Lama aku tak tulis apa-apa dalam blog ni. walaupun aku tau takde orang nak nengok blog ni, peduli apa aku. Yang penting aku boleh dokumentasikan serba sedikit perihal kehidupan aku. Nanti dah tua, boleh baca balik.huhuhu.
Pasal kehidupan ni, mesti tak lari dari naik gaji, naik pangkat dan sebagainya. Dan alhamdulillah aku dapat naik gred. Naik la gaji sikit. So semalam, aku buat la makan-makan yang tak seberapa kat ofis aku. Orang kata sekadar meraikan. Aku suruh makcik aku masak. Dia memang expert memasak. Walaupun tak seberapa, ok la juga, semua dapat merasa.
Terima kasih pada bos aku yang mempromotekan aku untuk naik gred. Walaupun kerja kat syarikat GLC ni gaji tak besor, tapi aku tetap rasa dihargai. Lagi pun bukan senang nak naik. Ramai staf yang senior gila dari aku, baru je naik gred sama dengan aku.
Apapun.Syukur pada tuhan. Rezeki wife dan anak aku...
1 ulasan:
Tahniah!! smoga rezeki akan berlipat kali ganda lagi.. :)
Catat Ulasan