Jumaat, 13 Ogos 2010

Salam Ramadhan, Selamat Berpuasa

Wah dah masuk hari ke-3 puasa. Sebagai seorang PRO dalam bidang puasa ni, tak rasa lapar pun..tau-tau dah 3 hari.Cewah!!. Aku ucapkan,selamat berpuasa pada semua umat islam terutamanya kawan-kawan dan saudara mara aku. Semoga bertambah produktiviti pahala di bulan mulia ini.

Bagi aku, bulan puasa ni, selain kebaikan dari segi agama, banyak kebaikan sampingan yang aku perolehi. Pertamanya, boleh lah kurangkan berat badan dan kekembangan muka aku ni. Keduanya, boleh kurangkan perbelanjaan. Yelah, untuk berbuka, cuma beli nasi bungkus je. Kuih dalam singgit dua. Dah. Kemudiannya, balik kerja pun awal, 4:30 PM, ngalah gomen. Dan banyak lagi la.

Dari segi agamanya, banyak la. Time puasa gini la baru nak menjejak kaki ke surau (aku la tu). Nafsu level rendah je. Tapi kadang kala ternaik jugak kalau ternengok amoi terutamanya kat kedai BMW tu (biasa la, lelaki.nafsu tetap ada,bukan takde terus di bulan puasa ni. Kalau tak, takde la budak yang nama mohd ramadhan). Dan macam-macam lagi kebaikan dari segi agama yang aku rasa semua orang dah arif tentangnya.

Apa-apa pun, semoga kita semua dapat habiskan puasa sebulan kita. Rahmat tu. Ada orang, puasa kedua, eksiden, meninggal dunia. Tak sempat merasa puasa sampai habis. Jangan pulak, bila puasa, lembik lentuk masa kerja. Cakap pun meleweh je.Ok lah....selamat semua

Tiada ulasan: