Hari ni sungguh memarahkan (ok ke perkataan ni). Kena buat kerja orang. Pastu bos pulak menggelabah suruh ke site. Padahal dah nak jumaat dah. Kalau pergi pun, tak dapat nak buat apapun sebab orang lain pun nak sembahyang jugak. Kelamahan bos aku pulak, pantang orang atas sikit (YB, CEO, big bos) tanya dia, mula la menggelabah. Push staf tanpa fikir dulu. Staf jadi fed up.
Dah tadi tak pasal-pasal aku suara tinggi dengan bos. Bukan sekadar bos je, dengan customer -customer tu sendiri pun aku jadi sentap. mula la keluar ayat " Dah tu, saya ni tak payah sembahyang la!" dan " boleh sabar sikit tak!". Tak pernah - pernah aku jadi macam tu. Hahaha. Ye la, as bos, kena la support staf. Kalau bos sentap, anak buah lagi lah. Tapi tadi, sempat sms bos cakap sori sebab tertinggi suara. Yelah, bukan disengajakan pun. Lagipun risau gak. Nanti ada dapat KPI paras lutut pulak. Tak merasa bonus.
Tapi yang aku masih kurang berpuas hati ni, owner event ni lah. Ikutkan segment tu dia jaga. Tapi diberi pada unit aku. Atas dasar bersangka baik dan sebab unit aku biasa buat, aku pun bantu. Tapi yang bestnya, boleh dia cuci tangan macam tu aje. Panas juga tadi. Aritu dah kena sekali. Tapi lepas ni mungkin idak le. Pisang tak berbuah tiga kali. Need to be firm dengan dia on the responsibility area. Tak pandai, boleh diajar.
Pergh...Panas lagi memanaskan. Nasib baik staf aku understanding belaka. Lagipun, aku, bila nak suruh staf buat kerja susah-susah, aku ikut sekali. pertamanya, boleh kurangkan kesusahan dia, keduanya, dia takde peluang nak ngumpat aku masa buat kerja...hahaha...
Blah la...Wassalam...
*tak pasal-pasal wife aku kena bad mood dengan aku. Sori ye sayang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan