Selasa, 25 Disember 2018

HIDUP

Bersabarlah, hidup ini memang begitu. Hidup ini penuh dengan wataknya. Dialah racun, dialah penawar, dialah gula, dialah juga hempedu. Kadang-kadang, dia boleh jadi maha zalim. Tapi selalunya dia menjadi paling memahami.

Kita yang menjalani kehidupan ini, lalui lah seadanya. Bila keadaan mengizinkan, menambahbaik diri berdikit tapi sentiasa. Jika keadaan tak mengizinkan, bertahanlah, asalkan diri tidak menjadi lebih buruk.

Kadang-kadang, rasa macam malas nak hidup. Tapi kemudiannya, rasa lega dan lapang je. Sebenarnya, tuhan tak turunkan, apa yang kita nak, tapi dia turunkan apa yang kita perlu. Rasa lapang, lega tak serabut dan idea untuk improve diri tu, tuhan yang beri.

Yes..life is suck, tapi itulah satu-satunya hidup yang kita ada. So, macam tu la...


Ahad, 2 Disember 2018

MAAFKAN

Hidup ini agak memenatkan. Kadang-kadang semput melayan kerenahnya. Belum lagi dikira berapa kerap kita tergolek, tersadung dek realiti kehidupan kerana terasyik diulit mimpi. Tapi hidup perlu diteruskan.

Aku cuba hidup dengan sebaik mungkin. Cuba sekurang mungkin menyakiti sesiapa. Cuba sebaik mungkin membantu sesiapa dan cuba sehabis mungkin mengembirakan orang yang berada di sekeliling aku.

Jika aku mati nanti, aku harap, aku tak diingati dengan perkara-perkara buruk yang aku aku lakukan pada orang lain. Aku harapkan supaya aku tidak diingati sahaja. Cukuplah hanya doa daripada anak-anak aku.

Hidup ini memang memenatkan. Kadang-kadang melekakan. Maafkan aku jika ada yang terluka kerana perbuatan aku. Aku hanya manusia bodoh yang lemah. Tak tersengaja melukakan atau memburukkan. Maafkan aku. Maafkan aku. Maafkan aku.