Just nak cerita something yang sebenarnya, maybe takde apa-apa sangat pada orang lain, tapi agak istimewa pada aku. Kelmarin merupakan tahun baru islam. Macam biasa, bangun subuh, macam nak jogging. Tapi termalas pula. So, baring-baring dan tidur.
Dalam tidur yang singkat tu, aku sempat bermimpi. Bermimpi berjumpa dengan arwah umi. Walaupun agak berbeza, tapi aku tau itu arwah umi. Badan sikit berisi, seperti, jika arwah masih ada, lebih kurang begitu lah rupa parasnya (agaknya). Arwah umi, tersenyum, memandang aku. Aku pandang dia, dan kemudian nya, memeluknya. Bercucuran air mata keluar daripada mata aku yang tertutup rapat sambil tangan memeluk kuat dia. Aku katakan padanya, "Umi, abang rindu umi". Itu sahaja yang sempat aku tuturkan sebelum aku terus terjaga. Rupanya, apa yang aku tuturkan itu terkeluar dibibir aku diluar mimpi yang sekaligus menyebabkan aku terjaga. Umpama, apabila kita bermimpi ngeri, bila terlampau ketakutan, kita akan terjaga. Maybe, mimpi aku ni, bukan sebab terlampau ketakutan, tetapi terlampau gembira bila dapat berjumpa dengan arwah umi.
Jadi, bila aku terjaga, aku dapat rasa, ada air mata yang meleleh ditepi mata aku. Aku cuba tidur semula dengan harapan dapat menyambung mimpi indah tadi, tapi hampa.
Aku tak pasti, samada aku benar berjumpa dengan umi aku di dalam mimpi tersebut atau ianya hanyalah mainan perasaan. Tapi, ia cukup untuk buat aku rasa gembira walaupun sekejap. Mungkin, dia datang untuk memberi tahu, dia sentiasa ada mendengar dan memerhatikan aku dan mendoakan aku ketika aku dalam keserabutan hidup. Entah lah. Cuma, aku amat menghargainya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan