya tak stereotype. Selalu membincangkan perkara -perkara yang baru. Dan rancangan terbaru yang membincangkan isi kandungan quran yang menarik minat aku adalah reflection di tv alhijrah. Aku suka ustaz tu menerangkan maksud disebalik sesuatu ayat dalam alquran. Bagaimana 1 ayat yang pendek boleh memberi maksud yang mendalam yang kadang kala merentas masa dan ruang. Dan kadang kadang, ayat yang biasa kita dengar dan tau serba sedikit maknanya rupanya mempunyai maksud yang jauh lebih mendalam dan menarik.
So, aku berazam, tahun 2012 aku akan mengkaji isi kandungan buku ini. Aku nak mensenggamakan minda aku. Beb! Rugi la tak baca novel ni yang mana ayat ayatnya dari pencipta semua benda. Moga aku akan dikurniakan pemahaman yang lebih berkaitan diri aku dan pencipta aku. Salam

Khamis, 8 Disember 2011
Bizi Wedges
Minggu ni merupakan minggu yang agak bizi bagi aku sebagai seorang profesional dalam bidang telekomunikasi. Walaubagaimanapun, bizi aku itu bukan berkaitan dengan kerja - kerja hakiki, tapi kerja main - main (Bak kata GM aku). Melompat, menjerit, merayau dan mengkinja - kinja.
GCEO nak datang. Must prepare everything. Everything must be prepared. Or prepare to meet your Doom! Cheh!! Bermadah. Fail to plan is planning to fail. Madah lagi!! Entah macam mana aku terpilih untuk menjadi ahli koir untuk nyanyian masa GCEO visit. Aku hargai penghargaan oleh rakan - rakan yang mencalonkan nama aku. Terharu...
Lepas tu, ada kena buat war Cry pulak. Mungkin sebenarnya lebih kepada sesi mengkelakorkan diri sendiri depan GCEO. Ah lantak ler. Aku sporting per. Nanti baru la menonjolkan personaliti aku depan management. Untung - untung boleh jadi pak lawak tetap event company. Hahaha...
Last sekali, aku terharu juga kerana terpilih dalam sesi minum - minum bersama GCEO walaupun last minute punya selection. Tak kisah pun, jiwa kental. Nanti apa la aku nak borakkan ye dengan GCEO. Ehh...Tak perlu bimbang, dialog dah disediakan oleh penganjur.
Aku penat...sebab tu tulis mengarut...Salam

Langgan:
Catatan (Atom)