Khamis, 20 November 2008

Sikap Manusia

Aku selalu browse blog kawan-kawan aku yang ada separuhnya aku kenal biasa-biasa je, dan separuhnya aku kenal luar dalam. Macam-macam aku boleh tengok perangai diorang ni. Ada yang ok, jujur pada diri sendiri, ada yang hipokrit tahap gaban.

Tapi aku rasa, jujur lah pada diri sendiri bila kita berblog ni. Sebab ada antara pembaca kita yang sebenarnya tahu bekenaan diri kita mungkin luar dan dalam. Bila kita menghentam sesuatu perkara dan merasakan diri kita baik sangat macam cikgu, sedangkan kita pernah buat perkara lagi buruk dari manusia yang duduk di lorong, kita telah mengecewakan pembaca tersebut. Semua manusia buat salah, tapi jangan pulak kita merendah-rendahkan orang lain yang sedang buat kesalahan tersebut disebabkan kita dah insaf dan dah jadi baik.

Kita duduk di dunia ni bukan untuk menilai. Kita duduk di dunia ni, untuk lepak-lepak dan berkhidmat pada tuhan. So enjoy your life

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kehidupan adalah lakaran indah setiap insan... :)