Selasa, 30 Jun 2009

Kebetulan

Minggu ni perkataan kebetulan banyak kali muncul dalam hidup aku. Kebetulan yang kiranya memang betul-betul kebetulan dan akan membuatkan sesiapa tergamam atau berfikir sejenak tentang maksud sebenar kebetulan itu berlaku.

Macam dalam entry sebelum ni, aku ada bagi tau laptop aku meletup kena kilat. Lebih spesifik lagi, kejadian kilat ni berlaku di rumah ibu aku masa aku balik kampung minggu lepas. Petang kejadian, anak aku merengek bosan agaknya, jadi aku bawa dia dengan umi dia pergi jalan-jalan round kampung. Dalam perjalanan, hujan turun selebat-lebatnya. Jadi aku pun balik. Dalam perjalanan balik tu, ada kereta rosak tepi jalan, tengah hujan lebat tahan aku. Aku pun berhenti dan tumpangkan orang tu, hantar sampai rumah dia.

Sampai kat rumah aku, letrik dah takde, laptop, tv dan wiring rumah rosak. Almari adik aku siap pecah kena kilat. Malam tu walid aku call orang buat wiring untuk check kat fuse box. Sekali call, rupanya orang tu adalah orang yang aku tumpangkan tadi. So, malam tu jugak dia datang betulkan. So memang kebetulan betul. Ini yang baru dikatakan, buat baik dibalas baik.

Kebetulan yang kedua pulak, aku terserempak ex-ayah saudara aku dengan makwe dia masa pergi melawat Taman Tamadun Islam Terengganu. Bayangkan lah, dalam banyak-banyak hari, tempat dan masa, detik tu juga kami boleh berjumpa. Aku ambik cuti semata-mata nak ke sana. Tak terjangka pulak boleh terjumpa dia. Mungkin tuhan nak tunjukkan perkara sebenar. Kalau tak jumpa, mungkin tak tau dia dah ada aweks baru. Tapi dia takut, buat-buat tak nampak dan pandang tempat lain.Ntahlah.

Ha...kebetulan seungguh

Isnin, 29 Jun 2009

Laptop Meletup

Rumah ibu aku kena panah petir. Habis semua alat letrik rosak termasuklah laptop aku. Data-data yang 2-3 tahun kumpul, hilang macam tu je. Pergi kerja tanpa laptop umpama tukang gunting pergi kerja tanpa gunting. Tak tau nak buat apa. Kena mula balik. Macam baru masuk kerja. Sebelum ni ada backup data kat external hardisk. Tapi entah nape gatal sangat pergi delete.

Adoiii...

Sabtu, 27 Jun 2009

Lawatan Ke Terengganu

Semalam, aku dan wife aku dan jugak anak aku bersama ibu, adik dan suaminya jalan-jalan kat Terengganu. Saja jalan. Adik ipar aku nak shopping. Aku ngikut aje. Pergi Pasa Payang dan Masjid Kristal. Singgah kat keropok 008 sekali beli keropok. Ok la terengganu. Senang nak bergerak. Tak sesat. Syabas MPKT.









Rabu, 17 Jun 2009

Kenangan Zaman Sekolah Rendah

Tiba-tiba je aku terkenang zaman persekolahan, lebih spesifik lagi zaman sekolah rendah.Ye aku dah semakin tua, sebab tu lah kenangan zaman muda semakin banyak menampilkan diri. Zaman sekolah adalah zaman yang menyeronokkan. Takde peperiksaan yang penting selama 6 tahun. Main aje kerja nya. Aku bersekolah di Sekolah kebangsaan Seri Terentang, Pekan. Terletak bersebelahan istana Diraja pahang.

Aku teringat kembali macam mana aku, adik perempuan aku, 4 orang sepupu aku berjalan kaki sejauh lebih kurang 5 km ke sekolah. Bukan keluarga aku susah atau sebagainya menyebabkan aku jalan kaki ke sekolah. Cuma pada zaman tu,samada jalan kaki atau naik basikal ke sekolah. Tapi seingat aku perjalanan ke sekolah dengan berjalan kaki takde lah membebankan pun. Menyeronokkan , betul. Mungkin disebabkan cuaca pada masa tersebut lebih dingin dengan lebih sejuk daripada sekarang. Tak pun, mungkin masih banyak pokok-pokok yang besar merendang yang melindungi aku dari terik matahari. Entah lah. Cubalah jalan kaki 5km ke sekolah sekarang, secara automatik anda akan layak untuk masuk rancangan bersamamu.
Bayangkan 6 orang hobbit dari cerita Lord Of the Ring, macam tu lah aku rasa keadaan kitaorang. Aku dan adik aku dengan bag US Army kaler hijau dan beg punjut bekas air buatan arwah umi aku yang ada gambar love, berjalan terkedek-kedek ke sekolah bersama 4 lagi sepupu aku. Masuk kelas pukul 1.00 petang, jadi kami semua gerak dalam pukul 12 suku. Yelah, langkah budak kecik, kecik dan perlahan, kena keluar awal lah. Aku suka perjalanan ke seoklah, selain teduh sebab banyak pokok besar (selalunya kawasan istana banyak pokok-pokok besar dan tua ni), perjalanan ke sekolah ni macam satu pengembaraan. Hari ni ikut jalan ni, esok ikut jalan lain. Tapi takde lah berbeza sangat laluan tu, cuma kadang-kadang hari ni lalu depan rumah orang tu, esok lalu belakang rumah dia pulak. Macam tu lah. Dalam perjalanan tu, aku boleh dengan hembusan angin yang melanggar daun-daun pokok getah dan meliuk-liuk kan dahan pokok kempas. Suasana tenang sebab tak banyak kereta di kawasan istana. Lagi pun zaman dulu, takde benda yang nak dibimbangi sangat. Takde, indon, bangla atau myanmar yang akan cuba, untuk rompak rogol atau bunuh kami. Mak bapak pun tak risau.
Perjalanan aku melalui sebelah rumah cikgu ngajar ngaji aku, kemudian lalu jambatan, lalu tepi jirat cina yang atok aku cakap banyak harta karun dalam kubur tu. Kemudian lalui tepi kebun pokok ubi dimana aku selalu kena ambush dengan budak-budak nakal. Depan tu pulak, ada kebun getah kat tepi jalan sebelah kanan. Selalunya kitaorang berenti jap kutip buah getah untuk buat main laga buah getah. Pastu lalu tepi istana dan terus sampai sekolah.
Ish, sempoi hidup zaman sekolah rendah dulu. Imaginasi kuat memainkan peranan supaya kami gembira dengan perjalanan kami. Kalau aku boleh kembali ke masa lalu, aku nak ambil gambar dan video kitaorang masa tu. Buat kenangan masa sekarang.

Isnin, 8 Jun 2009

Happy Moment Alyah Maisarah


Cuti sekolah ni, takde apa-apa yang special pun sebab anak aku tak sekolah, aku and wife aku bukan cikgu. Life macam biasa. Tapi ada la bawa anak aku pergi jalan. Maklum la, pantai and air terjun dekat je. So, anak aku la yang paling gumbira.

Khamis, 4 Jun 2009

Bunga-berbunga-bunga

Hari ni, hati aku ceria sikit. Tak tau kenapa. Dalam kelaparan (sebab nak kurus), aku rasa ringan. Terima kasih dunia.