Khamis, 26 Mac 2009

Jalan-Jalan Cari Kasut

Semalam tetiba je rasa nak keluar. Lagi pun wife aku nak beli kasut kerja. So lepas tengok Pondok-pondok (melayankan anak aku), kitaorang siap dan terus keluar. Hari sebelum nya dah ke Megamall Kuantan, cari kasut wife aku, tapi takde yang berkenan. Kali ni ke East Coast Mall pulak.

Rupanya dah kena bayar dah parking kat situ. Nasib baik RM1/entry. Wife aku dengan senang hatinya pergi mencari kasut. Senyum sampai telinga. Aku pulak, jalan-jalan la. Masuk Sony Center, nampak pulak PS3, tanya berapa harga, RM1788. Fuhh! Kalau ikutkan pemikiran tak rasional aku, mau dibelinya PS3 ni. Tapi memandangkan aku dah janji bonus kali ni nak belikan something kat wife aku, tak jadi la. Oh ya, esok dapat bonus...

Pastu pergi jalan-jalan tengok awek pulak. Comel-comel awek Kuantan ni.hehehe. Dressing boleh tahan, ada yang singkat, ada yang labuh, ada yang tertutup, ada yang terdedah. Ada yang tertutup tapi terdedah pun ada.

Anak aku mulanya ikut akut pergi tengok gadget-gadget ni. Pastu ikut umi dia pulak tengok kasut. Ish-ish, kalau dah pompuan, ke situ juga la minat nya.

Habis wife aku pergi beli kasut, kitaorang makan kat RasaMas. Dulu masa aku makan nasi ayam dia, ayam bapak besar. Sekarang dah kecik dah. Rasa pun dah tak berasa sedap dah. Aku rasa, nama dia patut tukar ke RasaBesi sebab macam dah downgrade je performance diorang ni.

itu je...

Tiada ulasan: