Rabu, 5 Mei 2010

Perempuan Dan Handbag @ Women And Handbags

"1st time aku jumpa wife aku, perkara pertama yang aku perasan adalah handbag nya yang penuh bergaya. Corak petak-petak kaler biru jenama Bonia tak silap aku. Dengan serta merta aku dapat rasakan, dia lah bakal isteri aku."...

Huh!!Pernah ke para lelaki mempunyai perbualan dalam hati seperti ini semasa terpandang wanita idaman mereka. Berangan lah. Tak kuasa nak pandang menda lain. Tapi sebagai pasangan, kena la beri response kalau isteri tanya, "cantik tak handbag ni" masa nak pergi beli handbag.

Aku paling lemah bila orang umah tanya pendapat bila nak beli handbag. Bukan apa, aku ni, jenis malas nak survey banyak. Kalau aku beli barang, suvey 1 kali je. Terus beli. 1 kedai je. Kalau tak pun, paling banyak 3 kedai. Dalam kepala, dah ada dah apa spec yang dikehendaki.

Mana lah aku tau, antara bunga kotak-kotak dan bunga bulat-bulat mana yang cantik. Tali yang halus ke tali kasar. Kadang-kadang aku tengok merepek je design beg tu. Boleh muat apa pun tak tau. Tapi malas nak cakap sebab orang pompuan ni kita tak faham. Mungkin cantik pada kita lain, pada mereka lain, rasionalnya lain.

So, kadang-kadang, bila orang rumah tanya pandangan aku yang mana 1 handbag cantik, aku main tunjuk je. Kadang-kadang aku pilih yang kaler biru sebab kaler faveret aku. Tapi, aku tau, walaupun aku pilih yang tu, dia mesti ambil yang 1 lagi. Tak pun, tak ambik terus sebab ada 4-5 buah kedai lagi nak survey.

Apa-apa pun, kena terima lah keadaan ni. Dah memang sifat wanita macam tu. Lain la kalau aku nak kawin dengan lelaki jugak. Geli...So macam tu lah. Dan yang perempuan pulak, kena terima lah bahawasanya lelaki tak berapa suka nak survey2 handbag ni. Nanti kalau dah dapat handbag, upah lah suami tu dengan pergi bawa dia survey ps3 ke apa...huhuhu

Tiada ulasan: