Khamis, 14 Mei 2020

UMI

11 May lepas merupakan ulangtahun kelahiran arwah umi. Kalau umi ada lagi sekarang, umurnya dah 65 tahun. Alhamdulillah, dikurniakan seorang umi yang sangat cekal, tapi lembut budi bicara. Setiap tutur kata dan perbuatan, sentiasa didahului oleh penilaian yang dalam. Tak dapat banyak, sedikit juga tetap turun mengalir kepada anak-anak umi.

Arwah umi sangat cekal dan taat. MasyaAllah, dugaan apa yang tak pernah dilalui oleh nya. Melalui hidup susah, sakit dan sebagainya. Umi tetap sabar dan taat. Menjaga kami 5 beradik dengan kasih sayang dan nasihat. Jarang salahlaku yang aku lakukan terhadap beliau , tidak disertai dengan perasaan bersalah amat sangat dan permohonan maaf kepadanya. Sebab kami terdidik untuk menyayangi dia sepenuhnya.

Tatkala kakinya terpaksa dipotong kerana barah. Dia tetap menjalankan tugas ibu dengan sepenuhnya. Mengesot, mengesotlah. Dia menjahit, baking dan sebagainya. Ya Allah, kuat sungguh Umi.

Tatkala barah dah kronik merebak ke perut dan kepala, sungguh seksa hidup umi. Tapi umi cuba sorok dari anak-anak. Tapi aku tetap dengar rintihan sakit nya dibalik pintu bilik.  Kesian umi. Memang sakit. Aku tau. Kadang-kadang, minda budak aku ketika itu terfikir kenapa tuhan berikan hukuman sebegitu padanya. Apa dosa dia? Apa salah dia?

Kini umi telah tiada. Aku redha pemergiannya. Aku telah lama redha pemergianya dari hari pertama umi menghembuskan nafas terakhirnya. Semoga umi tak menderita lagi, kata hati aku pada ketika itu. Aku, kami dapat rasakan, umi tenang di sana. Insyaallah, syurga lah tempat selayaknya untuk umi. Umi doakan anak-anak umi pula dapat bertemu umi di pintu syurga nanti. Insyaallah 

Al Fatihah untuk umi



Sabtu, 18 April 2020

LANGKAH 40

Lagi beberapa hari, usia akan menjejak 40. Kadang-kadang rasa segan pada diri sendiri. Bila mengintai rakan seusia, pelbagai pencapaian mereka dah kecapi. Ada yang dah berperniagaan sendiri, ada dah duduk tangga korporat tinggi, ada yang dah jadi ilmuan ulung, ada yang dah berkali-kali haji, ada yang dah beristeri 3, ada yang bebas hutang dan sebagainya.

Aku, dalam langkah ini, masih lagi biasa. Average joe orang kata. Biasa-biasa sahaja, tiada yang mengiorkan. Kadang-kadang bila dibandingkan dengan yang lain, rasa risau pula. Tak apa ke aku begini? Biasa-biasa macam ni ok ke?

Cuma, yang lebih merisaukan adalah, aku macam ok sahaja dengan keadaan sekarang. Keeping my pace low. Masih lagi melangkah perlahan. Tiada impian nak jadi jutawan seperti Jejaka terlajak laris, atau sebagainya. Selesa dengan kelegaan hidup yang ada. Ada banyak masa terluang yang tidak produktif (tidur, main ps4, movie night & etc). Paling penting boleh lepak kat rumah dengan famili.

Hmmm. Entah lah. Memang jenis aim dalam hidup tak tinggi kot. Hahaha. Takpe la, tak perlu la risau, langkah la seperti biasa. 40 akan datang samada aku bersedia atau tak. Kecuali jika umur tak panjang la kan. 

Langkah la perlahan - lahan SM Hatta. Langkah kau tak kosong. Langkah kau dah banyak lalui pelbagai dugaan hidup. Ada yang kau tersadung, luka tapi kau bangun juga. Kau pernah ditinggal terkotang-kanting di awal hidup, tiada tempat berpaut, tapi kau langkah juga. Kau langkah, dan kau langkah sambil tersenyum. Dan kau tak langkah memijak sesiapa. Jangan.

Mungkin, aku selesa dengan hidup yang biasa, yang kecil, sedang-sedang atau sederhana. Asalkan boleh membantu diri, keluarga dan sesiapa yang memerlukan. Ye, macam tu kot. Itu lah impian aku. Simple...


...tapi nak dua.

bye


Ahad, 29 Mac 2020

KILLING THE TIME

Lama tak update blog ni. Well, blogging ni pun is the things of the past. Mana ada orang nak ber blog dah. Semua dah ber tweet, tik tok shj. Anyway, biar lah aku dengan cara aku. Old school guy.

So, dah hampir 2 minggu ber PKP. Working From Home. Sebenarnya, mencabar jugak WFH ni. Biasa nya, sama ada jadi full house wife atau bekerja. Tapi, bila WFH ni, buat 2 kerja dalam 1. Kerja dengan syarikat dan kerja manage family. Pergh memang mencabar.

SM Harris dah masuk 3 bulan. Start to see his true colors coming out. Wow! loud speaker, tak segan utk ekpress perasaan dia sekuat hati. Memang betul-betul lain daripada kakak-kakak dia. Sentiasa perlukan di attend. But, I think, he is going to grow up being a cool guy. Suka senyum. Hensem boy. well, tengok la walid dia siapa. Hahahah.

Kakak-kakak semua ada. Tapi, pengharapan pada kakak-kakak untuk jaga adik dia ni amat la tiada. Tak pandai. Tula, selang lama sangat. Takpe la. Aku pun tak suka nak letak tanggungjawab aku pada anak-anak. Raising them is my responsibility. Biar lah diorng enjoy membesar. Kalau diorng rasa nak main dengan adik dia, diorng main la. takde paksaan. Tapi setakat buat susu, tunggu adik sekejap, ok je.

ok la, till next entry. InsyaAllah, within this PKP, maybe rajin kot update blog.

Wassalam






Sabtu, 18 Januari 2020

TAG TEAM

Seperti mana tuhan turun rezeki seseorang melalui manusia lain, begitu juga dengan ujian. Kadang musibah berlaku pada insan lain bagi tujuan untuk menguji kita. Musibah itu bukan untuk menguji penerima, tapi juga ujian untuk disekeliling mereka.

Ujian dari tuhan sentiasa datang. Dan dunia ini bukannya universiti yang boleh berpeluang dapat 4 flat. Kadang-kadang  kita tewas, kadang-kadang kita menang. Dan ada juga kita menang dan tewas.

Apa yang penting, berjuang la hingga ke akhir. Jangan sekali ada rasa putus asa. Jika pernah putus asa sekali pun, jangan dibiar lama. Tiada yang jahat selama-lamanya. Tiada juga yang baik selama-lamanya.

Dan dalam berjuang, bersyukurlah jika diberi rakan seperjuangan. Yang sanggup susah senang sampai akhirnya. Yang menjadi pembakar semangat, yang mengatakan ya bila semuanya mengatakan tidak, yang menjadi kompas moral dan yang sentiasa kasihan apabila semua membenci.

I've seen a few of these tag team. Dan sungguh aku kagum dengan destiny dan susunan tuhan yang menemukan mereka. Sungguh tuhan Maha Bijaksana.

For those who still facing the ujian, semoga jangan berputus asa. For those who is searching their tag team..juga jangan berputus asa. Keep searching.

Ibu attending walid masa walid kritikal dulu.