Sabtu, 4 Disember 2010

Busy Month

I was fuc**in busy month. Busy kerja la. So, takde masa nak blogging. Life as usual.Ada la 1 - 2 perkara menarik. Tapi macam biasa je. Ingat nak tukar kereta, tapi tak jadi bila memikirkan hutang baru. So tukar aje la apa yang boleh dalam kereta tu. Nak tukar seat leather, leceh sebab kena tinggal kereta. Last nya, tukar cover sear leather je. ok la tu.

Well, pasal kerja, dengar cerita keadaan majikan aku makin tenat tahun depan. Dengan kos H**B yang menyenakkan.Campur pulak operation cost. Kira paras hidung jugak lah. Tapi jangan bimbang, share holder tetap akan dapat untung. Biar pekerja merana. Pekerja diminta beri idea macam mana nak jimat kos. Jangan bimbang, aku dah lama bantu majikan. Claim tak buat. bil HP bayar sendiri.Pakai kertas recycle dan sebagainya. Bonus slash pun, aku redha. KPI 3 memanjang pun takpe. Walaupun aku tau aku layak dapat 4 kalau nak dibandingkan dengan orang tu yang Bunyi je lebih,hasil tadak.

Tapi yang menyedihkan aku, part management, tak nampak pun nak bantu company. Contohnya, ada aje lantikan baru yang super duper high ranking. CFO,VC, COO dan macam - macam lagi lah. The higher the rank, the lesser the work. orang cakap, tanggung jawab diorang besar. tapi, aku tak pernah dengar pulak ada yang resign bila unit diorang buat salah. Contoh nya, unit diorang beli barang cikai cap ayam kena langgar. Pakai sehari rosak. Bila terbukti salah diorang, mana big2 bos diorang resign. Yang kena, pencacai macam aku ni la.

Alamak, banyak mengomel pulak. Management baca ni, habis aku. Big bos aku kalau turun dari KL datang melawat, mesti cakap diorang kerja sampai 12 malam. Huh! aku respect, tapi pandangan aku, masa yang paling efisyen untuk bekerja adalah dari 8pg hingga 5 ptg. Selain keletihan, kita tak boleh fokus sebab teringat tanggungjawab lain spt keluarga, anak mak bapak dan ayam itik di rumah. So kalau kerja jugak, memang boleh, tapi result tak cantik lah. Umpama bawak kereta tengah mengantuk. Kereta gerak jugak ke depan. Tapi depan tu ke mana. Silap-silap ke gaung.

Aku suka kerja aku, tapi lama-lama membosankan jugak.5 tahun buat menda sama, sape tak bosan. Aku cuba jadi inovatif dengan buat projek-projek dan initiatif. Tapi, tak lama, bosan jugak. Rasa nak pindah unit la(dari hari cakap nak pindah,tapi tak pindah2 pn). Tapi ke mana?Aku nak duduk kat fleet, orang HR awal-awal dah terbulat mata dengar idea aku. So ke mana aku? Sekarang ni, aku umpama remote control tv yang kehabisan beteri. Kena tenyeh kuat-kuat, baru boleh tukar channel.

Sudah lah pasanl kerja. Ni cerita aku nak beli umah. Alhamdulillah, kalau diizin tuhan, mungkin dapat la aku merasa rumah baru. Dari segi loan, macam ok. lama dah berangan nak rumah besar sikit. Baru sekarang je macam mampu sikit. Excited la jugak.Nak cat kaler apa, perabot apa.macam-macam lagi la. Nanti sedara datang, takde lah bersesak kat rumah. Boleh lah aku buat swimming pool kat sebelah (Ceh!macam la besar sangat umah tu). Nanti, umah luas, boleh lah tambah anak. tak pun tambah bini :)huhuhu.....

Ok La. wassalam

Tiada ulasan: