Rabu, 11 Disember 2019

THE PAST

Making peace with the past. Perkara yang paling susah untuk di settle kan. Makan dalam, makan tahun. Ada yang sampai mati pun tak berkesudahan. Mula lah bila mati, jadi hantu kak Limah (lawak). Perkara yang berkaitan dengan jiwa, memang susah untuk diselesaikan. Luka di badan, tampal handyplast. Sakit perut, sapu minyak panas. Pening kepala makan penadol.

Tapi, keserabutan, kerunsingan , kesedihan, kepasrahan, keterasingan, kerinduan,apa ubatnya? Sesungguhnya, aku pun tak tau apa ubatnya. Pemilik jiwa kita adalah bukan kita. Kita hanya lah pendomain jiwa. Driver jiwa kita. Tapi pemiliknya, yang duk atas. Yang Maha Besar.

Ada yang berkata, nak ubat jiwa, dekatkan dengan tuhan, betul lah tu. Tapi, jiwa ni, macam pelampong, atau pun macam buah kelapa yang hanyut kat laut. Mudah sangat berbolak balik. Hari ni macam dah ok, esok lusa kesot. Kalau orang pompuan, campur datang bulan dia, lagi haru.
Bunyi macam kelakar, tapi memang kelakar pun. Walaupun kelakar, ada yang kecundang mengundurkan diri daripada dunia ini. Disebabkan tiada ketenangan dalam jiwa.

Aku pun termasuk lah dalam golongan manusia, yang cuba berdamai dengan masa lalu. Yang cuba menyakinkan diri, bahawa ketentuan yang di berikan oleh pemilik jiwa yang di atas adalah lebih baik untuk aku. Cuba dan cuba dan cuba. Biar lah berbolak dan berbalik. Mungkin hari ini tewas, mungkin hari ini sedih, tapi mungkin esok tenang. Lusa, tulat siapa yang tahu. Selagi hidup, kenangan masa lalu itu aku aku galas dalam sel-sel otak aku. Meranduk kesedihan dan juga kegembiran yg terbit daripada mengenang masa lalu itu. Biarlah hanya desah keluh dan sengih nipis sahaja yang hadir sebagai tanda aku masih mengenang. Terima kasih kepada yang pernah hadir, dan yang telah pergi. Yang membuat aku tertawa dan menangis. Yang memapah dan yang menghumban. Yang memuji dan yang menghina. Semua nya tetap aku hargai. Kerana aku ingin berdamai dengan masa silam...Dosa dan pahala..sayang, cinta dan kasih..yang masih ada dan yang telah ke sana.

Aku ingin berdamai...

Tiada ulasan: