Isnin, 2 Mac 2009

Picture Day







Malam tadi, masa dalam perjalanan dari rumah walid balik ke kuantan, tiba-tiba aku tersenyum. Wife aku nampak aku tersenyum. Dia tanya,"ingat ke makwe lama ke?". Aku cakap, takde lah.
Sebenarnya aku teringat zaman sekolah dulu-dulu. Teringat time hari tangkap gambar untuk majalah sekolah. Hari ni memang best. Tak kira lah masa sekolah menengah atau rendah. Hari ni lah murid-murid dibenarkan keluar kelas (dengan kebenaran la)walaupun ada cikgu. Time ni la baju baru digunakan (maknanya baju fresh, bukan baju yang dianginkan kat tingkat lepas pakai semalam). Baju keras, iron bersegi. Seluar pun sama. Name tag wajib. Rambut kemas dan sebagainya.

Bagi yang masuk banyak kelab dan persatuan, banyak la masa boleh dihabiskan diluar kelas. Macam aku dulu, banyak juga kelab yang aku masuk. Jawatan takde la besar sangat, tapi asalkan ada gambar aku cukup la. Dah habis satu gambar, tunggu untuk ambil gambar lain pulak. Pastu lepak tepi tangga atau pasu. Ada yang advance sikit, lari balik asrama, duduk atas syiling. Jagan tak tau, masa sekolah menengah aku dulu, siap ada library komik kat atas syiling tu. Siap ada bantal dan tilam lagi, untuk keselesaan penginap.
Gitu lah zaman sekolah,rasa nak pusing balik ke masa tu pun ada. Tapi bila pikirkan kena ambil SPM lagi sekali, tak jadi la pulak.Lagi satu teori aku, manusia kat Malaysia ni, time yang dia betul-betul dalam prestasi optimum adalah masa nak ambik SPM. Betul apa. Time tu lah dia adalah seorang ustaz sebab hafal segala hukum hakam dan ayat, time tu lah dia seorang doktor, segala teori bio dah dihafal,atau pun seorang sejarahwan yang tahu sejarah Malaysia. Kalau sekarang ni....Hampeh.

ok lah, bye

1 ulasan:

Nik Johari Nik Mat berkata...

betul betul ... time SPM la aku rasa paling sengsara sekali membaca ... exam yang paling susah nak target apa yang nak kuar ..
masa degree sempoi jer aku hentam ..masa master lagi la ..main tulihh jer apa yang aku tau even dia tak nak tau!! hahahah