Isnin, 30 Disember 2019

DUGAAN

Hujung tahun, biasanya dihabiskan untuk berlibur bersama keluarga atau dengan orang yang tersayang. Bercuti ke tempat menarik dan sebagainya.

Tapi, untuk aku, hujung tahun ni, agak berbeza. Atas-atas sebab tertentu, famili aku terkandas di rumah. Alyah & Aysh hanya berehat di rumah, melayan Netflix & Youtube sahaja. Tiada fancy vacation tahun ni.

Banyak perkara berlaku hujung tahun ni. Bermula dengan kehadiran ahli baru famili smh, SM Harris ..Welcome tuan syed. So kehadiran ahli baru ini juga disertakan dengan pakej lawatan ke Klinik kesihatan berbeza 2 kali sehari.

Dan, dugaan daripada tuhan, Walid pula warded ke ICU disebabkan sesak nafas. Dan disusuri oleh ibu kerana influenza. Walid masih sedated dan belum sedar di ICU. Ibu dah beransur pulih tapi masih warded.

Perjalanan aktiviti hari agak haru. Sebelah siang hantar wife dan Harris ke klinik. Urus pendaftaran sekolah Aysh ke darjah 1, dan kakak tingkatan 1. Malam aku ambil giliran untuk jaga walid / ibu di hospital.

Alhamdulillah, wife dah kuat untuk bangun dan urus Harris bila nak menyusu sebab aku di hospital.

Aku memang dah apply cuti sampai hujung tahun awal-awal. Rupanya untuk perkara -perkara di atas. Maha Planner tak hint lanngsung rupanya.

Anyway, semuanya adalah mix of sadness & happiness.  Dugaan memang akan datang. Tipulah jika aku cakap tak pernah duga walid akan sakit. Tapi timingnya,memang tak terduga.

Dan di sini juga, aku diduga. Berkaitan perkara - perkara kekeluargaan. Nak dulukan yang mana. Itu ini dan sebagainya. Alhamdulillah, semua dipermudahkan, bersangka baik dan buat cara sendiri.

In summary, everything is unexpected but I have had my worst day. Just Hope for the best. To whom who read this entry, please pray for the wellbeing of my parents.

...


Rabu, 25 Disember 2019

SYED MUHAMMAD HARRIS

Alhamdulillah..pada 23 Disember 2019, Syed Muhammad Harris selamat dilahirkan. Penyambung ranting keturunan. Dinanti sejak 13 tahun lalu oleh walid dan tok walid. Semoga jadi anak yang soleh dan pelindung kepada kakak-kakak awak. So nanti walid ada gang PS5. Yea!!













Rabu, 11 Disember 2019

THE PAST

Making peace with the past. Perkara yang paling susah untuk di settle kan. Makan dalam, makan tahun. Ada yang sampai mati pun tak berkesudahan. Mula lah bila mati, jadi hantu kak Limah (lawak). Perkara yang berkaitan dengan jiwa, memang susah untuk diselesaikan. Luka di badan, tampal handyplast. Sakit perut, sapu minyak panas. Pening kepala makan penadol.

Tapi, keserabutan, kerunsingan , kesedihan, kepasrahan, keterasingan, kerinduan,apa ubatnya? Sesungguhnya, aku pun tak tau apa ubatnya. Pemilik jiwa kita adalah bukan kita. Kita hanya lah pendomain jiwa. Driver jiwa kita. Tapi pemiliknya, yang duk atas. Yang Maha Besar.

Ada yang berkata, nak ubat jiwa, dekatkan dengan tuhan, betul lah tu. Tapi, jiwa ni, macam pelampong, atau pun macam buah kelapa yang hanyut kat laut. Mudah sangat berbolak balik. Hari ni macam dah ok, esok lusa kesot. Kalau orang pompuan, campur datang bulan dia, lagi haru.
Bunyi macam kelakar, tapi memang kelakar pun. Walaupun kelakar, ada yang kecundang mengundurkan diri daripada dunia ini. Disebabkan tiada ketenangan dalam jiwa.

Aku pun termasuk lah dalam golongan manusia, yang cuba berdamai dengan masa lalu. Yang cuba menyakinkan diri, bahawa ketentuan yang di berikan oleh pemilik jiwa yang di atas adalah lebih baik untuk aku. Cuba dan cuba dan cuba. Biar lah berbolak dan berbalik. Mungkin hari ini tewas, mungkin hari ini sedih, tapi mungkin esok tenang. Lusa, tulat siapa yang tahu. Selagi hidup, kenangan masa lalu itu aku aku galas dalam sel-sel otak aku. Meranduk kesedihan dan juga kegembiran yg terbit daripada mengenang masa lalu itu. Biarlah hanya desah keluh dan sengih nipis sahaja yang hadir sebagai tanda aku masih mengenang. Terima kasih kepada yang pernah hadir, dan yang telah pergi. Yang membuat aku tertawa dan menangis. Yang memapah dan yang menghumban. Yang memuji dan yang menghina. Semua nya tetap aku hargai. Kerana aku ingin berdamai dengan masa silam...Dosa dan pahala..sayang, cinta dan kasih..yang masih ada dan yang telah ke sana.

Aku ingin berdamai...