Isnin, 7 Januari 2019

DUNIA KECIL

Sesungguhnya, tuhan itu bekerja dalam cara yang misteri. Bila mana dunia bagai tiada rasa lagi dan semuanya seperti satu tayangan video yang dipercepatkan tanpa sebarang erti, tuhan anugerahkan  dunia-dunia kecil untuk aku mencorak & aku dicorakkan nya. Inilah 2 dunia kecil aku. Di dalamnya terkandung segala kepayahan, keserabutan, kemarahan juga kegembiraan, kesenangan, kelegaan, kelapangan & sebagainya.

Tiada lain untuk mereka, selain dari doa, penat, lelah & usaha aku untuk mereka. Jadilah insan berjaya disepanjang perjalanan kamu menjadi dewasa. Tak perlu kenangkan aku bila aku telah tiada. Hanya cukup sekadar keredhaan di atas kekuranganku sebagai manusia yang membesarkan kamu, manusia yang kamu gelar Walid (Daddy, papi, papa & etc)..

Rabu, 2 Januari 2019

2019

Jam di dinding menunjukkan hampir pukul 1 pagi. Walaubagaimanpun bilik tidur aku gelap pekat dan tak nampak pun jejari jam tersebut. Tetapi aku yakin jam tersebut menunjukkan masa tersebut kerana jam di paparan samsung S8 aku ini menunjukkan masa yang sama dengan jam dinding tersebut. Hmmm.. inilah bahananya, jika minum kopi sebelum tidur.

Yeah..2019 telah hadir. Tapi, ianya bukanlah sesuatu yang besar bagi aku. Kalau boleh, ingin sahaja aku dapatkan tahun baru datang 2 tahun sekali. Maka dapatlah aku mengejar azam tahun- tahun sebelum ini yang belum dilunaskan.

Azam..Sangat rumit. Sangat memenatkan. Setelah aku sedar azam perlu diperbaharui setiap tahun, maka aku tidak berAzam lagi..Melawak sahaja. Tapi part berazam tu, adalah benar. 2017 merupakan tahun yang sangat teruk bagi aku sehingga aku rasakan, " what can be worst than this?" dan aku tak mengharapkan apa-apa pada 2018. Tapi Alhamdulillah, walaupun tanpa azam, 2018 menghadirkan sedikit cahaya dan harapan. Terima kasih Allah. Ye, ada juga jalan cerita yang tak berapa disukai orang berlaku dalam 2018. People make mistake. Aku adalah people, jadi aku make mistake. Itu la hidup, dipenuhi rencah dan rempahnya. Yang penting, aku belajar.

Pedih? Sedih? Bagi manusia yang telah melihat ibu sendiri melalui kesakitan akibat kanser, dan melihat dia masih lagi boleh tersenyum dan memberi tunjuk ajar subjek BI UPSR pada aku dan melihat dia pergi bertemu tuhan sebelum dapat result UPSR aku, aku dah lalui yang terperit sebelum ini, dan "it is ok". Hanya perlu masuk mode auto cruise dan life must goes on.

Jadi, azam 2019, ada? InsyaAllah ada. Azam aku ada 5 sahaja. Mungkin ada yan tersama dengan azam tahun lain. Tapi, ikut suka aku la. So, semoga diizinkan tuhan untuk aku :

1) Lebih banyak solat berjemaah samada di waktu kerja atau luar kerja

2) Berkebun sayur di tanah sepetak di belakang rumah

3) Buat bisness kecil kecilan

4) Turun berat ke 69 Kg

5) settle kan hutang yang tak perlu

So, itu la azam aku untuk 2019. Tak banyak pun. Yang lain, tak payah azam-azam bagai la kot. Macam mengada je. Buat je. Semoga dipermudahkan oleh Allah.